SEJAK bermulanya era pengembaraan manusia merentasi samudera, wanita tidak terlepas daripada mengukir sejarah tersendiri. Tidak kira sama ada sebagai penumpang atau pengemudi, titipan sejarah yang dianyam oleh srikandi lautan itu nyata memberi impak tersendiri. Di Malaysia, jejak langkah untuk memartabatkan wanita di dunia pelayaran kini makin kukuh apabila seramai 13 kadet wanita pertama Akademi Laut Malaysia (Alam) berjaya ditauliahkan buat pertama kalinya. Mengintai kembali jerit perih serta kegigihan dua daripada kadet ini, nyata perjalanan selama tiga tahun di Alam termasuk setahun di atas kapal, jelas sekali menjernihkan sisi lain dua gadis ini. Dikelilingi oleh 98 peratus kaum lelaki ketika menjejakkan kaki di Alam nyata memberi tamparan hebat buat anak kelahiran Tampin, Negeri Sembilan. Bukan saja diuji dari aspek kekuatan fizikal, malah ada ketikanya mental Geetha Selvaraja, 24 tahun ini teruji. "Memang segalanya agak sukar pada minggu-minggu pertama latihan di Alam. Paling sukar ialah ketika minggu induksi yang mana kami terpaksa mengerah segala tenaga yang ada," katanya sambil ketawa mengenang kembali jejak pertamanya di Alam. Cuci kapal Semangat dan kebijaksanaan intelektual Geetha terus diuji apabila menjalani latihan amali di atas beberapa kapal tangki. "Pelayaran pertama adalah di atas kapal M.T. Bunga Kasturi Tiga sepanjang 330 meter. Sebuah kapal pembawa barang yang cukup besar. "Selama tujuh bulan bertugas di dalam kapal itu, saya berpeluang mengelilingi dunia dan melihat kehebatan pelabuhan yang ada di seluruh negara," ujar anak ketiga daripada empat beradik ini. Cerita gadis ini lagi, pelayaran kedua bersama M.T. Eagle Seville selama empat bulan pula memberi keyakinan yang lebih mendalam ketika dia melakukan kerja-kerja di atas kapal. "Kalau mula-mula dulu, langsung tak ada pengalaman, kali ini saya lebih bersedia. Dah tahu apa yang hendak dijangkakan," katanya yang kini memegang diploma dalam jurusan pengajian Nautikal. Sambung Geetha, selain diberi tugasan seperti pemantauan laluan kapal (brigde watch) selama empat jam secara bergilir-gilir, beliau juga turut melakukan kerja-kerja seperti mengecat, mencuci serta pemerhatian kargo apabila tiba di pelabuhan. Malah katanya, ada ketika beliau terpaksa bertugas sekurang-kurangnya empat jam di bilik enjin agak sempit, kotor serta bising. "Memang berat kerja yang dilakukan. Begitu juga dengan tanggungjawab yang dipikul. Namun kerjasama dan tunjuk ajar daripada kapten serta krew yang lain, semakin hari, keyakinan saya semakin meningkat. "Tentang aspek keselamatan, saya sedar ramai yang bimbang mengenai perkara tersebut tambahan pula rata-ratanya lelaki di atas kapal ini. Namun dengan jaminan dan penjagaan yang diberikan oleh kapten, kerisuan tersebut semakin hilang," jelasnya yang kini menunggu masa untuk kembali menakluk samudera. Sambut raya di lautan Che Fatin Ezzaty Che Johan yang merupakan pemegang diploma Kejuruteraan Marin tidak ketinggalan berkongsi cerita. Menurut gadis berusia 21 itu, pengalaman menghantar gas ke negara Jepun dan Korea merupakan saat yang cukup berharga baginya. Ungkapnya, antara latihan utama yang perlu dikuasai ialah mengendalikan perpindahan gas antara kapal dan tangki di pelabuhan. "Latihan amali saya adalah dengan kapal Puteri Delima 1 dan Puteri Nilam 1. Ia adalah sebuah kapal LNG atau kapal pembawa cecair gas asli. "Paling menarik mengenai kapal pembawa LNG ialah kapal ini digerakkan dengan kuasa enjin wap. Justeru, langkah keselamatan yang diambil adalah lebih ketat berbanding kapal tangki biasa," jelas anak kelahiran Terengganu itu. Bercerita lanjut mengenai bilik enjin ini, pada mulanya, dia sendiri terkejut dan teruja melihat enjin wap yang besar serta bertingkat-tingkat. Biarpun dikawal dengan komputer, namun jelas Che Fatin, sentuhan manusia masih penting terutama dalam memantau tekaan serta membaca bacaan pada meter enjin. Bukan sahaja bilik enjin tersebut menyimpan memori yang bukan sedikit, pengalaman berhari raya di atas kapal juga cukup berbekas di dalam hatinya. Bercerita mengenai kapal, Che Fatin menggambarkan kelengkapan kapal tersebut seolah-olah di dalam hotel. Lengkap dengan kabin makan, ruang tidur, beriadah serta berpenghawa dingin. "Oleh kerana kapal LNG ini membawa gas, suhunya perlu sejuk sentiasa dan itulah kelebihan berada di dalam kapal ini. Sentiasa sejuk walaupun di bilik enjin," jelasnya yang tidak terlepas mengalami mabuk laut pada minggu-minggu pertama pelayaran. "Namun, kesempatan menyambut hari raya di dalam kapal adalah kenangan paling seronok yang saya alami. Oleh kerana berada di atas kapal dari Malaysia, suasana tersebut cukup meriah," sambungnya ramah. Menyingkap sejenak mengenai kehidupan di atas kapal, ada kalanya kesunyian itu amat terasa walaupun terdapat ramai kawan. "Mujur Kapten Shahrul Azri membawa isterinya bersama. Adalah juga kawan. Tapi apabila kembali ke kabin tidur, masa itulah rasa sunyi. Mula teringatkan keluarga serta kawan-kawan," kongsinya yang pernah berasa putus asa di awal-awal penglibatan dalam kerjaya ini.Bilik enjin dan bridge watch uji kecekapan kendalikan kapal sepanjang 330 meter.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-