Setelah kaum Muslimin mengalami kekalahan dalam perang Uhud dan terdapat beberapa orang yang terbunuh di kalangan mereka, syaitan pun berseru: "Ketahuilah bahawa Muhammad telah terbunuh." Ibn Qam'ah menemui orang-orang musyrik dan berkata: "Aku telah berjaya membunuh Muhammad". Padahal sebenarnya ia hanya memukul Rasulullah SAW dan sedikit terluka di kepala Baginda. Peristiwa ini banyak menggoncangkan hati ramai orang dan ada di antara mereka yang yakin bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Dalam keadaan ini, mereka beranggapan mungkin perkara itu terjadi kepada Rasulullah SAW sebagaimana Allah SWT menceritakan kisah para Nabi yang terdahulu sehingga perkara itu mengakibatkan kelemahan, ketakutan dan keengganan kaum muslimin meneruskan peperangan. Pada saat Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Maksudnya, Nabi Muhammad SAW mengikut jejak langkah para Nabi dalam kerasulan dan kemungkinan terbunuh. Sebab Nuzul ayat 144 Al-Qurtubi berkata: Sebab nuzul ayat ini kerana kekalahan orang Islam dalam perang Uhud sehingga syaitan bertempik Muhammad telah terbunuh. Sebahagian orang ramai berkata telah terkena Muhammad, justeru berilah tangan kamu kerana mereka adalah saudara-saudara kamu untuk meneruskan jihad. Iktibar dan fiqh ayat: i. Al-Qurtubi berkata: Ayat ini menjadi sebesar-besar dalil atas keberanian Saidina Abu Bakar r.a. ii. Al-Maraghi berkata: Nabi Muhammad SAW hanyalah manusia biasa. Sebelum Baginda, telah wujud beberapa orang rasul. Mereka semua telah wafat. Sebahagian daripada mereka ada yang dibunuh oleh musuhnya. Mereka seperti Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya AS. Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditetapkan untuk hidup kekal. Ayat ini mengandungi bimbingan dan petunjuk bahawa peperangan itu tidak sepatutnya berhenti ataupun terus berlanjutan kerana adanya komandan. Jika komandannya terbunuh, secara tidak langsung pasukannya akan terus menerima kekalahan atau menyerah diri kepada pihak musuh. Tetapi perlu diingat bahawa kepentingan umum lebih utama berbanding dengan undang-undang yang ditetapkan. Ini tidak akan menyangsikan fikiran sesiapa meskipun para pemimpin perang terkorban. Inilah prinsip yang digunakan oleh pemerintah dalam menyusun strategi peperangan. Allah SWT mewajibkan kita menurut segala petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Oleh itu musibah yang menimpa Baginda, seperti luka dan saki atau hidup dan mati, sama sekali tidak ada hubungannya dengan kebenaran dakwah yang dibawanya, sebab baginda adalah manusia biasa seperti kamu. Baginda hanya tunduk kepada peraturan Ilahi. iii. Hamka berkata: Dalam ayat ini menerangkan bahawa Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, seperti rasul-rasul yang lain yang terdahulu daripadanya. Iaitu manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi utusan-Nya dalam kalangan manusia sendiri. Maka dia bukanlah malaikat atau jin. Telah berlalu daripadanya rasul-rasul yang lain, mulanya mereka lahir ke dunia, kemudian diangkat menjadi rasul dan bila tiba waktunya, mereka pun wafat. "Apakah apabila dia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling di atas kedua tumit kamu?" iv. Quraish Shihab berkata: Dalam al-Quran nama Nabi Muhammad SAW, bila disebut selalu dirangkaikan dengan gelaran Baginda, kecuali sekali iaitu dalam surah yang menyandang nama beliau iaitu Muhammad. Berbeza dengan nama nabi dan rasul yang lain, yang biasanya disebut tanpa gelaran mereka. Redaksi ayat ini menunjukkan sifat kerasulan Nabi Muhammad SAW yang serupa dengan rasul-rasul yang telah wafat untuk membangkang mereka yang menduga bahawa sifat kerasulan bertentangan dengan kematian atau menduga bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW memiliki kelebihan berbanding dengan kerasulan yang lain. Bahkan boleh terjadi mereka menduga bahawa usia Baginda akan panjang, sehingga ada yang tidak percaya bila satu saat Baginda akan wafat sebagaimana yang dialami oleh Saidina Umar al-Khattab. v. Ibn Abi Najih berkata dari ayahnya: Ada seseorang dari kaum Muhajirin yang telah lalu di hadapan seorang dari kaum Ansar yang berlumuran darah. Lalu ditanya kepadanya: hai fulan, apakah kamu rasa Rasulullah SAW telah terbunuh? Orang Ansar itu menjawab: Jika Muhammad telah terbunuh, bererti ia telah menyampaikan risalahnya. Maka berperanglah kamu demi membela agama kamu. Lalu turunlah ayat ini: Maksudnya: Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). vi. Al-Zuhri berkata: Abu Salamah telah menceritakan kepadaku dari Ibn Abbas bahawa Abu Bakar keluar, sementara Umar sedang berbicara kepada khalayak. Kemudian Abu Bakar berkata: Duduklah wahai Umar. Lalu Abu Bakar berkata: Amma ba'du. Barang siapa menyembah Muhammad maka Muhammad telah wafat. Dan barang siapa menyembah Allah, maka Allah itu sentiasa hidup dan tidak akan pernah mati. Selanjutnya Abu Bakar menegaskan bahawa Allah berfirman, maksudnya: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). vii. Al-Zuhri berkata: Demi Allah, seolah-olah orang yang tidak mengetahui bahawa Allah telah menurunkan ayat ini sehingga Abu Bakar membacakannya kepada mereka. Maka orang-orang pun membaca ayat ini dari Abu Bakar. Sehingga setiap orang yang mendengar ayat ini, ia membacanya. viii. Al-Sonhaji berkata: Ayat ini mengandungi pengajaran bahawa meneruskan sesuatu peperangan atau menghentikannya janganlah dihubungkan dengan hidup atau matinya seseorang pemimpin. Contohnya, jika pemimpin itu hidup, perjuangan diteruskan, tetapi jika pemimpin itu mati perjuangan dihentikan. Kemaslahatan umum yang berjalan di atas dasar yang kukuh hendaklah dipertahankan bermati-matian. Jangan pula goyah disebabkan kehilangan pemimpin atau jatuhnya pemimpin. Atas dasar inilah berjalannya pemerintahan dan peperangan pada zaman kita ini. Iktibar dan fiqh ayat 145: i. Ibn Kathir berkata: Tidak mati seseorang melainkan mengikut qadar Allah SWT dan menjalani masa yang telah ditetapkan oleh Allah. ii. Ibn Kathir juga berkata: Oleh kerana itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Ayat ini memberikan motivasi bagi para pengecut dan dorongan bagi mereka untuk berperang, kerana maju berperang atau mundur darinya tidak akan mengurangkan atau memanjangkan usia. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dari Habib bin Zhabiyan, ia berkata: Apa yang menjadi halangan kepada kalian untuk menyeberangi Sungai Tigris ini untuk menemui musuh-musuh Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Setelah itu, ia terus menepuk kudanya menyeberangi Sungai Tigris. Ketika dia menyeberangi sungai itu, mereka yang lain pun mengikutinya. Pada saat musuh mengetahui kedatangan mereka, musuh pun berteriak dan mereka pun lari kebelakang. iii. Al-Qurtubi berkata: Ini adalah galakan berjihad dan pemberitahuan bahawa kematian mesti berlaku kepada manusia sama ada dibunuh atau tidak. iv. Al-Maraghi berkata: Ayat ini mengandungi galakan agar berjihad dengan penuh semangat berani menentang musuh. Oleh itu apabila ajal sudah menjadi ketetapan, lalu kematian tidak akan tiba sebelum sampai waktunya. Walaupun berada di medan peperangan, tidak ada sebarang alasan untuk takut menjadi pengecut. Ayat ini juga memberi satu isyarat bahawa Allah SWT selalu melindungi rasul-Nya. Ayat ini mengandungi sindiran kepada para sahabat yang sibuk mengambil harta rampasan dalam Perang Uhud iaitu mereka yang meninggalkan tempat yang telah ditugaskan oleh Nabi SAW agar mempertahankan tempat tersebut. v. Hamka berkata: Dalam ayat ini mengandungi dua tafsir dan maksud. Pertama sebagai peringatan keras kepada mereka yang lemah imannya, kerana mendengar Rasulullah SAW telah wafat. Mengapa iman menjadi goncang, padahal menentukan hidup dan mati seseorang bukanlah di tangan manusia bahkan ia adalah ketentuan Allah SWT. Isi tafsir yang kedua pula ialah, ayat ini adalah perangsang paling kuat untuk meneguhkan hati orang yang beriman di dalam menghadapi tugasnya, baik membina dan memajukan agamanya, ataupun di dalam menangkis serangan musuh. vi. Quraish Shihab berkata: Al-Biqa'i menghubungkan ayat ini dengan ayat sebelumnya dengan berkata bahawa kematian pimpinan pendukung-pendukung suatu agama tidak wajar dijadikan sebab untuk mengelak dari pertempuran dan meninggalkan medan peperangan, kecuali kematian itu terjadi tanpa izin Allah SWT. vii. Al-Sonhaji berkata: Ayat yang diperkatakan ini ditujukan oleh Allah SWT kepada pasukan-pasukan yang telah terpengaruh oleh harta rampasan dalam perang Uhud sehingga tergamak mereka meninggalkan kedudukan mereka. Jadi seolah-olah Allah mengatakan: Sekiranya kamu mengejar upah dunia, tiadalah Allah menghalangnya, terserahlah kamu untuk merebutnya. Tetapi bukanlah ini yang menjadi dasar seruan pemimpin besar kamu Muhammad SAW. Malah kamu diseru ke arah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Semoga kita menjadi golongan yang cintakan Rasulullah SAW serta mengikut jejak langkahnya tanpa berpaling dan keluar daripada sunnahnya. Amin.Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (Siri Ke-59)
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-