TIDAK begitu sukar untuk mencari gerai pembikin sosej tradisi Kemboja milik Hassan Mohamad, sementelah hanya itu satu-satunya gerai menjual daging segar di Pasar Borong Kanchong Darat, Banting, Selangor. Biarpun tidak mempunyai sebarang penunjuk arah, tanda nama mahupun kain rentang, haruman yang terbit daripada sosej panggang dan daging lembu segar mampu membawa krew Jurnal terus kepada usahawan daging berusia 50 tahun itu. "Sosej ini sedap dimakan panas-panas, seeloknya selepas diangkat daripada panggangan. Rasanya tidak akan sebaik itu apabila ia sudah sejuk," jemput Hassan sebaik sahaja penulis memperkenalkan diri. Aroma daging cincang yang disumbat ke dalam usus lembu nipis itu seperti menusuk-nusuk saraf rasa. Dengan ukur lilit lapan sentimeter dan 13 sentimeter panjang, ia sungguh puas dinikmati. Sebaik saja gigitan yang pertama, anda sudah boleh merasai jus dan tekstur daging cincang yang kualitinya sama seperti sosej berjenama antarabangsa. Namun, di sebalik kisah sosej tradisi Kemboja yang dihasilkan Hassan, ada cerita yang tersirat. Asalnya, anak kelahiran Praek Pra, kawasan berdekatan Phnom Penh, Kemboja ini hanya bersekolah sehingga darjah empat dan terpaksa menghabiskan usia remaja dengan menjadi buruh paksa sebelum nekad melarikan diri ke Thailand pada tahun 1980. "Ibu selalu menangis apabila melihat saya terpaksa membanting tulang bekerja pada usia muda. Untuk mendapat wang, ia adalah sesuatu yang mustahil. "Sebagai galakan, ibu akan membuatkan sosej daging lembu yang sedap untuk saya. Itulah ganjaran istimewa yang saya terima selepas berbulan-bulan makan kangkung rebus," imbasnya. Tidak hairanlah pada tahun 1985, setahun selepas Hassan tiba di Malaysia di bawah program Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), nostalgia itu memberikannya satu azam untuk menjadikan sosej warisan itu sebagai punca rezekinya. "Berbekalkan simpanan RM250, saya datang ke negara ini. Selepas beberapa tahun menjual barangan keperluan di pasar malam di sekitar Selangor, hanya pada tahun 1990 saya mampu tunaikan impian itu. "Alhamdulillah, daripada perusahaan kecil-kecilan di rumah, saya kini sudah pun memiliki kilang pemprosesan daging tidak jauh dari rumah. Sosej usus lembu "Dengan bantuan suntikan modal daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Jabatan Veterinar, saya dapat mengembangkan perniagaan ini," katanya yang mampu menjual makanan itu lebih 70 kilogram sehari dan memperoleh pendapatan bersih sekitar RM7,000 seminggu. "Menyediakan sosej juga bukan perkara mudah. Usus lembu sepanjang 1.5 meter perlu dibersihkan untuk dijadikan kulit sosej. "Bahagian dalam usus perlu diterbalikkan ke luar. Kemudian, ia akan dibersihkan dengan cara mengerik menggunakan pisau secara lembut dan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan terputus. Selepas usus menipis dan dibersihkan, barulah daging cincang disumbat dan dijadikan sosej. "Selepas itu ia akan dikeringkan selama dua hari sebelum sedia dijual. Ia sama seperti sosej yang ada di pasar raya cuma sosej kami tidak menggunakan tepung," jelasnya yang mempunyai tiga orang pembantu di kilang pemprosesan. Selain sosej yang juga dikenali sebagai 'tong mo', Hassan dan isterinya Sharifah Abdullah, 42, turut menjual makanan tradisi Kemboja seperti 'lol mak dom' iaitu daging lembu salai bawang putih dan 'kan pedam' atau ikan patin salai. Bagi yang mahu mencari sosej yang enak ini, pada setiap Ahad, datanglah ke Kampung Kanchong Darat. Selain popular sebagai kampung yang melahirkan jaguh badminton negara daripada keluarga Datuk Haji Sidek, ia juga dikenali kerana pasar Kemboja. Enggan pulang Pasar yang terkenal sebagai syurga pakaian itu bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian produk malah harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Dimonopoli oleh peniaga Kemboja beragama Islam yang telah menetap di kampung itu sejak tahun 1980-an, ia dibuka sejak sembilan tahun lalu oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kanchong Darat. Kini pasar tersebut itu mempunyai lebih 60 peniaga dan 80 peratus daripadanya adalah orang Kemboja. Menurut Ketua Masyarakat Kemboja di kampung itu, Idris Yusuf, 57, perniagaan pakaian adalah tradisi dari negaranya, maka tidak hairan orang Kemboja cenderung menjadikannya sebagai punca pendapatan mereka. "Di sini terdapat lebih kurang 300 petak gerai dan setiap petak disewa pada harga RM3. Biasanya setiap peniaga akan menyewa tiga hingga lima petak atau lebih. "Kebanyakannya menjual kemeja T, seluar jean, skirt, telekung, blaus, tudung, kain ela, barangan keperluan, makanan dan pelbagai barangan pada harga murah," ujarnya yang turut berniaga kain. Bagi sebahagian besar orang Kemboja yang menetap di Kampung Kanchong Darat, mereka dahulunya adalah pelarian yang terpaksa meninggalkan negara akibat polisi perang Pol Pot dan keganasan Gerakan Komunis Kemboja yang juga dikenali sebagai Khmer Rouge pada tahun 1975 hingga 1979.Daripada berniaga kain dari rumah ke rumah, sesetengah masyarakat Kemboja di negara ini kini sudah bergelar orang kaya.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-