Peningkatan jumlah hadiah itu adalah hasil sokongan penaja utama Piala Monsun, yang merupakan peringkat perlumbaan pusingan akhir buat Jelajah World Match Racing (WMRT). Pemenang akan menerima AS$104,000 (RM360,000) manakala pasukan terakhir (di tempat ke-12) akan menerima AS$14,400 (RM50,000). Penasihat perlumbaan Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour berkata, peningkatan jumlah hadiah itu menjadikan perlumbaan tersebut menawarkan hadiah paling tinggi dalam acara sukan kapal layar tahun ini. "Apa yang lebih penting ialah Piala Monsun menandakan peringkat akhir WMRT di mana pemenang akan dinobat dengan takhta gelaran juara dunia ISAF," menurutnya dalam satu kenyataan, semalam. Gilmour berkata, peningkatan hadiah tunai itu berpunca daripada peningkatan komitmen penajaan di kalangan penaja utama dan juga kerajaan negeri Terengganu dalam menyediakan kemudahan yang cukup baik, di samping sokongan antara kerajaan yang membawa acara itu ke tahap yang lebih tinggi. WMRT adalah siri pelayaran profesional berprestij yang menampilkan sembilan acara kejohanan Dunia di seluruh dunia dan diiktiraf oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) dengan status 'Acara Istimewa', di samping perlumbaan seumpamanya yang termasuk Piala Amerika dan Perlumbaan Volvo Ocean. Sementara itu Pengarah perlumbaan WMRT, Craig Mitchell berkata, pihaknya amat gembira melihat Malaysia sekali lagi menampilkan jumlah hadiah yang cukup lumayan untuk WMRT. "Jumlah hadiah yang ditawarkan Piala Match Korea memintas hadiah Piala Monsun pada tahun 2007, dan kini Piala Monsun kembali menawarkan hadiah tertinggi dengan menawarkan tambahan 50 peratus lagi jumlah keseluruhannya, ia adalah perkembangan yang cukup menakjubkan," katanya. - BERNAMAKUALA TERENGGANU - Piala Monsun 2009 yang akan memasuki tahun kelimanya dalam aksi perlumbaan kapal layar di Pulau Duyong, di sini dari 1-6 Disember ini dan menawarkan hadiah paling lumayan dalam mana-mana acara sukan layar dunia, menjangkau jumlah AS$454,000 (RM1.57 juta).
Battery Reconditioning
6 years ago