Saat menerima surat diberhentikan kerja oleh majikan pada Februari lalu ialah detik yang cukup perit untuk diingati Burhanuddin Mohd. Noor. Kegawatan ekonomi global memaksa majikannya menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) kepada kira-kira 400 kakitangan termasuk dirinya. Burhanuddin, 40, sama sekali tidak menyangka semuanya berlaku selepas 18 tahun berkhidmat dalam industri elektronik sejak berhijrah dari kampungnya di Teluk Intan, Perak ke Pulau Pinang. Walaupun berpengalaman dan memiliki kelulusan kemahiran, beliau masih gagal mencari pekerjaan yang sesuai lalu buntu mengenangkan nasib keluarga. Sebagai ketua keluarga manakala isterinya hanyalah suri rumah, Burhanuddin memberanikan diri merebut peluang yang ada. Sehinggalah beliau membuat keputusan menyertai Rapid Penang Sdn. Bhd. (RapidPenang) sebagai kapten bas pada Jun lalu melalui skim pengambilan pekerja industri VSS yang ditawarkan syarikat tersebut. Beliau yang memiliki lesen memandu Kelas E kemudian mengikuti latihan intensif di Akademi RapidPenang selama dua bulan. Walaupun pernah bergaji empat angka, bapa kepada dua anak itu sanggup menerima elaun RM900 sahaja sepanjang latihan dan percaya keputusannya menyertai syarikat pengangkutan awam terbesar di negeri itu tidak sia-sia. Buktinya, Burhanuddin diumumkan sebagai kadet terbaik. Bekas juruteknik di sebuah industri elektronik terkemuka di negeri ini mengakui bukan mudah menyesuaikan diri dengan kerjaya baru itu tetapi semuanya dilakukan demi keluarga. "Jika dulu, saya hanya menghadap mesin, cip dan perkakasan elektronik sahaja tetapi kini diajar berhadapan dengan penumpang bas termasuk cara-cara berkomunikasi dengan orang ramai. "Di akademi ini juga kami dilatih menjadi barisan kapten bas yang bersih, bertoleransi dan bertimbang rasa dalam memikul amanat untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat. "Lama-kelamaan timbul keseronokan, malah sesekali menjadi jurubahasa pula kepada pelancong asing," ujarnya yang memandu bagi perjalanan ulang alik di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Situasi diberhentikan kerja juga menimpa Mohamad Shahrol Nizam Yusof, 28, yang bekerja lapan tahun di sebuah kilang berteknologi tinggi di Bayan Lepas, dekat sini sebelum diberhentikan kerja Februari lalu. "Ketika itu, saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Sepanjang empat bulan menganggur, saya hanya menggunakan wang pampasan untuk menyara keluarga. "Pelbagai kerja saya mohon termasuk di beberapa kilang terkemuka tetapi tidak berjaya. "Apabila diberitahu ada kerja di RapidPenang, saya terus ambil ujian menduduki lesen Kelas E dan mendaftar menyertai Akademi RapidPenang," jelasnya yang kini memandu bagi laluan Jeti Tun Uda ke Batu Uban. Kedua-dua mereka adalah antara tujuh pekerja industri elektronik yang telah menamatkan latihan kadet di Akademi RapidPenang yang bermula Jun lalu melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) bersama 13 yang lain. Sepanjang latihan, mereka yang telah memiliki lesen memandu kelas E dan Lesen Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) turut ditekankan terhadap piagam serta prinsip tahap perkhidmatan sebagai Bas Kapten RapidPenang. "Walaupun pendapatan sebagai pekerja industri agak lumayan terutama elaun kerja lebih masa, tetapi pengalaman krisis ekonomi global cukup terasa. "Sebaliknya sebagai kapten bas, seseorang berpeluang memperoleh pendapatan tidak kurang RM2,000 (mengikut gred) selain elaun, insurans perlindungan, perlindungan kesihatan diri serta suasana kerja yang kondusif," jelasnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RapidPenang, Azhar Ahmad berkata, peluang menjadi kapten bas antara alternatif yang ditawarkan pihaknya kepada orang ramai yang berminat dengan kerjaya dalam industri pengangkutan awam. Katanya, ia juga sejajar dengan prinsip syarikat itu untuk tidak mengambil warga asing sebagai barisan operasi utama syarikat sebaliknya memfokuskan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. "Sejak ditubuhkan pada Julai 2007, akademi ini telah melatih kira-kira 184 kapten bas termasuk tiga wanita dengan jumlah kesemua kapten bas kami ialah kira-kira 500 "Pengambilan kapten bas melalui skim ini merupakan pendekatan RapidPenang bagi memberi peluang kepada pekerja VSS menceburi kerjaya baru. "Ketika ini, kita mempunyai kira-kira 500 barisan kapten bas (pelbagai gred) terdiri daripada pelbagai kaum. Kita menyasarkan untuk melatih kira-kira 200 lagi di akademi bagi melengkapi sasaran syarikat mempunyai seramai 700 pemandu menjelang tahun hadapan," jelasnya.Oleh ZAKI SALLEH
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-