PETALING JAYA – Vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali seolah-olah bermain tarik tali dalam kes permohonan pengesahan lafaz cerai kedua yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam apabila dia sekali lagi enggan hadir pada prosiding itu. Kedegilan Radhi, 32, itu menyebabkan Hakim Syarie, Ghazali Ahmad mengeluarkan perintah waran tangkap yang berkuat kuasa serta-merta semalam selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili plaintif, Shazlin Shariff, 31. Waran tangkap tersebut merupakan waran kali ketiga yang dikeluarkan terhadap artis berkenaan sejak kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu disebut di mahkamah pada 25 November 2008. Kali pertama waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi adalah pada 21 April lalu disusuli pada 24 Jun apabila sebelum itu Radhi telah beberapa kali dikenakan notis amaran atas alasan serupa. Waran tangkap semalam akan diserahkan kepada Radhi melalui polis secepat mungkin. Radhi akan dibawa oleh polis ke mahkamah sebaik waran itu diserahkan kepadanya. Terdahulu, Rubiah memohon mahkamah menggenakan waran tangkap terhadap Radhi selaku defendan kes itu kerana dia tidak hadir tanpa memberi sebab dan alasan yang kukuh. Rubiah yang ditemui selepas prosiding memberitahu, Shazlin telah menghubungi suaminya dan memaklumkan mengenai perbicaraan pengesahan lafaz cerai tersebut.Oleh WAZIHA WAHID
Battery Reconditioning
6 years ago