PENCEGAHAN obesiti dalam kalangan kanak-kanak seharusnya bermula dari rumah. Obesiti kanak-kanak biasanya berlaku akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang bersenam. Satu jalan penyelesaian paling mudah adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Misalnya, menetapkan amalan pemakanan sihat dan rajin melakukan aktiviti fizikal. Namun, tidak mudah untuk anak anda melakukannya sendiri. Satu kaedah paling efektif bagi mencegah masalah obesiti adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat seisi keluarga. Galakkan seluruh keluarga untuk melakukan perubahan dari aspek gaya hidup. Beberapa tip di bawah ini boleh membantu: Mulakan sedikit demi sedikit Perubahan yang sedikit demi sedikit adalah lebih mudah untuk diterapkan dalam rutin harian. Ia juga memudahkan sesuatu pelan dilaksanakan untuk jangka masa panjang. Perubahan yang sedikit itu boleh dilakukan termasuk menutup televisyen sewaktu makan malam, menukar minuman ringan kepada air suam atau bersiar-siar selepas makan malam. Tetapkan matlamat Pastikan sasaran yang ditetapkan adalah realistik untuk setiap ahli keluarga. Contohnya, matlamat anak ialah mengambil buah-buahan sebagai snek petang, manakala matlamat anda pula adalah untuk bersiar-siar selama tiga hari seminggu. Bagi matlamat keluarga, mungkin juga anda boleh menetapkan matlamat untuk mengehadkan pengambilan makanan segera kepada sekali sebulan. Raikan kejayaan Berikan ganjaran sebagai cara untuk mendorong keluarga anda. Jika anak anda berjaya mencapai sesuatu sasaran, jangan kedekut untuk menghadiahkannya pujian dan juga perhatian. Andainya seisi keluarga menepati sasaran, anda boleh memikirkan cara untuk meraikan kejayaan tersebut. Keluar menonton wayang atau berkelah mungkin suatu cadangan yang baik. Fikirkan yang positif Berikan tumpuan kepada perubahan gaya hidup yang sihat. Jangan hanya memfokus pada penampilan anak. Ingatlah bahawa menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bukan satu perlumbaan. Ia memerlukan masa dan dedikasi bagi menggantikan sesuatu tabiat lama dengan gaya hidup yang baru. Tunjukkan fleksibiliti Seseorang sememangnya memerlukan sedikit masa untuk mengubah tabiat pemakanan yang lebih sihat. Berikan galakan kepada setiap orang agar mengekalkan pelan asal. Namun, jika sasaran itu tidak bersesuaian, buatlah penyelarasan yang berpatutan. Dalam kes seperti ini, adalah lebih baik untuk merancang pelan yang baru. Aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekali-sekala, anjurkan aktiviti fizikal seperti bersiar-siar dengan menunggang basikal. Jika boleh, galakkan anak mengambil bahagian dalam aktiviti sukan di sekolah. Anda sebagai contoh Salah satu cara terbaik untuk menggalakkan anak terlibat dalam gaya hidup sihat adalah menunjukkan perubahan diri anda. Tunjukkan contoh dengan mendemonstrasikan apa yang perlu dimakan dan berapa jumlah hidangan. Anda juga boleh menunjukkan contoh menerusi pengambilan makanan bernutrisi, mengelak membawa makanan ringan ke dalam rumah, mengawal saiz hidangan dan sebagainya.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-