CATATAN yang sangat indah lagi mengesankan jiwa itu merupakan nukilan Ibnu Jubayr atau nama sebenarnya Abu al Husayn Ibnu Jubair yang merupakan seorang tokoh ilmuwan dari Grenada, Sepanyol. Disebutkan juga beliau merupakan seorang penyair dan sudah tentu tidak menghairankan jika beliau mempunyai catatan yang begitu mengasyikkan. Catatan Ibnu Jubayr ini merupakan antara banyak lagi catatan di 'Pameran Menuju ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman' yang sedang berlangsung di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), Jalan Perdana sehingga 22 Januari 2010. Ia sebuah pameran yang kaya dengan pelbagai bahan istimewa, mengenai ibadat haji yang tidak harus dilepaskan oleh umat Islam menghayatinya. Antara bahan menarik adalah pameran sehelai kain tirai yang digantung di bahagian dalam kaabah. Kain sutera jacquard itu mempunyai tulisan dua kalimah syahadah berwarna krim berlatarkan hijau. Pameran ini pada keseluruhannya bukan sahaja memberi penerangan mengenai ibadat haji dan lokasinya di Mekah al Mukarramah, tetapi juga memaparkan luahan atau isi hati para jemaah haji bagi mencapai impian suci mereka itu. Lebih-lebih lagi melibatkan satu perjalanan yang cukup getir yang memakan makan masa berbulan dan tahun di waktu dahulu. Ia menguji kekuatan jiwa dan ketahanan fizikal, namun semua itu menjadi satu kembara kerohanian kepada para jemaah yang berhasrat menjadi tetamu Allah. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus (kerana lamanya perjalanan) yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (al-Hajj: 27) Kisah catatan menarik Ibnu Jubayr dalam ketika mengembara ke Mekah pada tahun 1183M juga dapat diketahui jika mengunjungi pameran ini. Didalam pengembaraan itu, beliau perlu berhadapan dengan barisan tentera Salib dan para perompak yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menganggu umat Islam setiap kali musim haji. Dari Grenada, Ibnu Jubayr menyeberangi lautan Mediteranean menuju ke Bandar Ceuta di Afrika Utara dan kemudiannya dengan menaiki kapal dari Genoa, beliau belayar ke Kaherah, Mesir. Dari situ Ibnu Jubayr terpaksa menyertai rombongan haji yang menaiki unta-unta menuju ke arah selatan, iaitu ke pelabuhan Asydhab di Laut Merah sebelum menuju ke Semenanjung Arab. Ini disebabkan ancaman tentera-tentera Salib yang dihantar khusus mengganggu umat Islam yang hendak menggunakan Semenanjung Sinai untuk mengerjakan haji. Berikut sebahagian daripada catatannya: "Pada hari Sabtu ketika perayaan hari korban, kiswa atau kain penutup Kaabah dibawa menggunakan empat ekor unta ke Mekah dari khemah Amir Iraq. Apabila Kaabah telah dilitupi sepenuhnya, kelim atau bahagian hujung kiswa yang dijahit digulungkan ke atas bagi mengelakkannya daripada dicapai dan dipaut dengan kuat oleh jemaah yang tidak dapat mengawal perasaan mereka". Bagaimana pula catatan perjalanan ibadat haji dari Khalifah Islam yang terkenal, Harun Aminurrashid dari Dinasti Abbassiah yang dikatakan telah mengerjakan ibadat itu sebanyak lapan kali sepanjang pemerintahan dan hidup baginda? Antara catatan ditulis mengenai baginda sewaktu Khalifah Harun mengerjakan haji pada tahun 802H bersama-sama dengan ahli keluarga, iaitu dua putera Al Amin dan Al Ma'mun dan permaisuri baginda, Siti Zubaidah. "Baginda telah membelanjakan sebahagian besar hartanya ke atas golongan fakir miskin di dua Kota Suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah seperti yang dilakukan oleh ayahandanya, Al Hadi. "Baginda mengagihkan setengah juta dinar emas kepada umat Islam dan sebagaimana suaminya, Siti Zubaidah juga mempunyai sifat dermawan yang sangat tinggi. "Ini termasuklah ketika berlaku kejadian banjir besar yang menenggelamkan kaabah, baginda terus menyumbang sejumlah wang yang besar dalam usaha memperbaiki Kaabah dan mendalamkan lagi telaga zamzam." Pengembara Islam terkenal Ibnu Battutah atau nama sebenarnya Shams Al Din Abu Abdallah pastinya menjadikan perjalanan ke Mekah untuk menunaikan haji itu sepenting catatan beliau yang menjelajah hampir ke seluruh dunia. Di awal pengembaraannya ke Mekah, beliau menulis; "Aku meninggalkan kampung halamanku Tangier pada hari Khamis 2 Rejab 725H di mana ketika itu aku berusia 22 tahun dengan niat mahu menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah dan menziarahi Makam Nabi Muhammad (di Madinah). "Aku berangkat sendirian tiada teman untuk berkongsi suka duka sepanjang perjalanan juga tanpa kumpulan pengembara sebagai tempat bergantung. "Aku kalah kepada desakan suara hati dan keinginan yang telah lama kupendamkan untuk menjejakkan kaki ke tempat suci itu dan aku bulatkan tekad untuk meninggalkan semua sahabat dan sendirian berjauhan dari kampung halamanku. "Oleh kerana ibu bapaku masih hidup, terasa amat pedih untuk berjauhan dari mereka berdua dan ini menyebabkan jiwaku sarat menanggung kesedihan akibat dari perpisahan ini". Begitulah suasananya jika di zaman dahulunya umat Islam yang hendak mengerjakan haji terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Tanpa mengira apa juga laluannya sama ada lautan mahupun daratan, mereka semua terdedah kepada ancaman perompak, cuaca buruk, penyakit sehinggalah pergolakan politik. Malah ramai juga yang terkorban sebelum sempat jejakkan kaki di Tanah Suci dan termasuk juga yang tersesat. Namun semua itu tidak menghalang jauh sekali mematahkan semangat umat Islam untuk menunaikan haji. Sehingga ke abad ke 19, karavan unta adalah 'kenderaan' yang paling popular bagi umat Islam menuju ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji. Karavan tersebut lengkap dengan pelbagai bekalan untuk menampung keperluan sepanjang perjalanan. Mereka yang miskin akan mengembara sendirian dan kerap kali terpaksa berhenti seketika untuk mencari rezeki terlebih dahulu sekiranya kehabisan bekalan. Pengalaman mengembara ke Mekah berubah sepenuhnya mengikut peredaran masa dengan risiko-risikonya semakin minimum. Ini apabila para pemerintah banyak membantu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pembinaan perigi, jambatan sehinggalah berlakunya pembukaan Terusan Suez, perkhidmatan Keretapi Hijazz dan Lapangan Terbang Jeddah. Sehinggakan ada yang mengatakan jemaah terdahulu lebih banyak dikurniakan pahala atas 1,001 kesusahan yang mereka terpaksa tempuh sepanjang perjalanan berbanding para jemaah hari ini. Pameran tersebut mampu meninggalkan kesan mendalam terhadap hati dan jiwa pengunjung apabila terdapat juga tayangan visual memperlihatkan pelbagai situasi perjalanan ke Mekah dengan diiringi laungan-laungan bacaan talbiah - memuji Allah, yang indah dan lunak berkumandang di setiap sudut ruang pameran itu. (Bacaan atau lafaz talbiah: Labbaika Allaahumma labbaik, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda wan ni'mata laka wal mulka laa syariika lak. (Ditakhrij oleh al-Bukhari dalam kitabAl-Hajj, bab At-Talbiyah,[1549] dan Muslim dalam kitab Al-Hajj, bab At-Talbiyah wa Shifatuha, [1184]) Mengenai sejarah haji yang melibatkan para jemaah Tanah Melayu, mereka dikatakan mampu memulakan perjalanan ke Tanah Suci seawal abad ke 15. Mereka bukan sahaja ke sana untuk menunaikan haji tetapi pelbagai daya tarikan yang terdapat di Tanah Suci itu. Ini terutamanya untuk menimba ilmu-ilmu agama daripada tokoh-tokoh dan alim ulama termasyhur di sana. Ramai umat Islam dari Tanah Melayu yang ke sana mengabadikan pengalaman pengembaraan ke Tanah Suci dalam bentuk catatan. Beberapa manuskrip bertulisan Jawi di temui di kepulauan Tanah Melayu (termasuk Indonesia) menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji. Kesemua catatan tersebut berbentuk keagamaan dan tidak kurang yang ditulis dalam bentuk syair dan nazam yang begitu menyerlahkan tingkat kesusasteraan Melayu yang cukup tinggi. Antaranya, cendekiawan Melayu, Harun Aminurrashid yang menulis catatan pengembaraannya ke Mekah pada tahun 1960 dalam bukunya yang bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi. Pahit getir pengembaraan itu dirakam dengan baik dan antaranya seperti berikut: "Susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal (laut). Orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar… di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat…kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik dari menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik". Sebelum itu, ada catatan lebih awal oleh Harun apabila ditemui sebuah nazam atau syair menceritakan detik-detik perjalanan dalam laras kesusasteraan Melayu yang tinggi dan ditulis dengan penuh keinsafan, kesufian dan terkadang agak romantik. "Dengarkan olehmu suatu cerita, fakir yang yatim empunya kata Hatinya susah semata-mata, dakwat bercampur dengan air mata Tatkala diturun hendak ke Makkah, hatinya pun berpanca balah Hendak bertinggal ibu dan ayah, entahlan habis berpanca balah Inilah nazam fakir yang gharib, lagi percintaan bawalah nasib…" Menariknya mengenai sejarah nazam ini, sehingga kini tidak diketahui siapakah penulisnya. Pengalaman Harun dan angkatan lama jemaah haji dari negara ini tentunya jauh berbeza daripada suasana hari ini. Tiada lagi kapal laut, jauh sekali pengembaraan berjalan kaki. Kini dengan menabung di Lembaga Tabung Haji (LTH), sampai giliran, menaiki pesawat, dalam tempoh lapan jam mereka selamat sampai ke Tanah Suci. Secara keseluruhannya terdapat 17 imej, 25 objek (artifak) dan pelbagai panel maklumat boleh 'dibaca' di pameran selama enam bulan bagi pihak MKIM menyediakannya. Mungkin tiada kemampuannya lagi untuk kita ke Mekah, namun dengan mengunjungi pameran ini, pastinya akan menjadi satu desakan yang kuat untuk kita ke sana!Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-