![]() Sehubungan itu, Ahmad menasihati rakyat negeri ini supaya meningkatkan tahap kebersihan selain makan makanan yang dimasak, tidak terdedah serta bersih bagi mengelak dijangkiti penyakit tersebut. Menurut Ahmad, langkah itu penting berikutan penularan wabak taun di negeri ini semakin serius selepas kematian seorang pesakit minggu lalu manakala lebih 98 orang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Beliau berkata, selain orang ramai, peniaga dan pengusaha kedai makan juga perlu menitikberatkan soal kebersihan dengan memastikan makanan yang dijual dan dimasak, tidak terdedah pada bahan asing selain sentiasa tertutup. “Sudah berulang kali kita beritahu, selepas banjir, penyakit taun mudah berlaku, oleh itu kita kena minum air dan makan makanan yang dimasak kerana kita tahu taun berpunca daripada air,” katanya. |