DALAM bahasa Kelabit, Bario bermaksud 'angin'. Maksud itu sesuai bagi merujuk suasana sebenar kawasan penempatan suku kaum Kelabit yang terkenal dengan cuaca yang nyaman. Ia terletak di Tanah Tinggi Kelabit, timur laut Sarawak. Terletak pada ketinggian 1,150 meter dari aras laut, sudah lama penulis mahu ke Bario untuk melihat sendiri kawasan penempatan yang dikelilingi bukit-bukau dan gunung-ganang itu. Justeru, misi menjejaki Bario menerusi program Eksplorasi Murud-Bario 2009 yang disertai bersama 10 rakan pendaki baru-baru ini benar-benar mengujakan. Selain dapat menikmati sendiri buah nanas dan beras Bario yang terkenal, penulis sempat meluangkan masa beramah mesra dengan sekumpulan ahli Jemaah Tabligh yang ketika itu 'berkampung' di Bario selama tiga hari untuk berdakwah. Ketua kumpulan itu, Ustaz Mohd Zulkifli Mohd Adnan, 35, berkata, terdapat kira-kira 30 penduduk Muslim di Bario. Menurutnya, sungguhpun jumlah penduduk Muslim itu sedikit berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk Bario iaitu kira-kira 900 orang, namun usaha dakwah akan terus dilakukan di kawasan penempatan terpencil itu. "Terdapat lima keluarga yang sudah memeluk agama Islam di sini. Keluarga pertama yang memilih Islam adalah keluarga Mustafa yang membuka sebuah rumah penginapan di Bario. Yang lain adalah guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di sekolah rendah dan menengah di situ," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Mustafa Lodge, Bario, Sarawak baru-baru ini. Mengikut sejarah, penduduk Bario menerima kedatangan ajaran Kristian terlebih dahulu iaitu pada tahun 1940-an. Ajaran itu dibawa oleh Guru Paul yang dikenali juga sebagai Nimang Tepun. Faktor kedatangan Kristian di situ yang lebih awal mungkin menjadi antara sebab kenapa tidak ramai penduduk Bario mahu memilih Islam. Ini memandangkan kehidupan mereka sudah sebati dengan budaya nenek moyang dan ajaran Kristian yang tiba lebih awal itu. Sungguhpun begitu, faktor itu tidak menjadi masalah kepada kumpulan Jemaah Tabligh untuk terus berdakwah tanpa jemu di bumi Bario yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit itu. Bario sebenarnya boleh dianggap sebagai ibu negeri tidak rasmi bagi kawasan-kawasan penempatan di tanah tinggi tersebut. Mengulas lanjut, Mohd Zulkifli berkata, biasanya jumlah ahli dalam satu kumpulan dakwah Jemaah Tabligh yang bergerak di satu-satu kawasan adalah di antara 10 hingga 12 orang. Masa yang diperuntukkan pula adalah sekitar tiga hari dan pengisian program banyak menjurus kepada meningkatkan takwa dan keimanan para penduduk Muslim. "Ada beberapa aktiviti yang biasa dilakukan seperti sesi bercerita mengenai kisah-kisah sahabat Nabi, membaca hadis selama dua hingga tiga jam di surau, ziarah ke rumah dan ceramah tentang kepentingan iman serta amal soleh," ujarnya yang merupakan bekas pelajar di Madrasah Tafiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau kini bertugas sebagai Imam 1 di Masjid An Naim, Lutong, Miri, Sarawak. Tinjauan Kosmo! mendapati, mereka turut mengagih-agihkan makanan ringan kepada kanak-kanak di Bario. Kehadiran mereka juga disenangi penduduk walaupun majoriti penduduk bukan Muslim. "Saya pernah datang ke sini bersama kumpulan Jemaah Tabligh pada tahun 2007. Ketika itu, kami memakai jubah putih dan ia membuatkan banyak mata memandang pelik kepada kami. "Menyedari itu, kali ini kami datang dengan pakaian biasa iaitu baju-T dan seluar panjang yang sesuai. Mungkin ini lebih memberikan keselesaan kepada mereka untuk beramah mesra dengan kami," kata Mohd Zulkifli ketika mengimbas pengalaman pertama beliau berdakwah di Bario, kira-kira dua tahun lalu. Menggunakan pendekatan kasih sayang untuk memikat hati penduduk Bario terhadap Islam, beliau menegaskan dalam apa cara sekali pun kaedah dakwah dilaksanakan, tindakan susulan yang dibuat dari semasa ke semasa adalah penting. "Ini tanggungjawab semua orang Islam. Ia bukan hanya dipikul oleh pendakwah bertauliah sahaja, sebaliknya setiap orang Islam perlu melakukannya agar kerja-kerja penguatkuasaan dapat dilakukan bersama," katanya yang menjelaskan penguatkuasaan yang dimaksudkan itu adalah memerhati sama ada dakwah yang disebarkan itu menjadi amalan penduduk atau sebaliknya. Sebarang pembetulan perlu dilakukan jika didapati penduduk tidak lagi mengamalkan Islam. "Ini kita kena sedia maklum. Mereka (penduduk) masuk Islam kerana dakwah, bukannya sebab keturunan. Untuk itu, banyak kerja perlu dilakukan supaya mereka tidak berasa diri mereka tidak dipedulikan dan terpinggir. "Justeru, selepas satu program dakwah dilakukan...mesti ada program susulan untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam," ulasnya panjang lebar. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar lebih banyak kumpulan dakwah daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan khususnya dari Semenanjung datang menjenguk 'saudara' mereka di kawasan-kawasan terpencil di Bumi Kenyalang. Apatah lagi katanya, jumlah ustaz yang bertauliah amat kurang di negeri itu sekali gus menjejaskan usaha dakwah dilakukan berterusan. "Kena hantar dari Semenanjung sebab jumlah pendakwah bertauliah ada banyak di sana. Begitu juga, kalau menteri-menteri beragama Islam melawat Sarawak, singgahlah sekejap di kawasan-kawasan pedalaman agar penduduk berasa diri mereka tidak dipinggirkan," katanya. Berdakwah dengan bajet sendiri, ia tidak meninggalkan sekelumit kesal di hati mereka yang sanggup meneroka kawasan pedalaman untuk tujuan murni itu.Oleh ROHANA MAN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-