WANITA mana yang tidak mahu tampil cantik? Di zaman moden ini, bagi segelintir wanita, penampilan cantik dan menarik, memang menjadi prioriti atau letak di tangga teratas. Meskipun, kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif nilaiannya. Boleh dikatakan pelbagai cara sanggup dilakukan demi memiliki kecantikan yang ideal. Bukan sahaja ke salon kecantikan, mengunakan aneka kosmetik, mengenakan pakaian berjenama, bahkan sehingga sanggup menjalani pelbagai jenis pembedahan, waima ada antara kaedah tersebut membahayakan diri serta mengundang dosa. Yang pastinya, soal kecantikan memang tidak dapat dipisahkan daripada kamus hidup setiap yang bergelar wanita, apatah lagi cantik itu adalah fitrah manusia. Lantaran itu, tidak hairanlah jika kita lihat kaum lelaki era moden ini juga semakin prihatin berkaitan penampilan diri dari segi lahiriah. Pun begitu, perlu diingat bahawa kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa. Umat Islam terutamanya, kaum wanita Muslim di negara ini pernah dikejutkan dengan isu suntikan Botox. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penggunaan kaedah ini yang diyakini mengubah kejadian Allah, sekali gus menyimpang daripada ajaran Islam yang syumul. Hakikatnya, bukannya mudah untuk menegah atau menghentikan serta-merta sesuatu yang agak sudah sebati dalam dunia kecantikan ini. Apa lagi, golongan yang sanggup berhabis ribuan ringgit dan menolak hukum Allah SWT hanya semata-mata untuk kelihatan cantik adalah orang Islam itu sendiri. Baru reda dengan kekalutan Botox, sekali lagi umat Islam dikelirukan pula dengan penggunaan unsur (habuk-habuk) emas 24 karat di dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit. Penceramah yang suatu ketika dahulu popular dengan saranan teknik ‘cakaran harimau’ dan ‘urutan labah-labah’, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, mengakui beliau pernah ditanya oleh orang ramai tentang pandangan Islam mengenai penggunaan produk kecantikan yang mengandungi unsur emas 24 karat atau adakah ini dinamakan susuk moden? Siti Nor Bahyah selaku jurucakap Halal Safi menjelaskan, Islam tidak melarang manusia itu atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam. Ini kata beliau dibuktikan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.” Malah tegas beliau, tidak salah di dalam Islam kita berikhtiar untuk menjaga wajah, kesihatan, penampilan diri tetapi biarlah dengan kaedah dibenarkan di dalam Islam. “Susuk dengan penggunaan emas yang terkandung di dalam produk kecantikan Safi Rania Gold 24 karat ini sangat berbeza. “Mengapa saya katakan begitu? Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu. “Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah. “Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit,” katanya. Merawat masalah Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat, ilmu guna-guna adalah syirik. Sudah jelas adanya unsur syirik di situ iaitu percaya kuasa lain selain daripada Allah SWT”. Demikian juga firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 72 yang bermaksud: Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah al-Masih putera Maryam.” Padahal al-Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israel. sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. Kata Siti Nor Bahyah, ini jelas haram di sisi Islam, waima dengan alasan untuk tatapan pasangan iaitu suami. Mengikut apa yang difahamkan kepada beliau oleh Pengurus Produk Safi, Mahsuri Sulaiman: “Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis. Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit. Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit. Malah akui Siti Nor Bahyah, wanita diharuskan memakai emas. Seperkara lagi produk Safi ini bebas daripada bahan alkohol. Mengulas tanggapan yang mendakwa pemakaian segelintir produk kecantikan, akan membuatkan wajah lebih menonjol, seterusnya menarik perhatian ramai dan bukankah ini dikira telah mengubah kejadian Allah? Menurut Siti Nor Bahyah yang sempat berkunjung ke pejabat Mega, sesuatu yang mengubah kejadian Allah, jelas diharamkan di dalam Islam. Contohnya, Botox yang jelas mengubah bentuk wajah seseorang itu. Bagaimanapun penggunaan produk kecantikan Safi Rania Gold, ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi ia lebih kepada merawat wajah iaitu dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut. Perlu ditekankan di sini, ini tidak merubah ciptaan Allah tetapi bermatlamat kepada membantu merawat masalah yang dihadapi. Oleh itu, menurut Siti Nor Bahyah, untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam cuma apa pun yang dilakukan adalah berdasarkan kepada niat seseorang. Contohnya seorang isteri sudah pastinya apabila dia memakai produk kecantikan, niatnya adalah untuk menambat hati suami, supaya suami tambah sayang dan juga mungkin niat untuk keyakinan diri, itu sudah jelas dibenarkan di dalam Islam. “Namun jika ia diniatkan yang sebaliknya seperti untuk menarik perhatian orang lain, berbangga diri itu telah bercanggah dengan Islam. Apatah lagi, timbul riak dalam diri apabila terlalu dilambung-lambung dengan pujian,” katanya walau apa pun ia berbalik kepada niat seseorang itu. Malah tambah beliau, ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW, bahawa orang yang riak dan sombong, mereka tidak akan masuk syurga. Pesanan Siti Nor Bahyah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. seharusnya diambil perhatian oleh semua umat Islam tidak kira wanita mahupun lelaki dalam menilai soal kecantikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat seseorang itu kepada wajah, paras rupanya dan juga harta benda tetapi yang Allah lihat ialah hati dan amalannya. Apa gunanya wajah yang cantik tetapi hatinya penuh dengan sifat hasad dengki dan sebagainya.” Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan... Berkongsi cerita bagaimana diri beliau dilamar sebagai jurucakap halal Safi, jelas Siti Nor Bahyah, perkara pertama yang beliau lakukan sebelum mengambil keputusan menjadi jurucakap Halal Safi adalah dengan memastikan Sijil Halal yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Saya kemudian ditunjukkan dan diberi penerangan tentang bahan mentah yang digunakan dalam keseluruhan produk kecantikan Safi. Seterusnya, melawat ke kilang mereka. “Apabila timbul keyakinan dan merasakan ini adalah satu cabang dakwah untuk menyampaikan masyarakat bahawa ini adalah satu produk yang 100 peratus halal dan boleh digunakan tanpa rasa was-was, lantas saya menerima tanggungjawab tersebut,” kata beliau. Cantik itu tidak salah Sejauh yang ramai kenali, Siti Nor Bahyah adalah seorang penceramah yang diakui popular menerusi dakwah beliau secara langsung, buku dan cakera padat. Namun semenjak melibatkan diri dalam bidang kecantikan dan produk kesihatan, persoalan pertama yang muncul ialah bagaimana dapat dijelaskan kesinambungan dakwah beliau menerusi bidang baru tersebut. “Dakwah ini luas, kalau biasanya saya kerap muncul di kaca televisyen, radio dan akhbar atau majalah dan lebih popular dengan topik-topik berkaitan kekeluargaan dalam Islam tetapi dengan tawaran daripada Safi ini, memberi peluang untuk berdakwah tentang kecantikan di dalam Islam,” jelasnya. Bercakap soal cantik ini, kata Siti Nor Bahyah, semua wanita mahu kepada kecantikan termasuklah beliau sendiri. Malah trend serupa juga berlaku kepada kaum lelaki. “ Oleh itu, saya ingin mengajar kepada umat Islam seluruhnya bahawa cantik itu tidak salah tetapi biarlah kita menggunakan produk yang 100 peratus halal. “Ini kerana banyak produk kecantikan yang terdapat di pasaran tetapi menimbulkan keraguan ramai pengguna Islam,” jelasnnya. Lebih-lebih lagi kata Siti Nor Bahyah, aspek pemakaian dan pemakanan itu ada hubung kait yang sangat rapat dengan ibadat seseorang Muslim itu. Contohnya dalam bab berdoa kepada Allah. Apa gunanya jika kita tidak menjaga sumber makanan yang diambil dan pakaian yang digunakan, jika ia adalah daripada jalan yang haram atau subahat. “Sebenarnya, apa yang saya lakukan sekarang ini, semua di luar jangkaan. Pada saya ini adalah anugerah dan kurniaan Allah SWT dan milik-Nya. “Jadi apabila kita gunakan ia ke jalan kebaikan, sudah pasti rezeki pemberian Allah SWT kepada kita datang mencurah-curah. Matlamat pokok ialah berdakwah menyebarkan syiar Islam,” katanya begitu juga gelaran sebagai pendakwah itu juga tidak dirancang.Oleh ZUARIDA MOHYIN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-