BIARPUN pelbagai cerita kurang enak mengenai pengurusan jenazah sering singgah ke halwa telinga lelaki itu, namun dia tetap setia menawarkan perkhidmatan mengurus jenazah kepada keluarga yang memerlukan. "Tiada apa yang perlu ditakutkan. Ini kerana saya juga akan ke sana (menjadi jenazah) apabila tiba waktunya." Demikian luah Mohd. Asri Drahman, 32, yang merupakan seorang pengurus jenazah di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor ketika memulakan bicara mengenai tugas yang kian dipandang sepi oleh golongan muda zaman sekarang. Bagi anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, mungkin kerana kurang pendedahan daripada ibu bapa atau sikap tidak ambil peduli anak-anak muda sekarang menjadi punca ramai golongan itu menyerahkan tugas menguruskan jenazah ahli keluarga kepada pihak masjid atau kariah. Menerima pendidikan dari Maktab Pengajian Islam di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, Mohd. Asri memberitahu, tugas mengurus jenazah telah dilakukannya sejak dia berusia 19 tahun lagi. Katanya, titik awal tugas itu bermula ketika dia menemani seorang rakan untuk menguruskan jenazah. Pada masa itu juga, Mohd. Asri merasa tercabar apabila melihat tugas-tugas berat itu hanya dilakukan oleh orang-orang tua yang kurang berdaya. "Saya tengok pak cik dan orang-orang tua buat semua kerja ini termasuk mengusung mayat ke tanah perkuburan. Bila nampak peluh menitik dari dahi orang tua yang menguruskan jenazah tersebut, timbul perasaan kasihan di dalam hati. Selepas itulah, saya nekad untuk menggunakan kudrat saya yang ketika itu masih remaja untuk memberi khidmat yang sama," ujar Mohd. Asri. Menceritakan lebih lanjut, Mohd. Asri berkata, dia memulakan tugas sebagai pengurus jenazah secara serius pada tahun 2003 sehingga hari ini. Selain itu, dia juga memegang jawatan sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid UPM. Bukan upah yang menjadi ukuran, tetapi tanggungjawab kepada agama. Justeru, Mohd. Asri tidak pernah menolak mana-mana permintaan sama ada daripada pihak UPM mahupun jiran tetangga untuk menguruskan jenazah pada bila-bila masa. "Saya hairan melihat situasi hari ini. Kenapa susah sangat khalayak anak muda mendalami ilmu ini, sedangkan ia penting untuk diri masing-masing. Takut dengan apa? Kalau sudah biasa buat, perasaan takut akan hilang dengan sendirinya," ujarnya kesal. Mohd. Asri menambah: "Adakah sanggup kita melihat jenazah ahli keluarga diuruskan oleh orang lain? Jika saya...,saya tak sanggup. Ini kerana itulah khidmat terakhir saya kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia." Menurutnya, dia akan menguruskan jenazah dari mula iaitu memandikan, mengkafan dan mengebumikan jenazah. Jelasnya, untuk menyiapkan semua tugasan itu, dia memerlukan dua atau tiga orang pembantu selain beberapa orang ahli keluarga si mati sendiri. Masa yang diperlukan pula tidak terlalu lama iaitu antara 30 minit hingga satu jam. Namun, katanya, tempoh masa menguruskan itu juga bergantung kepada keadaan mayat itu sendiri. Menurut Mohd. Asri, biasanya kerja menguruskan jenazah akan diketuai oleh seorang yang berpengalaman. Ini kerana, ujarnya, ilmu menguruskan jenazah bukan sahaja melibatkan aspek kemahiran memandikan jenazah dan memotong kain kafan, malah persediaan mental dan fizikal untuk berdepan dengan pelbagai keadaan mayat juga perlu ada dalam diri seseorang yang menguruskan jenazah. "Sehingga hari ini, saya masih teringat pengalaman pertama menguruskan jenazah. Balik dari kubur, saya terus masuk ke rumah. Tiba-tiba anak kecil saya menangis tidak henti-henti. Mungkin ada benar orang berkata mengenai badi mayat yang ikut seseorang balik kalau tidak pakai 'pendinding'," ujar Mohd. Asri yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Apabila ditanya mengenai cabaran dalam tugas yang dilakukan itu, Mohd. Asri hanya memberitahu bahawa dia akan tercabar apabila berasa 'susah' untuk menjalankan tugas itu. Tidak mahu menjelaskan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan 'susah' itu, Mohd. Asri menambah: "Hari ini...perkara yang 'susah' itu sudah menjadi biasa. Lagipun, tak banyak kesusahan yang saya alami. Mungkin mula-mula dahulu, saya merasakan bahagian paling mencabar ketika menguruskan mayat adalah mengeluarkan najis dari badan si mati. Macam-macam bau. Itu sahaja yang paling mencabar saya ketika mula-mula mengurus jenazah dahulu," ujarnya. Selain itu, Mohd. Asri berkata, selaku ketua pasukan untuk menguruskan jenazah, dia juga mempunyai peranan penting untuk mengawal setiap situasi ketika berhadapan dengan ahli keluarga si mati. Malah ada ketikanya, dia terpaksa menggunakan ilmu psikologi untuk mententeramkan suasana sedih terutama kepada keluarga yang baru pertama kali kematian ahli keluarga. "Kita tahu mereka sedih. Tetapi kita tidak boleh membiarkan mereka terus bersedih. Ada juga yang berasa bimbang jika proses mengurus jenazah ahli keluarga mereka terganggu. "Maka, di situlah bermulanya tugas saya. Saya akan 'bermain' dengan perasaan mereka dengan ucapan-ucapan yang menenangkan. Sebagai contoh, selesai mengangkat mayat, mandi, potong kain dan semua tugas lain, saya akan mula dan akhiri dengan ucapan syukur supaya ahli keluarga juga berasa tenang," kata bapa kepada tiga orang cahaya mata itu. Sementara itu, Siti Rohani Muhamad, 28, yang bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam UPM, turut menceritakan pengalamannya sebagai pembantu pengurus jenazah perempuan. Menurutnya, setakat hari ini, dia belum berpeluang untuk menjadi ketua pengurus jenazah, sebaliknya lebih selesa dapat menjadi pembantu kepada ahli keluarga si mati. "Sebelum bekerja dengan Pusat Islam UPM, saya sudah biasa membantu menguruskan jenazah. Semuanya bermula apabila nenek saya meninggal dunia. "Dalam perasaan sedih, saya tetap mahu buat (mengurus jenazah nenek), sebab itu sahaja yang dapat saya sumbangkan dan ia juga adalah penghormatan terakhir saya buat insan yang saya sayangi," ujarnya. Siti Rohani berkata, walaupun sekadar membantu dan tahu 'banyak' perkara, namun dia tidak pernah membuka aib si mati (jika ada) sepanjang menguruskan jenazah. "Dengan membantu menguruskan jenazah, ia sebenarnya membantu kita menerima hakikat pemergian insan yang kita sayangi," ujar Rohani.Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-