PASIR PUTEH: “Makcik menangis di atas sejadah dan tidak henti-henti berdoa kepada Allah supaya anak makcik ditemui dengan selamat,” kata Mek Som Hassan, ibu kepada Mohd Roslan Yazid, 30, yang dipercayai lemas, di Sungai Banggol Kerian, kelmarin.Foto dan teks AZLAN HAFEEDZ
Mek Som, 68 berkata, sebelum kejadian, dia sudah melarang Mohd Roslan supaya tidak mandi di sungai itu berikutan paras air semakin meningkat.
“Sebaik ditegur, dia merajuk dan merungut seperti budak kecil sehingga tidak mahu menjamah hidangan tengah hari sebelum menghilangkan diri, kira-kira jam 6 petang,” katanya sebak.
Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharudin Yahya, berkata gerakan mencari mangsa diteruskan semula jam 8.30 pagi semalam sebaik dihentikan operasi, jam 9 malam kelmarin, berikutan cuaca semakin gelap.
“Walaupun keadaan cuaca semakin bertambah baik, setakat jam 3 petang semalam, mangsa masih juga gagal ditemui dan dikesan berikutan arus sungai semakin deras,” katanya.
Dalam kejadian petang kelmarin, Mohd Roslan dipercayai menjadi mangsa lemas pertama di negeri ini apabila dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Bonggol Kerian.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu disedari keluarganya, selepas mangsa yang juga seorang pekerja keadai makan tidak pulang sejurus mandi di sungai berkenaan. Difahamkan, mangsa dikatakan terjun dari jambatan Banggol Kerian sebelum hilang di bawa arus deras.
Battery Reconditioning
6 years ago