KEHIDUPAN harian yang disulami dengan ketakwaan dan amalan yang memenuhi fitrah manusia akan mendapat keberkatan dan merupakan asas yang kukuh untuk menikmati kesihatan diri dan kerjaya yang berterusan." Inilah pegangan hidup pasangan suami isteri, Aziz Sarif dan Norliza Idris, dalam mengemudi hidup seharian di samping mengembangkan kerjaya bersama syarikat jualan langsung terkenal, CNI, sehingga berjaya menyandang pangkat Pengurus Agensi Intan Jutawan. "Untuk bertahan dalam kerjaya CNI, kita perlu kekalkan prestasi diri, berdikari dan dapatkan sokongan organisasi. Rahsia kejayaan saya ringkas. Kita perlu kembali kepada fitrah, kenang jasa upline, kawal kelemahan diri dan insaf dengan keperitan hidup lampau," ujar Aziz memulakan bicara. Anak jati Kedah yang berusia 37 tahun ini mula berjinak dengan kerjaya CNI ketika isteri beliau kerap diserang migrain dan mengamalkan minum CNI Café bagi mengurangkan kesakitannya. Pada mulanya Aziz agak kekok memasarkan produk CNI tetapi lambat laun jiwanya mula sebati dengan skim jualan langsung sehingga memenangi Tabung Kereta Pertama berupa sebuah Toyota Camry 2.0 pada 2006. "Zaman silam saya serba kekurangan dan penuh pengorbanan. Ibu saya seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras untuk menampung hidup saya dan adik-beradik. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bertekad untuk membantu ibu dan terus berhijrah ke Johor untuk mencari kerja. "Akhirnya saya diterima untuk bekerja di limbungan kapal di Singapura. Pengalaman hidup telah mengajar saya untuk mengusahakan kerjaya CNI dengan bersungguh-sungguh agar keluarga saya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. "Saya percaya sebuah organisasi perlu mempunyai satu matlamat dan tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan hakiki. "Kami layan setiap ahli organisasi seperti ahli keluarga sendiri, namun ketegasan dan saling menghormati diamalkan dalam setiap perjumpaan dan mesyuarat rasmi," katanya. Beliau juga bersyukur kerana berjaya memupuk sebuah organisasi yang positif dan memberi sokongan padu kepada saya dan isteri. "Bagi memastikan motivasi setiap ahli tetap tinggi, saya memberi bimbingan peribadi secara rutin kepada ahli baru setiap minggu dan bagi ahli yang lebih berpengalaman, saya adakan mesyuarat rutin yang berasingan bersama mereka. "Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk kerap mengadakan majlis kecil-kecilan untuk meraikan ahli-ahli organisasi yang mencapai kejayaan. "Kami lakukan ini semua kerana kami yakin musyawarah penting walau setinggi mana pangkat seseorang dan sebuah pasukan yang bermuafakat dapat memberi impak yang berkesan," katanya. Aziz dan isterinya masih mengadakan jualan dan penajaan hingga ke hari ini bersama-samadownline mereka. Ini kerana bagi pasangan ini, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. "Saya dan isteri bercita-cita untuk membimbing lebih ramai ahli-ahli organisasi kami untuk layak memenangi Insentif Umrah dan insentif-insentif lain di samping memupuk pemimpin-pemimpin berpotensi menjadi Intan Jutawan di kalangan organisasi kami," kata Aziz menamatkan wawancara dengan penuh bersemangat.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-