KEMODENAN dan kecanggihan teknologi sebenarnya tidak menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan daripada kehidupan serba moden ialah nikmat dunia. Pun begitu, kebahagiaan kebendaan ini, kata Monica dan Sunaku, wanita yang berasal dari Jepun tidak menjanjikan ketenangan jiwa atau kebahagiaan rohani yang didambakan selama ini. Ikuti kisah pengislam mereka berdua di bawah ini. Kisah 1 Dibesarkan pada era teknologi moden yang sedang berkembang pesat di Jepun, Monica turut dikira sebagai seorang yang amat bertuah kerana dikurniakan kehidupan yang boleh dikategorikan selesa serta memiliki ahli keluarga yang begitu mengambil berat dan penuh kasih sayang. Apa tidaknya, setiap yang diingini sama ada untuk pelajaran dan kerjaya tidak pernah tidak dipenuhi. Majoriti penduduk Jepun adalah beragama Buddha, begitu juga dengan ahli keluarga Monica. Namun, sejak kecil, ibu bapanya langsung tidak mengambil pusing soal kepercayaannya sebagai penganut Buddha. Pada peringkat awal dulu dia kerap memikirkan perkara-perkara seperti kejadian alam, tujuan manusia diciptakan dan kitaran kehidupan. Pertanyaan demi pertanyaan itu bermain di mindanya sehinggalah usia Monica mencecah 20 tahun dan sebaik menamatkan pengajian di peringkat kolej. Pekerjaan pertama yang diceburi Monica ialah menyertai syarikat penerbangan Jepun sebagai pramugari. Selain menjadikan ia sebagai satu kerjaya, Monica berharap dia akan menemui ketenangan di situ. Sayangnya, bukan itu yang ditemui malah hidupnya terus menerus dibelenggu rasa kekosongan yang teramat sangat. Jiwanya memberontak kerana apa yang dihajati selama ini belum kunjung tiba. Ditakdirkan Allah SWT pada 1988, dia menjadi penterjemah kepada delegasi agensi pelancongan dari Jepun di Mesir selama setahun. Sepanjang berada di perantauan itu, menerusi teman-teman sekerja, Monica diperkenalkan dengan agama Islam. Selepas menamatkan perkhidmatan di Mesir, Monica kembali ke Jepun dan mengambil keputusan mendalami agama Islam dengan harapan persoalan yang selama ini menyelubungi hidupnya akan terjawab. Monica sekali lagi hampir dikecewakan kerana kebanyakan maklumat yang dikumpul menerusi media massa, bukan sahaja terbatas tetapi telah diputarbelitkan. Sama jugalah seperti yang disogokkan oleh media-media tempatan dan antarabangsa, sehingga Islam dilabel sebagai agama yang bertunjang keganasan dan ketidakadilan. Demi mencari kepastian, Monica terus ke Pusat Islam Jepun dan mendapatkan al-Quran terjemahan di situ. Hampir tiga tahun Monica berulang alik ke pusat itu. Lama kelamaan, dengan kehendak-Nya, Monica semakin memahami dan menghargai agama Islam dan ia berkembang segar dari sehari ke sehari. Berkat kesabaran dan usaha istiqamah itu, akhirnya terjawab semua kekusutan yang berselirat di fikirannya. Kalau sebelum ini, dia difahamkan bahawa Islam menindas golongan wanita terutamanya dalam soal poligami. Namun, sebaik mendalami Islam yang syumul barulah diyakini sepenu hati bahawa Islam amat mengambil berat dan menghormati kaum wanita sehinggakan hak-hak mereka tidak pernah dipinggirkan. Katanya, dia mula mengasingkan diri dan memperbanyakkan berdoa semoga Allah SWT memberi petunjuk ke jalan yang benar, jalan yang diredai dan agar dimudahkan pemahaman kepada Islam. "Saya juga melakukan meditasi. Saya yakin Allah mempunyai dua buku iaitu buku yang mampu berkata-kata iaitu kitab suci al-Quran dan buku tanpa suara iaitu kejadian alam semesta dan segala bentuk keajaiban di muka bumi ini," jelasnya. "Saya merasai cahaya Ilahi menyerap masuk ke seluruh pembuluh darah dan mengalir ke seluruh tubuh ini. "Cahaya keimanan yang menyerap dalam diri bagai memberi satu kegembiraan, sekali gus merasakan kehadiran Allah dalam setiap saat," terang Monica penuh kesyukuran. Malah, Monica ditakdirkan meneruskan kerjaya pramugari dengan penerbangan ke Indonesia selama setahun. Pada ketika itulah, teman-teman dari Indonesia banyak membantunya lebih memahami agama Islam, seterusnya meningkatkan tahap kecintaan Monica kepada agama Allah itu. Lumrah bergelar mualaf, Monica tidak terkecuali daripada pelbagai dugaan terutamanya daripada keluarga kandung. Namun, ia tidak sedikitpun melemahkan keyakinan bergelar muslimah sejati. "Saya mula mendirikan solat lima waktu mengikut tertib dan praktikalnya. Selain itu, saya berusaha menguasai bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat suci al-Quran, meskipun ia cuma ayat-ayat lazim. "Pada 1992, saya ke Mesir dan mengucap syahadah di Universiti Al-Azhar. Kemudian saya mengambil keputusan bekerja di negara Tanah Arab itu. "Rupa-rupanya jodoh saya juga telah ditentukan Allah dengan lelaki Islam Mesir. Saya terus menetap di sana dan perkahwinan kami diserikan dengan kehadiran anak perempuan bernama Maryam. "Alhamdulillah, kini saya hidup bahagian dengan agama Islam dan keluarga baru. Saya banyak menghabiskan masa belajar mengaji al-Quran dan apabila ada masa terluang, saya dan suami akan belajar bersama dan membaca bahan-bahan Islamik," akui Monica yang berdoa semoga keluarga kandungnya yang masih menetap di Jepun turut menerima nur Islam. Insya-Allah. Kisah 2 Sunaku hidup serba sederhana malah tidak ada kurangnya daripada segi kebahagiaan dan keselamatan, meskipun dibesarkan oleh ibunya seorang balu. Sungguhpun begitu, sejak kecil lagi Sunaku tidak pernah merasai erti kegembiraan yang sebenar malah dia selalu dalam situasi tidak tenteram. Untuk menghilangkan perasaan tersebut, dia selalu sibukkan diri dengan mentelaah pelajaran dan melancong ke luar negara. "Namun, kerisauan dan kebimbangan yang dialami tidak juga hilang malah bertambah menjadi-jadi. Sehinggalah tamat pengajian peringkat menengah dan menyambung pengajian bahasa Inggeris di England. "Saya masih ingat semasa cuti pengajian, saya dan seorang teman dari Jepun pergi ke Jordan. Memandangkan teman saya itu pernah ke Jordan sebelum ini, jadi dia telah uruskan penginapan kami dengan satu keluarga di sana yang beragama Islam. "Saya dapati kehidupan keluarga tersebut begitu praktikal dan teratur. Selain itu, rumah mereka juga sungguh bersih dan kemas. Seperkara yang paling saya tertarik ialah melihat keakraban hubungan mereka sekeluarga, tidak kiralah dalam urusan rumah tangga mahupun kepada orang luar," kata Sunaku. Barulah Sunaka ketahui suami adalah ketua keluarga yang mencarikan nafkah untuk mereka anak beranak. Sementara, isteri biarpun duduk di rumah sepenuh masa tetapi mereka bertanggungjawab menguruskan rumah tangga. Yang cantiknya semua tanggungjawab itu dipikul dengan penuh keikhlasan dan reda. Dia sedar inilah kebahagiaan yang selama ini dia dambakan. Malah Islam yang selama ini difahami sebenarnya bukanlah gambaran yang sebenar tetapi tohmahan segelintir yang berniat jahat. "Saya sendiri tidak memahami realiti kehidupan seorang Muslim. Ini kerana dia tidak pernah mengenali umat Islam. Apa yang dilabelkan oleh media massa Barat tentang keburukan Islam, itulah yang saya ambil bulat-bulat. Tambah buruk, apabila saya menilai wanita Islam menjadi mangsa terutamanya dalam hal berpoligami. "Rentetan perjalanan ke Jordan itu, saya mengambil keputusan mempelajari agama Islam agar mesejnya lebih jelas. Sekembalinya ke Jepun, saya ke Pusat Islam Tokyo dan meminta senaskah terjemahan al-Quran dan buku riwayat hidup baginda Rasulullah SAW. "Sejak itu, saya lebih kerap ke pusat tersebut dan mempelajari daripada ustaz-ustaz yang berasal dari Pakistan, Arab dan tidak terkecuali warga Jepun sendiri," kata Sunaku yang memeluk Islam enam bulan kemudian.Susunan ZUARIDA MOHYIN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-