KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) hari ini berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Isnin ini, demikian menurut kenyataan Istana Negara. Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan dua anakanda baginda serta dua pakar perubatan iaitu Pakar Ortopedik Kanan Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kenyataan itu juga menyebut pembedahan itu akan dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai Prof. Andreas B.Imhoff. Baginda dijangka menjalani pemulihan selama satu minggu di pusat perubatan berkenaan setelah menjalani pembedahan. "Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga meminta seluruh rakyat agar tidak berasa gusar dan mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T agar segera pulih bagi menjalankan tugas seperti biasa," menurut kenyataan itu. - Bernama
Battery Reconditioning
6 years ago