KUALA TERENGGANU: Seramai 314 mangsa banjir masih berada di pusatpusat pemindahan di Terengganu sehingga pagi tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (JKM) Terengganu berkata mereka terdiri daripada penduduk dua daerah iaitu seramai 300 di Kuala Terengganu dan 14 orang di Marang.

Beliau berkata pusat pemindahan yang masih dibuka di Kuala Terengganu ialah Sekolah Kompleks Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas.

Di Marang terdapat dua pusat pemindahan iaitu balai raya Durian Pahit dan balai raya Pasir Putih, keduaduanya di Merchang.

Beliau berkata paras air sungai di semua sungai utama di negeri ini juga telah kembali ke paras biasa dan cuaca di seluruh negeri cerah.

Di PERAK, sehingga pagi ini banjir di kawasan Kerian semakin surut dan sebahagian yang dipindahkan akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu Sham Mat Sahat berkata sehingga pagi ini, sejumlah 204 mangsa masih berada di pusat pemindahan.

"Hari ini sebuah lagi pusat pemindahan banjir akan ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh pada 2 petang yang melibatkan 144 orang daripada 44 keluarga.

"Ini menjadikan mangsa yang dipindahkan akan berkurangan kepada hanya 60 orang daripada 33 keluarga dari Kampung Matang Merbau yang masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

Sekolah ini merupakan satusatu pusat pemindahan yang masih dibuka dan kita jangka akan ditutup Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini pagi tadi.

Banjir di Kampung Matang Merbau masih belum surut. BERNAMA