Lazimnya, berat bagi seorang wanita untuk memutuskan ikatan cinta. Apabila cinta yang sudah lama dijalin menemui titik penghujung, sudah pasti memori indah bersama berbekas di dalam ingatan. Bagi kebanyakan lelaki, keputusan mengakhiri perhubungan dianggap satu ketentuan, manakala kebanyakan wanita mentafsirkannya sebagai penamat kehidupan. Malah, ada antara wanita menganggap diri umpama kotak kosong yang tiada isi dan menunggu masa untuk dibuang. Namun, kehidupan harus diteruskan dan setiap wanita masih berhak untuk mengecapi nikmat cinta. Berikut adalah tip bagi membantu wanita yang ketika ini berhadapan dengan situasi kekecewaan, namun dalam masa yang sama mengharapkan cinta baru. Jadi diri sendiri Sewaktu bertemu jejaka baru yang diminati, anda mungkin terdorong untuk menjadi seseorang yang 'bukan' diri anda yang sebenar. Misalnya, anda berusaha berpenampilan sebaik mungkin. Anda boleh mengambil tindakan itu jika ia memberi kesan yang baik. Tetapi, jika tindakan itu dilihat keterlaluan, mungkin ia akan membuatkan si dia berasa kurang selesa. Jangan paksa cinta Menjalin hubungan cinta atas dasar paksaan atau sebaliknya merupakan ekspresi daripada perasaan anda yang terlalu inginkan seseorang hadir dalam hidup. Sebaiknya, ikuti kemahuan diri dan tonjolkan bakat yang anda miliki. Misalnya, mempunyai kehidupan yang menarik dan melakukan perkara yang membawa anda keluar dari lingkaran rutin harian. Beri masa untuk anda mengenali diri sendiri dan cuba fahami kemahuan yang diimpikan. Jangan menaruh harapan pada seorang jejaka sahaja (memandangkan anda sendiri tidak tahu status perasaannya terhadap anda). Ambil peluang untuk mengenali lebih ramai jejaka untuk elak sejarah lama berulang. Santai dan tenang Sebahagian besar lelaki tidak selesa dengan wanita yang bersikap agresif, manja berlebihan, mengongkong dan suka ambil tahu hal orang lain. Belajarlah bersantai dan bertenang dalam apa juga keadaan. Ini kerana, lelaki tidak gemar teman wanitanya memiliki sikap di luar jangkaan. Jika anda melakukan perkara yang bersifat telus, pasti si dia akan menghargainya. Ingat, kebanyakan lelaki akan mencari teman yang boleh membuatkan hatinya tenang. Perbezaan komunikasi Sukar bagi seorang lelaki memahami bahasa tubuh yang dikirim seorang wanita. Jangan menyalahkan diri sendiri disebabkan si dia tidak memahami isyarat yang disampaikan. Kesamaran bahasa tubuh seperti senyuman akan membuatkan si dia tidak yakin dengan diri anda sekali gus membuatkan hatinya tertanya-tanya mengenai keikhlasan anda. Jiwa yang telus Kata orang, wanita mencari pasangan untuk mengisi kekosonganfikiran dan melengkapkan kehidupan. Berbanding wanita berjiwa kosong, dia hanya mencari teman lelaki semata-mata untuk menggoda, nafsu dan ingin memiliki rasa diperlukan. Lihatlah diri anda dan tanya mengapa anda memerlukan cinta si dia. Jika anda inginkan satu perhubungan yang selesa, pastikan jiwa dan fikiran berada dalam keadaan yang normal. Jangan menduakan cinta Tiada seorangpun yang inginkan dirinya dipermainkan. Jangan melayan perasaan takut bahawa anda akan dipermainkan. Lelaki yang baik akan menghormati teman wanitanya. Jika anda tidak serius dalam percintaan, segera putuskan ikatan cinta. Sebaliknya, jika anda menyenangi dirinya, si dia akan segera menghormati diri anda. Jaga tingkah laku Antara perkara penting bagi golongan Adam ialah mereka tidak selesa berada dalam kelompok wanita yang sering menimbulkan masalah. Mereka juga tidak akan menunggu masa yang lama untuk meninggalkan wanita seperti itu. Jadi, jangan takut untuk membantu si dia meningkatkan harga dirinya. Lelaki sama seperti wanita iaitu sering berasa tidak aman dalam kebanyakan situasi hubungan. Jika si dia bersama teman atau keluarganya, menunjukkan bahawa anda menghargai dan berasa bangga terhadap dirinya, percayalah anda akan memperoleh cinta yang sejati walaupun buat kali kedua. Beri pujian Lelaki yang baik mudah mencari cinta baru. Mereka senang menemui wanita yang memiliki kesempurnaan yang sejati. Mereka akan menghargai pujian yang diberikan. Lebih-lebih lagi daripada teman wanita. Bagaimanapun, jangan melakukannya dengan cara berlebihan. Jika dia belum berminat terhadap anda, jangan terlalu nekad mengharapkan cintanya. Sebaliknya, jadilah diri sendiri. Hormati diri anda Jangan ragu-ragu untuk mengatakan 'tidak'. Jangan cuba bertahan walaupun anda tahu anda tidak mampu. Jika anda berasa perlu meninggalkannya, bererti dia bukan lagi teman hidup yang serasi. Tetapi, anda juga tidak boleh berasa ragu untuk mengatakan 'ya'. Batas hubungan Jangan menunjukkan diri seolah-olah anda ingin sentiasa dekat dengannya. Ingat, lelaki juga memerlukan ruang untuk dirinya 'bernafas'. Mereka menjadi kurang selesa apabila teman wanita sering mengekori ke mana sahaja mereka berada. Anggaplah mereka juga mempunyai kehidupan peribadi sendiri. - NOOR HASLIZA NUSISukar bagi seorang lelaki memahami bahasa tubuh yang dikirim seorang wanita. Jangan menyalahkan diri sendiri disebabkan si dia tidak memahami isyarat yang disampaikan.
Battery Reconditioning
6 years ago