NAMA Tiz Zaqyah tiba-tiba meletup. Dia meletup bukan kerana mendapat gelaran Datuk atau memenangi anugerah. Pertama Tiz meletup kerana watak alim dalam drama Nur Kasih arahan Khabir Bhatia. Kedua, kerana gambar seksinya di sebuah kelab hiburan tersebar di Internet. Ini yang membuatkan namanya menjadi bualan. Kerana itu biar pun baru empat tahun menjadi artis, Tiz menempatkan namanya sebaris dengan bintang popular lain kerana kontroversi gambar seksinya. Dalam tempoh empat tahun sebagai pelakon, Tiz terlibat dalam dramaImpian Ilyana, Bernafas Dalam Lumpur, Gol & Gincu serta Putih. Wataknya dalam drama itu sekadar sampingan. Tetapi hari ini Tiz Zaqyah mampu melonjakkan namanya dek kerana kekuatan lakonan dalam Nur Kasihitu. Gadis berasal dari Kuala Lumpur ini mengakui dia merupakan artis beruntung. Masa awal-awal dahulu tiada siapa pun yang ambil peduli tentang Tiz. Sekarang semuanya sudah berubah. Nama Tiz cukup dikenali. Watak bertudung dalam Nur Kasih berjaya memikat golongan ibu-ibu dan makcik-makcik yang jatuh hati dengan wajah ayunya itu. Nampak suci dan baik sahaja. Ironinya pada masa yang sama juga gambar seksinya di majlis sosial diedarkan di Internet. Namun, ada juga di kalangan mereka yang sudah memasang cita-cita untuk bermenantukan pelakon ketinggian 5 kaki 3 inci ini. "Tidak nafikan populariti sekarang bagaikan kejutan buat Tiz. Bila orang mula bercakap tentang Tiz sebenarnya ada kesan sampingan. Kalau orang berniat baik, mereka sokong apa sahaja yang Tiz lakukan. "Kalau tidak, mereka cuba menggali semua kelemahan atau keburukan Tiz dan sebarkan kepada semua," kata Tiz atau Siti Zaqlah Abdul Razak ini. Kerana itulah gambar Tiz yang sedang "bersosial" di pusat hiburan bersama beberapa teman tersebar di Internet awal tahun lalu. Gambar itu tersebar ketika Nur Kasih disiarkan di TV3. l Bukan gadis liar Benar kata orang, sekeping gambar membawa seribu cerita. Gambar-gambar yang tersebar menggambarkan Tiz gadis yang begitu bebas. Pakaian di tempat berkenaan juga memang seksi dan berbeza dengan watak Nur Amina yang solehah dan bertudung litup. Tiz berulang kali menjelaskan dia tidak terlibat dengan aktiviti kurang sihat itu walaupun gambarnya dilihat oleh orang ramai menerusi Internet. Sementara penulis blog yang menyiarkan gambar itu pula menggunakan ayat keji dan turut mengaitkan perbuatannya itu dengan kekurangan didikan daripada ibu bapa. "Tiz belajar daripada kesilapan. Tiz beruntung kerana punya ibu bapa yang memahami. Mereka sentiasa mengingatkan bahawa dunia artis ini berbeza. Apa yang kita lakukan dipantau dan dijadikan bualan semula. Gambar itu diambil sebelum Tiz menjadi artis lagi." "Apa motif penyebaran tidak diketahui tetapi ia seakan-akan mahu menjatuhkan karier Tiz yang baru bermula. Bersosial tidak bermakna Tiz liar. Tiz seorang yang selamba tetapi tidak bermakna Tiz mudah untuk dipijak kepala," tegas peminat muzik jazz ini. Biar apa pun cabaran ditempuh, Tiz tidak mudah mengalah atau berundur. Drama Nur Kasih masih belum menemui titik noktah tetapi rezeki pelakon berbintang Scorpio ini mencurah-curah. Tiz tetap menerima tawaran berlakon. Antaranya telefilem Korban Kasih Marisa yang baru sahaja selesai sesi penggambarannya. Walaupun hanya sebagai pelakon undangan tetapi penampilannya memberi kesan apabila ditayangkan pada Hari Raya Aidiladha ini. Tiz juga tidak menetapkan sebarang syarat untuk melakonkan watak yang diingini penerbit. Tiz bersedia melakonkan apa-apa watak yang boleh mencabar kredibilitinya. Semakin berat watak itu bermakna semakin banyak kajian yang perlu dibuat. Soal bayaran bukan utama buat gadis berusia 21 tahun ini. Apa yang penting baginya adalah bakat dimilikinya dan ia tidak boleh dikompromi. Sasaran Tiz adalah watak yang dibawakannya berkesan di hati penonton. Gadis ini mahu menyemarakkan persada seni lakonan tanah air dengan kehadirannya. l Gadis tomboi Melihat pada penampilan gadis berkulit putih kuning ini seakan tidak percaya bahawa Tiz tomboi pada zaman sekolahnya. Ingatkan Tiz seorang yang beauty conscious bila dilihat pada mulus kulitnya. Yalah gadis remaja sekarang amat prihatin tentang kecantikan diri dari hujung kepala hingga hujung kaki. Disebabkan sikap kasarnya itu, Tiz tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan sebarang lelaki. Zaman persekolahannya dilalui dengan penuh warna-warni apabila banyak terlibat dengan aktiviti lasak. "Bila perwatakan Tiz seperti tomboi, mana ada orang lelaki nak jiwang lebih pada kita. Ajak bergaduh adalah. Entahlah, dari mana datangnya perangai itu? Emak Tiz pun pening kepala bila disuruh pakai skirt, terus Tiz cabut lari sebelum kena membebel," ujar anak bongsu daripada dua beradik ini. Apabila ditanya bagaimana gadis keturunan Betawi ini boleh berubah ke arah lebih kewanitaan, Tiz memberitahu ia berlaku secara semulajadi. Bercerita tentang jejaka idamannya, Tiz berkata, dia mengimpikan seorang lelaki mempunyai perwatakan seperti Brad Pitt - kacak dan bergaya. Katanya, walaupun ia hanya boleh diperoleh dalam mimpi sahaja tetapi dia tetap mengaguminya. Secara jujurnya, Tiz mengatakan bab memilih kekasih masih terlalu awal untuk dibicarakan. Kalau boleh dia mahu ketepikan buat sementara waktu. Tetapi syarat utamanya adalah bakal kekasihnya boleh menerima apa sahaja yang ada pada Tiz seadanya.Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-