TIDAK dinafikan, rancangan realitiKeeping Up With The Kardashianstelah mencetuskan satu fenomena baru dalam penerbitan rancangan realiti televisyen di Hollywood. Rancangan yang memaparkan kehidupan keluarga seorang peguam tersohor, Robert Kardashian itu sememangnya telah menjadi buah mulut orang ramai. Bukan dari sudut positif, sebaliknya rancangan itu telah menjadi perdebatan dan polemik apabila ia dikatakan memberi impak negatif kepada penonton. Kerana itu jugalah, rancangan realiti itu hanya mampu bertahan selama tiga musim sahaja bermula dari 14 Oktober 2007 sehinggalah ia ditamatkan pada 9 Mei lalu. Impak daripada rancangan itu juga telah berupaya melonjakkan nama serta populariti dua 'bintang' utamanya iaitu Kim dan Khloe Kardashian. Begitu hebat penangan rancangan itu sehingga mereka kini menjadi buruan media danpaparazzi di Hollywood. Bagi Khloe, biarpun ramai yang mencemuh diri dan keluarganya ekoran daripada rancangan tersebut, tetapi dia langsung tidak mempedulikan apa yang diperkatakan orang. Katanya, sudah menjadi adat untuk sesebuah rancangan realiti yang mampu menghiburkan penonton dan masyarakat. Namun begitu, jelas Khloe, biarpun ada yang mencebik dan mengkritik, dia tetap mendapat respons daripada penonton yang sukakan rancangan itu. "Seperti rancangan realiti yang lain, ia diterbitkan untuk menghiburkan orang ramai dan begitu juga dengan Keeping Up With The Kardashians. "Rancangan itu bukannya sebuah program yang serius dan saya berlakon pun hanya sekadar suka-suka sahaja. "Saya melakukannya kerana ada permintaan yang mahu merakamkan aksi-aksi saya bersama keluarga saya dan mampu untuk membuatkan saya ketawa apabila menontonnya. "Kalau ada yang tidak suka, jadi tiada sebab untuk anda terus menontonnya," tegasnya dalam satu temu ramah bersama media tempatan baru-baru ini. Untuk meneruskan legasi seninya sebagai seorang bintang realiti, Khloe kini bersedia untuk menggegarkan kaca televisyen dengan rancangan realiti terbarunya, Kourtney And Khloe Take Miami. Masih lagi diterbitkan oleh produksi yang sama menghasilkan Keeping Up With The Kardashians, rancangan sensasi ini akan mula ditayangkan malam ini (12 November) menerusi E! (saluran 712, Astro). Kali ini, Khloe dan kakaknya, Kourtney akan berhijrah ke Miami dari Los Angeles untuk mencari peluang perniagaan di sana bagi meluaskan lagi empayar fesyen mereka, DASH. Selain itu, program ini juga akan memperlihatkan bagaimana gelagat Khloe dalam membahagikan masa sebagai seorang ahli perniagaan dan juga penyampai radio. Kerenah dan gelagat Menyifatkan Kourtney And Khloe Take Miami sebagai sebuah rancangan yang cukup berbeza daripada sebelumnya, paparan kali ini jelas Khloe, akan menjadi lebih dramatik dan seronok untuk ditonton. "Penonton akan dapat melihat kerenah dan gelagat kami bagaimana hendak membuka kedai bagi perniagaan kami. "Selain itu, rancangan ini akan menonjolkan perkara-perkara baru yang pastinya akan membuatkan penonton teruja," ujarnya yang mengakui agak tertekan untuk membuka butik pertama Dash di Miami kerana kurang pendedahan dan pengalaman di kota itu. Saat ditanya adakah ahli keluarganya yang akan membuat kemunculan dalam siri, Khloe mengatakan kakaknya, Kim akan muncul untuk dua episod. "Adik saya, Robert George Kardashian, Jr. juga akan muncul dalam beberapa episod selain kawan-kawan kami. "Apa yang pasti, ibu dan adik-adik saya yang lain tidak akan membuat kemunculan mereka dalam rancangan ini," katanya yang turut meluahkan kerinduan terhadap keluarganya sejak berhijrah ke Miami untuk rakaman siri ini. Bagi penerbitnya, Ryan Seacrest pula berpendapat rancangan ini tidak hanya sekadar memberikan hiburan semata-mata. Tetapi juga katanya, ia memaparkan perit jerih dua beradik itu dalam mencapai impian dan cita-cita mereka untuk terus menjadi ahli perniagaan yang berjaya. "Memang menyeronokkan untuk kembali bekerja dengan mereka dan bekerjasama sekali lagi bersama E! Entertainment. "Jika mereka yang menggemari dan mengikuti program Keeping Up With The Kardashians, pasti akan teruja dengan siri ini. "Ini kerana ia memaparkan keletah dan kelucuan serta keluhuran mereka dalam program ini yang tidak sepatutnya dilepaskan," kata Ryan yang juga pengacara rancangan realiti, American Idol yang menerbitkan rancangan ini menerusi syarikatnya, Ryan Seacrest Productions. Pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton Kourtney And Khloe Take Miami yang akan mula ditayangkan secara eksklusif di E! (saluran 712, Astro) pukul 10.20 malamOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-