SAMBUTAN AIDILADHA MUNGKIN TIDAK SEMERIAH AIDILFITRI, TAPI DI SEBALIKNYA TERSIMPAN SATU PENGERTIAN YANG SANGAT BERMAKNA. PERAYAAN INI TIDAK MEMERLUKAN PUASA SEBULAN UNTUK MENYAMBUTNYA, AKAN TETAPI IA MEMERLUKAN PENGORBANAN SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN NABI IBRAHIM TERHADAP ANAKNYA NABI ISMAIL. SEMPENA KEDATANGAN HARI RAYA KORBAN INI, MW MENYAJIKAN BEBERAPA KISAH PENGORBANAN WANITA DEMI INSAN YANG DISAYANGI. HAYATI PENGORBANAN YANG MEREKA LAKUKAN. MENGAPA DAN SEHINGGA BILA MEREKA SANGGUP BERKORBAN, IKUTILAH PENGAKUAN TULUS IKHLAS MEREKA.
Faridah berhenti kerja demi jaga anak istimewa.
Bagi Faridah binti Zainuddin, demi seorang anak, dia sanggup melakukan apa sahaja. Ibu kepada seorang anak istimewa ini, mengutamakan kepentingan anaknya daripada segala-galanya. Sebaik sahaja mengetahui bahawa anak bongsunya Mohamad Shafiq disahkan mengalami Multiple Disability pada usia empat tahun, kehidupan Faridah telah berubah sama sekali. Demi anak tersayang, Faridah perlu berkorban.
“Ibu mana sanggup melihat anaknya keseorangan menghadapi kehidupan yang penuh mencabar. Anak saya mengalami masalah separuh buta, pekak sepenuhnya, austitik sederhana dan hiperaktif. Pada ketika itu, terus saya membuat keputusan untuk mencari sekolah yang sesuai dengan keadaan anak saya itu. Puas juga saya mencari namun tidak ada yang mahu menerima kerana keadaan anak saya itu. “Setelah berfikir masakmasak, akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja demi mahu membesar dan mendidik anak saya. Sementara saya ada di dunia ini biarlah saya memikul tugas itu. Saya bersyukur kerana suami menyokong seratus peratus keputusan saya ini.
“Banyak masa saya bersama dengannya, saya tidak boleh berjalan jauh kerana saya tidak sampai hati untuk meninggalkan anak. Tetapi saya tidak pernah menyesal kerana kini anak saya sudah berusia 17 tahun dan boleh berdikari. “Saya juga terpaksa mengorbankan impian saya dan membuat perancangan baru yang melibatkan pendidikan anak istimewa. Sebelum ini saya teringin mengambil kursus dalam bidang masakan kerana saya mempunyai sebuah restoran. Tetapi impian itu tidak dapat dilakukan kerana saya terpaksa tutup restoran demi menjaga anak.
“Sebaliknya saya mengambil keputusan untuk belajar dalam bidang pendidikan khas dan kemudian membuka sekolah untuk anakanak istimewa ini. Sesungguhnya pengorbanan yang saya lakukan ini bukannya secara terpaksa tetapi secara ikhlas. Saya sedar, jika bukan saya yang menjaganya siapa lagi yang mahu diharapkan. Saya tidak pernah berharap Shafiq membalas pengorbanan saya. Apa yang saya harapkan adalah agar Shafiq boleh berdikari setelah saya tidak ada di dunia ini,” jelas ibu kepada tiga orang anak ini yang juga pemilik Pusat anak-anak istimewa Sayang yang terletak di seksyen 7 Shah Alam.
Duit boleh cari, suami itulah seorang - Norlia
Kisah hidup Norlia Mohamad Noor dan suaminya Abdul Rafaii Mohd Som pernah disiarkan dalam MW pada bulan Jun 2009 lalu. Abdul Rafaii mengalami kemalangan menyebabkan dia tidak lagi mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil. Sebagai isteri, Norlia juga mengambil keputusan untuk berkorban kerjaya demi mahu menjaga suaminya sehingga sembuh. Penghujung tahun 2009 ini, Norlia mengambil keputusan bersara awal. Walaupun mendapat halangan daripada rakan-rakan sekerja, namun bagi Norlia, hasrat itu sudah mula terbit dalam hatinya sejak suaminya mengalami kemalangan.
“Saya tidak boleh membiarkan orang lain menjaga suami. Duit boleh dicari tetapi suami itulah seorang. Saya tidak pernah menyesal. Saya cuma harapkan agar suami boleh pulih. Kuasa Allah kita tidak tahu. Apa yang boleh kita lakukan adalah berikhtiar dan banyak berdoa. Saya redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Tuhan. “Memang banyak cabaran punya suami yang sakit. Jika dahulu, dialah ketua keluarga. Tetapi kini, saya pula yang memikul tanggungjawab tersebut. Memang terasa beban terutama dari segi kewangan. Dahulu saya dan suami sama-sama bekerja dan menguruskan rumah tangga, kini saya buat seorang. “Saya juga perlu sentiasa bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Kadangkala suami sakit di tengah malam, saya dan anak terpaksa membawanya ke hospital. Saya bersyukur kerana anak-anak memahami dan sanggup membantu.
“Saya sedar apa yang saya lalui ini adalah dugaan Tuhan. Saya kena bersabar dan banyak berdoa untuk suami. Dahulu, saya trauma dengan apa yang saya alami. Tetapi saya bersyukur kerana mendapat sokongan daripada kawankawan serta keluarga dan adik-beradik. “Apa yang pasti, selagi saya terdaya dan diberikan kudrat oleh Tuhan, akan saya jaga suami saya sehingga dia sembuh. Saya tidak mengharapkan pengorbanan saya ini dibalas dan dihargai. Tetapi saya mahu pengorbanan saya ini boleh dijadikan contoh kepada orang lain yang menghadapi situasi yang sama dengan saya. Apa yang saya lakukan ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri,” terang Norlia.
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
November
(108)
- Berkorban Apa Saja Demi Insan Tersayang
- Bekas peninju Terengganu mati dalam kereta
- Puteri Mesir terakhir meninggal dunia
- Azab besarkan 8 anak berbaloi
- Apabila suami ditinggalkan
- Piala Monsun 2009 tawar RM1.57 juta
- Lima Sekawan Sesat Di Gunung Tebu Berjaya Keluar
- 314 Mangsa Banjir Di Terengganu Masih Di Pusat Pem...
- Bukan upah jadi ukuran
- Tuanku Mizan jalani pembedahan lutut
- Korban banjir naik - Air surut meninggalkan banyak...
- Hajat perkenal bakal isteri tak kesampaian
- Remaja bawah umur jadi ‘kenduri seks’ enam lelaki
- Cari kerbau, jumpa mayat
- Aishah Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kg
- Banjir Di Terengganu, Kelantan Beransur Pulih
- Khazali usahawan perabot
- Banyak dugaan bila popular
- Banjir di Jeddah, hujan di Mekah
- Mangsa banjir tahan sakit 6 jam dipatuk ular
- Ibadah haji bermula
- Berbudi kepada tanah tinggi
- Kuman baru taun serang Terengganu
- Awas banjir kedua
- Akibat percaya seratus peratus
- Musim berkhatan
- Oren perisa arak
- Tuntut RM1.38j
- Lima nelayan di Penjara Pontianak
- Hujan lebat di pantai timur hingga Selasa
- Kempen lindungi Islam
- 174 kes taun direkodkan sehingga kini
- Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah
- Hidup lelaki, mati wanita
- Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara ...
- Syaitan Lari !
- Dakwah penduduk Bario
- Belacan penambah rezeki
- Membina generasi berkualiti
- punca kanak-kanak 'memberontak'
- Seru si 'hitam manis'
- Mohon sah rujuk
- Sembunyi dadah dalam tandas
- 11 pelajar ponteng ‘kantoi’ di pusat hiburan
- Wabak taun makin menular
- Cantik biar mematuhi syariat
- Wanita Malaysia raih anugerah kepimpinan
- Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz kejayaan
- Lima nelayan Terengganu hilang
- Kaya dengan berniaga
- Meniup kaca kristal
- JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (...
- Tujuh beranak huni rumah tiada atap
- Balkoni tingkat lapan ITC Teluk Kalong jatuh
- Polis buru 300 pelajar terbabit kes curi motosikal...
- AS rampas 4 masjid kelolaan Iran
- Nabi ketuai Perang Uhud
- Teman wanita jadi tebusan
- RM36j tukar imej Bandar Al-Muktaffi Billah Shah
- Gempar mayat reput
- Cinta baru, datanglah!
- Mencegah obesiti kanak-kanak
- Kiamat dari perspektif agama
- Hukum mati hadiah pada Ayu
- Kanak-kanak sebagai 'harta' dan 'permata'
- Seks ganas runtuhkan keluarga
- Majukan industri batik tempatan
- Penghijrahan dua beradik sensasi
- Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Teren...
- Pembuat Pintu Emas Kaaba Meninggal
- Kelantan diharam beraksi lagi?
- Lelaki jangan malu
- Bercerai pada umur 98 tahun
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Maut terbakar akibat bomba tersalah alamat
- Cara Oh menjana wang
- Banjir di Terengganu semakin baik
- Wanita penakluk samudera
- Jutawan tepuk dahi kerugian RM2 juta
- Susulan banjir: Tangisan di sejadah
- Dilamar kekasih lama
- Tiz Zaqyah, watak solehah dan gambar seksi
- Cara Malaikat mengambil nyawa manusia
- Polis rampas dadah bernilai RM262,500 dari pasanga...
- Wook Kundur pernah kahwin 22 kali
- Tanda-tanda kiamat
- Hidup dan mati ketentuan Allah
- Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
- Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
- 10 saat dirikan sejadah, jangan taksub
- Celaru jantina
- Arwah berulang kali mohon maaf: Tunang
- Mayat mangsa lemas tersangkut jaring pukat
- Polis rampas 11 butir peluru hidup
- Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM3...
- Pasangan kekasih mencuri di surau
- Budaya Malaysia mengagumkan
- Dulu kerja kilang kini kapten bas
- Perintah waran tangkap Radhi OAG
- Arak 'ibu' kepada maksiat
-
▼
November
(108)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
BESUT - Mayat seorang lelaki yang juga bekas peninju Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT) ditemui di dalam sebuah kereta di tepi jalan utama Jertih-Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak di sini pukul 8 malam kelmarin. Salleh Awang, 46, berasal dari Kampung Simpang Tiga Che Mohid, Guntung Dalam, Setiu pernah mewakili Terengganu dalam beberapa kejohanan tinju kebangsaan anjuran Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) kini bekerja sendiri dengan membawa kereta sewa di bandar Jertih. Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, Salleh dilihat memberhentikan kereta Proton Saga oleh orang ramai di kawasan itu pada pukul 5 petang kelmarin. Pada masa itu, menurut beliau, orang yang lalu lalang di situ tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka beliau hanya tidur dan berhenti berehat. "Bagaimanapun, seorang penduduk yang melintasi keretanya pada pukul 7 petang mula mengesyaki sesuatu apabila melihat mangsa terbaring di dalam keretanya tanpa bergerak lalu melaporkan kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
KAHERAH - Puteri Ferial (gambar) yang merupakan puteri raja terakhir Mesir meninggal dunia semalam setelah tujuh tahun bergelut dengan barah perut, kata seorang rakan keluarga diraja berkenaan. Lotus Abdel Karim memberitahu, Ferial menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital tempat dia dirawat di Geneva, Switzerland. "Dia akan dikebumi di Mesir. Jenazahnya akan dihantar pulang sehari dua lagi," katanya. Dilahirkan di bandar Alexandria, pada tahun 1938, Puteri Ferial ialah anak perempuan Raja Farouk yang memerintah Mesir dari tahun 1936 sebelum baginda digulingkan dalam satu pemberontakan dan rampasan kuasa 16 tahun kemudian. Puteri itu ialah anak sulung daripada isteri pertama baginda, Farida. Beliau menerima pendidikan di Switzerland dan tinggal di negara tersebut sehingga kematiannya. Satu-satunya zuriat Raja Farouk yang masih hidup ialah Putera Fouad iaitu adik tiri Ferial. Menurut rakan keluarga diraja itu, putera tersebut akan menghadiri majlis pengebumian kakaknya di Mesir bersama anak perempuannya, Yasmine. - AFP
KEMAMAN - Penerima Anugerah Keluarga Terbilang Peringkat Dewan Undangan Negeri Air Putih menyifatkan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan adalah penawar kemiskinan yang dilalui ketika membesarkan mereka. Walaupun hanya memperoleh RM30 sehari hasil menoreh getah, pasangan Ahmad Abdul Rahman, 76, dan isterinya Atikah Muda, 65, mampu membesarkan lapan orang anak yang semuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing. "Bukanlah sesuatu yang senang untuk membentuk anak-anak yang ramai apatah lagi dengan gaji saya sebagai penoreh getah yang sekadar cukup makan. "Hanya kejayaan mereka dalam setiap peperiksaan yang menjadi penawar dan penyebab utama untuk terus mencari rezeki tanpa mengira penat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Gajah di sini semalam. Menurut Aziz, dia bekerja sebagai penoreh getah di kebun milik seorang Cina ketika itu dengan hasilnya dibahagi dua, manakala pada sebelah petang, dia akan mencari kayu untuk dihantar ke kedai sebagai duit tambahan. Menurut Ahmad, kesempitan hidup paling dirasakan menjelang awal persekolahan dan dia terpaksa membeli pakaian seragam anak-anaknya secara bergilir akibat tidak mampu. "Saya sentiasa ingatkan anak-anak tentang kesusahan keluarga dan mendidik mereka dengan tegas. "Setiap waktu Maghrib, saya akan memastikan semua anak-anak berada di rumah dan pasti mereka akan dirotan jika melanggar peraturan itu," tambahnya.Oleh HAMZAH SARAH
''Begitulah yang terjadi kepada kawan saya ini, telah berkali-kali saya menasihatinya supaya berubah demi kebaikannya, tetapi semua pandangan saya ditolak kerana dia mempunyai hasrat dan kehendak tersendiri.'' Norsharina dalam-emelnya menceritakan ramai kawan-kawannya yang suka sangat balik kampung setiap kali cuti sekolah. ''Bukanlah saya hendak menjadi jaguh mendabik dada bahawa hidup saya aman damai kerana rumah tangga saya dengan izinNya Insya-Allah akhir tahun ini saya akan meraikan perkahwinan saya yang ke-12. ''Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan ialah sikap kebanyakan isteri sendiri menjadi punca suami lebih suka berada di luar rumah daripada bersama keluarga. Bila rasa gembira hidup seperti orang bujang sudah bertahta di hati, maka sukar untuk kita menariknya kembali ke pangkuan kita. Kerana di luar boleh enjoy. ''Balik kampung memang menyeronokkan, terutama mereka yang berasal dari kampung seperti Zee yang sering rasa rindu kegembiran hidup di kampung. Tetapi masalahnya apakah suami kita suka dengan tindakannya itu? ''Isteri suka balik kampung bukan masalah besar sangat tetapi boleh memeningkan kepala suami. Kerana apabila tinggal sendirian dia terpaksa menguruskan makan minum, pakaian dan sebagainya sendiri. Dalam waktu yang sama dia kena pergi kerja. ''Memang ada suami yang boleh menguruskan diri sendiri, malah ada yang lebih baik daripada isteri sendiri, tetapi bukan semua lelaki seperti itu, malah jarang-jarang sangat kita boleh jumpa. ''Saya katakan demikian kerana ramai kalangan kawan-kawan saya terdiri dari kalangan guru. Apa yang menjadi masalahnya setiap cuti sekolah maka berduyun-duyunlah mereka pulang ke kampung meninggalkan suami masing-masing. Kesilapan ''Alasan mereka hendak merapatkan silaturahim antara anak-anak dan keluarga di kampung. Tapi tahukah anda bahawa ruang ini telah diambil kesempatan oleh kebanyakan suami untuk berkenalan dengan ramai wanita, berasmara dana dan akhirnya berkahwin lagi. Inilah yang terjadi kepada Zee. ''Sedihnya hingga kini Zee masih tidak mengetahui yang dirinya telah dimadukan. Pada pandangan saya kesilapan itu berpunca daripada Zee sendiri kerana setiap kali cuti sekolah pasti dia dan anak-anaknya balik kampung untuk bercuti rehat. ''Kalau seminggu cuti, seminggulah dia di kampung. Kalau sebulan, sebulan jugalah suami "ditinggalkan" dengan kegembiraan. Tanpa sendikit merasa bimbang apa lagi curiga dengan tindakannya boleh diambil kesempatan oleh suaminya mencari hiburan sepanjang peninggalannya. ''Kebanyakan suami apabila dapat teman baru tak kiralah lelaki apa lagi perempuan tentu mereka merasa seronok dengan kelainan hidup yang dilaluinya, berbanding hidup bersama isterinya, yang dianggap 'sudah biasa'. Hidup kembali macam 'orang bujang' setelah berkahwin, adalah sesuatu yang baru tentu best. Jauh dari kebisingan anak-anak yang masih kecil yang memerlukan banyak perhatiannya. ''Jadi apabila dapat peluang jadi 'orang bujang semula siapa tak suka?' inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Ialah dapat mencari teman baru dan menjalani kehidupan sendirian sekali lagi, tentulah lebih seronok dan rasa lebih selesa. ''Sudah menjadi lumrah hidup manusia, orang bujang hendak merasai nikmat hidup berumah tangga, sebaliknya lelaki yang telah berumah tangga terasa seronok jika dapat kembali jadi macam orang bujang. ''Pernah saya bertanya kepada Zee tak bimbangkah tinggalkan suami lama-lama? Katanya suaminya memang menggalakkan dia balik kampung, tak pernah menyekatnya, jadi apa salahnya dia balik dengan tujuan mengeratkan hubungan dengan keluarga di kampung. Lagi pun anak-anaknya suka dapat bertemu dengan ramai kawan baru terutama sepupu-sepupu yang sama-sama pulang ke kampung. ''Oleh kerana suaminya menggalakkan maka saya beri sedikit sindiran, saya katakan, memanglah ramai suami suka tinggal sendirian, tanpa isteri di sisi sebab dia boleh enjoysendiri hidup macam orang bujang. ''Berbeza kalau orang lelaki yang terpaksa meninggalkan keluarga berbulan-bulan lamanya kerana terpaksa bertugas jauh, dia merasakan suatu kehilangan dan kerugian tanpa keluarga disisi, kerana dia suka bersama kegembiraan anak-anak. ''Saya katakan begitu sebab saya lihat sendiri kelakuan suaminya, yang jarang balik ke rumah bila Zee balik kampung. Bila saya tanya katanya pergi kerja luar. Tapi jiran lain nampak dia bersidai di café-cafe mewah bersama ramai kawan-kawan. Pernah juga jumpa dia berjalan dengan wanita. ''Pernah saya sindir Zee supaya dia insaf, saya katakan padanya, tengok-tengoklah juga suami awak tu, jangan selalu sangat tinggalkan dia sendirian, nanti ada orang lain yang akan menemaninya. Takut suami awak kena sambar helang. Kalau selalu balik kampung nanti suami ada teman wanita lain macam mana? Tapi Zee menafikan, katanya dia percaya pada suaminya, dan dia tidak akan tinggalkan keluarga yang dicintainya. ''Mungkin pandangan pembaca cerita saya ini kurang menarik, isu kecil, tapi saya rasa keadaan ini perlu diambil kira oleh isteri-isteri di luar sana memikirkan apa yang dibuat oleh para suami semasa ketiadaan kita yang terlalu kerap balik kampung. ''Bukan tidak boleh balik tapi memadailah sekali sekala atau membawa suami pulang bercuti bersama-sama. Itukan lebih baik, lebih mesra dan manis di pandang tetangga. Sudah pasti kehadiran seluruh ahli keluarga akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim suami dengan keluarga kita atau pun keluarga suami dengan kita. ''Apa yang menjadi masalah sekarang, apa akan berlaku apabila Zee dapat tahu suaminya sudah kahwin lagi, tak kiralah dia kahwin di Siam , ke, di medan ke atau di mana saja. Saya rasa pasti Zee mengamuk. Kalaupun tidak bercerai berai. Tetapi isunya siapa yang salah. Zee atau suaminya yang memang menggalakkannya balik kampung?'' Itu cerita Norsharina baik kita ambil iktibar, ada juga kalangan isteri hanya suka balik kampungnya sahaja, tak suka balik kampung suami. Ini juga jadi isu besar apabila pihak isteri menyalahkan keluarga suami, sementara mertua salahkan menantunya. Akhirnya bercerai-berai apabila setiap orang saling salah menyalahkan. Cuba-cubalah fikirkan.MEMANG menjadi ketentuan Allah, hidup mati, jodoh pertemuan, juga rezeki adalah atas kehendak-Nya. Tiada siapa boleh menyekat apalagi menghalangnya, tetapi sebagai manusia biasa setiap orang mahu sesuatu yang terbaik menyebelahinya, walaupun telah diketahui sebagai insan kita hanya menerima ketentuanNya.
Peningkatan jumlah hadiah itu adalah hasil sokongan penaja utama Piala Monsun, yang merupakan peringkat perlumbaan pusingan akhir buat Jelajah World Match Racing (WMRT). Pemenang akan menerima AS$104,000 (RM360,000) manakala pasukan terakhir (di tempat ke-12) akan menerima AS$14,400 (RM50,000). Penasihat perlumbaan Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour berkata, peningkatan jumlah hadiah itu menjadikan perlumbaan tersebut menawarkan hadiah paling tinggi dalam acara sukan kapal layar tahun ini. "Apa yang lebih penting ialah Piala Monsun menandakan peringkat akhir WMRT di mana pemenang akan dinobat dengan takhta gelaran juara dunia ISAF," menurutnya dalam satu kenyataan, semalam. Gilmour berkata, peningkatan hadiah tunai itu berpunca daripada peningkatan komitmen penajaan di kalangan penaja utama dan juga kerajaan negeri Terengganu dalam menyediakan kemudahan yang cukup baik, di samping sokongan antara kerajaan yang membawa acara itu ke tahap yang lebih tinggi. WMRT adalah siri pelayaran profesional berprestij yang menampilkan sembilan acara kejohanan Dunia di seluruh dunia dan diiktiraf oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) dengan status 'Acara Istimewa', di samping perlumbaan seumpamanya yang termasuk Piala Amerika dan Perlumbaan Volvo Ocean. Sementara itu Pengarah perlumbaan WMRT, Craig Mitchell berkata, pihaknya amat gembira melihat Malaysia sekali lagi menampilkan jumlah hadiah yang cukup lumayan untuk WMRT. "Jumlah hadiah yang ditawarkan Piala Match Korea memintas hadiah Piala Monsun pada tahun 2007, dan kini Piala Monsun kembali menawarkan hadiah tertinggi dengan menawarkan tambahan 50 peratus lagi jumlah keseluruhannya, ia adalah perkembangan yang cukup menakjubkan," katanya. - BERNAMAKUALA TERENGGANU - Piala Monsun 2009 yang akan memasuki tahun kelimanya dalam aksi perlumbaan kapal layar di Pulau Duyong, di sini dari 1-6 Disember ini dan menawarkan hadiah paling lumayan dalam mana-mana acara sukan layar dunia, menjangkau jumlah AS$454,000 (RM1.57 juta).
Mohd Asri Awang, 23, Mohd Nor Iqbal Yusli, 18 kedua-duanya berasal dari Machang, Kelantan dan tiga rakan mereka yang berasal dari Kampung Anak Musang, dekat sini, Mohd Khaidir Che Noh, 25, Mohd Shahidan Salleh, 14 dan rakan wanita yang hanya ingin dikenali Wan Haneesu, 22, tidur di celah-celah pokok sementara menunggu hari siang. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Roslan Hassan berkata pihak polis dimaklumkan Mohd Asri dan Wan Haneesu mendaki Gunung Tebu untuk mencari bahan bagi tujuan perubatan tengah hari kelmarin. Pada kira-kira pukul 4 petang, mereka berdua telah menghubungi tiga rakan mereka yang menunggu di kaki Gunung Tebu untuk menghantar makanan. Bagaimanapun, setelah kelima-lima remaja itu yang sepatutnya turun semula pada pukul 7 petang kelmarin tidak berbuat demikian, bapa saudara Mohd Asri, Mohamad Awang membuat laporan polis. Sementara itu, ketika ditemui di kaki Gunung Tebu pagi ini, Mohd Asri berkata mereka berlima telah tersasar laluan ketika cuba turun petang semalam berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap. Setelah mencuba sejak dari awal pagi, mereka berjaya tiba di lokasi rekreasi Lata Belatan kira-kira pukul 11 pagi. Kesemua mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun agak keletihan sebaik tiba di kaki gunung berkenaan. Mohd Asri bagaimanapun enggan menceritakan mengenai bahan yang dicari beliau dan rakanrakannya di kawasan berkenaan.- BERNAMA
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (JKM) Terengganu berkata mereka terdiri daripada penduduk dua daerah iaitu seramai 300 di Kuala Terengganu dan 14 orang di Marang. Beliau berkata pusat pemindahan yang masih dibuka di Kuala Terengganu ialah Sekolah Kompleks Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas. Di Marang terdapat dua pusat pemindahan iaitu balai raya Durian Pahit dan balai raya Pasir Putih, keduaduanya di Merchang. Beliau berkata paras air sungai di semua sungai utama di negeri ini juga telah kembali ke paras biasa dan cuaca di seluruh negeri cerah. Di PERAK, sehingga pagi ini banjir di kawasan Kerian semakin surut dan sebahagian yang dipindahkan akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu Sham Mat Sahat berkata sehingga pagi ini, sejumlah 204 mangsa masih berada di pusat pemindahan. "Hari ini sebuah lagi pusat pemindahan banjir akan ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh pada 2 petang yang melibatkan 144 orang daripada 44 keluarga. "Ini menjadikan mangsa yang dipindahkan akan berkurangan kepada hanya 60 orang daripada 33 keluarga dari Kampung Matang Merbau yang masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bagan Serai. Sekolah ini merupakan satusatu pusat pemindahan yang masih dibuka dan kita jangka akan ditutup Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini pagi tadi. Banjir di Kampung Matang Merbau masih belum surut. BERNAMA
BIARPUN pelbagai cerita kurang enak mengenai pengurusan jenazah sering singgah ke halwa telinga lelaki itu, namun dia tetap setia menawarkan perkhidmatan mengurus jenazah kepada keluarga yang memerlukan. "Tiada apa yang perlu ditakutkan. Ini kerana saya juga akan ke sana (menjadi jenazah) apabila tiba waktunya." Demikian luah Mohd. Asri Drahman, 32, yang merupakan seorang pengurus jenazah di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor ketika memulakan bicara mengenai tugas yang kian dipandang sepi oleh golongan muda zaman sekarang. Bagi anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, mungkin kerana kurang pendedahan daripada ibu bapa atau sikap tidak ambil peduli anak-anak muda sekarang menjadi punca ramai golongan itu menyerahkan tugas menguruskan jenazah ahli keluarga kepada pihak masjid atau kariah. Menerima pendidikan dari Maktab Pengajian Islam di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, Mohd. Asri memberitahu, tugas mengurus jenazah telah dilakukannya sejak dia berusia 19 tahun lagi. Katanya, titik awal tugas itu bermula ketika dia menemani seorang rakan untuk menguruskan jenazah. Pada masa itu juga, Mohd. Asri merasa tercabar apabila melihat tugas-tugas berat itu hanya dilakukan oleh orang-orang tua yang kurang berdaya. "Saya tengok pak cik dan orang-orang tua buat semua kerja ini termasuk mengusung mayat ke tanah perkuburan. Bila nampak peluh menitik dari dahi orang tua yang menguruskan jenazah tersebut, timbul perasaan kasihan di dalam hati. Selepas itulah, saya nekad untuk menggunakan kudrat saya yang ketika itu masih remaja untuk memberi khidmat yang sama," ujar Mohd. Asri. Menceritakan lebih lanjut, Mohd. Asri berkata, dia memulakan tugas sebagai pengurus jenazah secara serius pada tahun 2003 sehingga hari ini. Selain itu, dia juga memegang jawatan sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid UPM. Bukan upah yang menjadi ukuran, tetapi tanggungjawab kepada agama. Justeru, Mohd. Asri tidak pernah menolak mana-mana permintaan sama ada daripada pihak UPM mahupun jiran tetangga untuk menguruskan jenazah pada bila-bila masa. "Saya hairan melihat situasi hari ini. Kenapa susah sangat khalayak anak muda mendalami ilmu ini, sedangkan ia penting untuk diri masing-masing. Takut dengan apa? Kalau sudah biasa buat, perasaan takut akan hilang dengan sendirinya," ujarnya kesal. Mohd. Asri menambah: "Adakah sanggup kita melihat jenazah ahli keluarga diuruskan oleh orang lain? Jika saya...,saya tak sanggup. Ini kerana itulah khidmat terakhir saya kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia." Menurutnya, dia akan menguruskan jenazah dari mula iaitu memandikan, mengkafan dan mengebumikan jenazah. Jelasnya, untuk menyiapkan semua tugasan itu, dia memerlukan dua atau tiga orang pembantu selain beberapa orang ahli keluarga si mati sendiri. Masa yang diperlukan pula tidak terlalu lama iaitu antara 30 minit hingga satu jam. Namun, katanya, tempoh masa menguruskan itu juga bergantung kepada keadaan mayat itu sendiri. Menurut Mohd. Asri, biasanya kerja menguruskan jenazah akan diketuai oleh seorang yang berpengalaman. Ini kerana, ujarnya, ilmu menguruskan jenazah bukan sahaja melibatkan aspek kemahiran memandikan jenazah dan memotong kain kafan, malah persediaan mental dan fizikal untuk berdepan dengan pelbagai keadaan mayat juga perlu ada dalam diri seseorang yang menguruskan jenazah. "Sehingga hari ini, saya masih teringat pengalaman pertama menguruskan jenazah. Balik dari kubur, saya terus masuk ke rumah. Tiba-tiba anak kecil saya menangis tidak henti-henti. Mungkin ada benar orang berkata mengenai badi mayat yang ikut seseorang balik kalau tidak pakai 'pendinding'," ujar Mohd. Asri yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Apabila ditanya mengenai cabaran dalam tugas yang dilakukan itu, Mohd. Asri hanya memberitahu bahawa dia akan tercabar apabila berasa 'susah' untuk menjalankan tugas itu. Tidak mahu menjelaskan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan 'susah' itu, Mohd. Asri menambah: "Hari ini...perkara yang 'susah' itu sudah menjadi biasa. Lagipun, tak banyak kesusahan yang saya alami. Mungkin mula-mula dahulu, saya merasakan bahagian paling mencabar ketika menguruskan mayat adalah mengeluarkan najis dari badan si mati. Macam-macam bau. Itu sahaja yang paling mencabar saya ketika mula-mula mengurus jenazah dahulu," ujarnya. Selain itu, Mohd. Asri berkata, selaku ketua pasukan untuk menguruskan jenazah, dia juga mempunyai peranan penting untuk mengawal setiap situasi ketika berhadapan dengan ahli keluarga si mati. Malah ada ketikanya, dia terpaksa menggunakan ilmu psikologi untuk mententeramkan suasana sedih terutama kepada keluarga yang baru pertama kali kematian ahli keluarga. "Kita tahu mereka sedih. Tetapi kita tidak boleh membiarkan mereka terus bersedih. Ada juga yang berasa bimbang jika proses mengurus jenazah ahli keluarga mereka terganggu. "Maka, di situlah bermulanya tugas saya. Saya akan 'bermain' dengan perasaan mereka dengan ucapan-ucapan yang menenangkan. Sebagai contoh, selesai mengangkat mayat, mandi, potong kain dan semua tugas lain, saya akan mula dan akhiri dengan ucapan syukur supaya ahli keluarga juga berasa tenang," kata bapa kepada tiga orang cahaya mata itu. Sementara itu, Siti Rohani Muhamad, 28, yang bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam UPM, turut menceritakan pengalamannya sebagai pembantu pengurus jenazah perempuan. Menurutnya, setakat hari ini, dia belum berpeluang untuk menjadi ketua pengurus jenazah, sebaliknya lebih selesa dapat menjadi pembantu kepada ahli keluarga si mati. "Sebelum bekerja dengan Pusat Islam UPM, saya sudah biasa membantu menguruskan jenazah. Semuanya bermula apabila nenek saya meninggal dunia. "Dalam perasaan sedih, saya tetap mahu buat (mengurus jenazah nenek), sebab itu sahaja yang dapat saya sumbangkan dan ia juga adalah penghormatan terakhir saya buat insan yang saya sayangi," ujarnya. Siti Rohani berkata, walaupun sekadar membantu dan tahu 'banyak' perkara, namun dia tidak pernah membuka aib si mati (jika ada) sepanjang menguruskan jenazah. "Dengan membantu menguruskan jenazah, ia sebenarnya membantu kita menerima hakikat pemergian insan yang kita sayangi," ujar Rohani.Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) hari ini berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Isnin ini, demikian menurut kenyataan Istana Negara. Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan dua anakanda baginda serta dua pakar perubatan iaitu Pakar Ortopedik Kanan Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kenyataan itu juga menyebut pembedahan itu akan dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai Prof. Andreas B.Imhoff. Baginda dijangka menjalani pemulihan selama satu minggu di pusat perubatan berkenaan setelah menjalani pembedahan. "Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga meminta seluruh rakyat agar tidak berasa gusar dan mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T agar segera pulih bagi menjalankan tugas seperti biasa," menurut kenyataan itu. - Bernama
JEDDAH - Air banjir yang semakin surut mendedahkan bukan sahaja kemusnahan lebih besar tetapi menaikkan angka korban kepada 83 orang semalam apabila semakin banyak mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat. Akhbar Al-Watan dan Okaz masing-masing melaporkan 83 kematian manakala akhbar Al-Hayat memberikan angka 84 orang. Kesemua mangsa ditemui di Jeddah selepas bandar pelabuhan Laut Merah itu dilanda hujan ribut sebegitu dahsyat sehingga ada saksi menyamakan keadaan itu dengan gelombang tsunami. Ada saksi mendakwa ramai mangsa ditemui lemas di dalam kenderaan termasuk bas selepas mereka terperangkap dalam banjir yang naik mendadak. Pihak berkuasa Jeddah bagaimanapun menjelaskan kesemua mangsa adalah penduduk tempatan dan tidak melibatkan jemaah haji.
KUANTAN 27 Nov. – Hajat seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memperkenalkan bakal isteri kepada ibunya sempena cuti Hari Raya Aidiladha ini tidak kesampaian apabila wanita itu terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 39, Jalan Kuantan-Kemaman di Cherating dekat sini hari ini. Namun anggota tersebut, Laskar Udara Saiful Zazeeleen Che Yusof, 23, bernasib baik apabila terselamat dalam kemalangan ngeri kira-kira pukul 6.45 pagi. Turut terkorban bersama mangsa, Nursurwani Jamil, 21, ialah rakannya, Marlizatul Akmar Mohamad, 23, yang kedua-duanya merupakan pelajar kejururawatan, Kolej Masterskill di ibu negara dan Laskar Udara Mohd. Nasir Abdul Hager, 28. Marlizatul adalah tunang kepada Mohd. Nasir. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komissioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, Saiful dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, akibat kecederaan parah di kepala. “Ketiga-tiga mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. “Kejadian berlaku apabila kereta dipandu Mohd. Nasir itu cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang stesen minyak berkenaan secara tiba-tiba,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. Menurut Mohd. Jasmani, kereta itu kemudian memasuki laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan sebuah lori. “Pemandu lori berkenaan bagaimanapun terselamat dan dibebaskan setelah memberi keterangan di balai polis berhampiran. “Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. Sementara itu, menurut ibu Saiful, Haniza Ismail, 42, yang ditemui di pekarangan bilik mayat HTAA di sini berkata, anaknya memaklumkan kepadanya untuk pulang beraya bersama rakan di kampung melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar malam tadi. “Saya dapat merasakan kemungkinan rakan yang dimaksudkan itu adalah Nursurwani yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut. “Mungkin Nursurwani adalah bakal menantu yang ingin diperkenalkan kepada saya. Bagaimanapun hasrat anak saya itu tidak kesampaian,” ujarnya.Oleh ZAMZURINA AHMAD
KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang remaja wanita bawah umur yang ‘terlalu mudah’ mengikut lelaki membawa padah, apabila dia menjadi bahan ‘kenduri seks’ oleh enam lelaki dalam tempoh dua hari bermula, 11 November lalu.
Mangsa, pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Gong Tok Nasek di sini, dikatakan telah mengikut teman lelaki serta beberapa orang tidak dikenali dalam tiga kejadian berasingan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian pertama berlaku pada 11 November lalu ketika mangsa ke rumah kawannya di Marang untuk menukar baju.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun telah menghubungi teman lelakinya yang datang bersama dua kawan lain.
Katanya, dalam kejadian itu, lelaki terbabit telah menodai mangsa berkali-kali, manakala dua rakannya pula turut mengambil kesempatan mencabul kehormatan mangsa.
“Teman lelakinya telah menghantar mangsa ke Dataran Shahbandar pada keesokan harinya dan ketika sedang berseorangan, da-tang tiga lelaki tidak dikenali menjemputnya menaiki kereta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Menurut Zamri, tanpa rasa insaf dengan kejadian pertama, mangsa mengikuti ketiga-tiga lelaki terbabit ke Kampung Tok Molor, di sini, dan menjadi mangsa rogol kali kedua akibat dikerjakan dua daripada tiga lelaki terbabit.
Katanya, walaupun telah berulang kali menjadi mangsa, remaja terbabit tanpa rasa bersalah masih mengikut lelaki lain yang tidak dikenalinya ke sebuah hotel berhadapan Pasar Besar Kedai Payang pada malamnya dan sekali lagi dia dinodai.
Bagaimanapun, Zamri berkata, mangsa yang ditemui kakaknya pada pagi esoknya telah membuat laporan polis.
“Polis kini sedang mengenal pasti kesemua suspek dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
KUALA TERENGGANU - Cari kerbau jumpa mayat. Itulah pengalaman terpaksa dilalui jurujual, Zaidtul Hamzah Mohamad, 24, apabila terpijak mayat seorang lelaki di kawasan paya, Kampung Bukit Batu Putih, Chendering, kelmarin.
Mayat lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan berpakaian lengkap itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam air paya di hujung kampung berkenaan.
Zaidtul berkata, dia pergi ke kawasan paya terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya pada jam 6 petang untuk mencari kerbaunya yang hilang dari kadang.
“Ketika sedang sibuk mencari saya terpijak sesuatu yang lembik di dalam air, ingatkan lampin pakai buang namun saya terkejut apabila melihat kaki manusia timbul pada permukaan air.
“Kerana terlampau terkejut, saya tergamam seketika dan tidak tahu apa harus saya lakukan sebelum berlari keluar untuk memaklumkannya kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.
Menurutnya, selepas diamati, dia tidak mengenali mayat terbabit dan beranggapan, mangsa bukan penduduk kampung berkenaan lalu membuat laporan di Balai Polis Chendering, kira-kira jam 6.30 petang.
“Kawasan paya itu jarang dikunjungi orang kerana keadaannya jauh dari kampung, selain dipenuhi semak-samun.
“Saya pergi pun kerana ingin mencari kerbau dan tidak tahu bagaimana mayat berkenaan boleh berada di dalam kawasan paya itu,” katanya.
Dalam kejadian berasingan, seorang warga emas ditemui mati terlentang dengan mulut berbuih di rumahnya di Flat Seri Kolam, kira-kira jam 7 malam kelmarin dipercayai akibat sakit jantung.
Mayat Fu Ho Cheng, 74, ditemui menantunya selepas mengesyaki berlaku perkara buruk terhadap mangsa apabila warga emas terbabit tidak menjawab panggilan telefonnya.
Lelaki yang enggan namanya itu disiarkan berkata, bapa mentuanya tinggal seorang diri dan dia terpaksa meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat mengumpil pintu kerana mangga rumah baru sahaja ditukar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu mengklasifikasikannya mati mengejut.
Bagi kes di Chendering pula katanya, pihaknya belum lagi dapat mengenal pasti identiti lelaki terbabit.
ALOR SETAR: Seorang ibu berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 6.15 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini dan dipercayai bayi terbesar pernah dilahirkan di negeri ini. Wanita tersebut, Aishah Bee Yassin, 35, dari Changloon, Kedah melahirkan bayi tersebut yang juga anak kelimanya dengan dibantu seorang doktor dan beberapa kakitangan pusat perubatan tersebut pada pukul 2 pagi tadi. "Saya mula sakit hendak bersalin pada pukul sepuluh malam dan suami telah menghantar ke sebuah hospital di Jitra tetapi mereka tidak mahu terima kerana sudah terlewat. Oleh itu, saya dibawa ke sini dan akhirnya selamat melahirkan anak kelima kami," katanya di sini hari ini. Aishah berkata sepanjang tempoh kehamilannya, dia langsung tidak berselera untuk menjamah nasi sebaliknya hanya makan buah kedondong dan minum susu sahaja. "Saya makan buah kedondong sebanyak satu kilogram setiap hari serta minum susu. Kalau tidak dapat buah tersebut, saya jadi marah-marah," katanya. Sementara itu, suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata dia terkejut apabila diberitahu bahawa anak kelimanya itu direkodkan seberat 6.15 kilogram kerana menyangka berat bayinya hanya sekitar empat kilogram sahaja. "Saya agak terkejut kerana sebelum ini anak keempat kami iaitu Nor Hashimah paling berat ketika dilahirkan iaitu lima kilogram tapi adiknya ini lebih berat. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor mengesahkan anak saya sihat," katanya. Selain bayi itu, Ali yang bekerja sebagai ajen pengimport mempunyai empat anak iaitu Mohd Amirudin Mohamed, 13, Nor Hafisah Mohamed, 12, Mohd Nazirul Mubin Mohamed, 10 dan Nor Hasyimah Mohamed, 6. BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan dilaporkan beransur pulih malam tadi dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan berkurangan. Di KUALA TERENGGANU, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu melaporkan jumlah penduduk yang dipindahkan ke 21 pusat pemindahan setakat ini seramai 4,634 orang berbanding 5,822 orang pada petang semalam. Katanya keadaan banjir di daerah Kuala Terengganu tidak berubah dengan jumlah mangsa masih lagi 1,171 orang, begitu juga di Dungun, jumlah mangsa banjir masih tinggi 3,067 orang. Bagaimanapun di Hulu Terengganu mangsa telah berkurangan kepada 98 orang dan Marang 298 orang. Jurucakap itu berkata Jalan Kuala TerengganuKota Baharu masih ditutup kepada kenderaan ringan di Kampung Sungai Ikan setelah dinaiki air sedalam 0.3 meter. Beliau berkata paras air di semua sungai utama di negeri ini dalam keadaan waspada atau berjagajaga, kecuali Sungai Nerus di Kampung Bukit 13.37 meter melepasi paras bahaya 12 meter. Tiga daerah lagi di Terengganu yang turut dilanda banjir sejak Isnin lalu iaitu Besut, Setiu dan Kemaman masingmasing telahpun pulih seperti biasa. Di KOTA BAHARU, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri melaporkan sehingga kini seramai 598 keluarga masih berada di pusatpusat pemindahan. Katanya, hanya pusat pemindahan di tiga jajahan yang masih dibuka iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Kuala Krai. Jurucakap itu melaporkan bahawa keadaan lalulintas juga semakin baik apabila kini hanya tiga jalan yang masih ditutup membabitkan dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Tumpat. Di Pasir Mas, dua jalan iaitu jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram di Kilometer 11 dan jalan Pohon Tanjung-Meranti di Kilometer 10, ditutup kepada kenderaan ringan. Manakala di jajahan Tumpat pula, jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti di Kilometer 67 ditutup kepada semua kenderaan. Hanya sebatang sungai masih berada di atas paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang; Sungai Kelantan di jambatan Guillemard berada atas paras amaran; Sungai Kelantan di Tambatan Diraja dan di Tangga Krai serta Sungai Lebir di Tualang pula berada di atas paras berjaga-jaga, menurut jurucakap itu lagi. BERNAMA
DIA pernah berhenti sekolah beberapa kali akibat kesusahan yang dialami keluarga. Pengalamannya membanting tulang empat kerat demi mengusahakan sawah padi milik ibu bapanya ketika rakan sebaya yang lain bersekolah tidak pernah disesali. Memandangkan dirinya tidak berpelajaran tinggi dan hanya tamat tingkatan tiga di Sekolah Menengah Agama Sungai Limau, Yan, Kedah, pada suatu hari seorang kenalan bapanya dari Alor Setar datang ke rumah untuk membawanya bekerja. Riak gembira terpancar pada wajah Khazali Yahya kerana dia tahu kedatangan kenalan bapanya itu, Pak Omar umpama pembuka rezeki buat dirinya. Azamnya hanya satu iaitu mahu mengubah nasib diri dan keluarga. Khazali kemudian gigih mempelajari selok-belok pembuatan perabot bersama Pak Omar selama dua tahun sebelum berubah angin bekerja di sebuah kilang di Guar Cempedak selama 10 tahun. Semua itu akhirnya menjadi titik tolak kepadanya untuk membuka sebuah bengkel perabot sendiri dengan nama Khazali Perabot. Dengan modal permulaan sebanyak RM6,000, pemilik Khazali Perabot, Khazali, 58, boleh berbangga dengan pencapaiannya sekarang setelah menghambakan diri dalam industri perabot selama 23 tahun. Pendapatannya kini mencecah RM1 juta setahun. Bagaimanapun, Khazali mengakui untuk membina nama dalam industri perabot dan perkayuan bukanlah mudah. Dia mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan bersama isteri tanpa sebarang bantuan. "Ketika itu, dengan berbekalkan mesin pemotong kayu, saya dan isteri, Rosnah Abdul Razak, 54, bekerja siang dan malam demi meneruskan kehidupan untuk membesarkan lima orang anak. "Tempahan yang diterima juga amat terhad kerana masih belum mempunyai pelanggan dari luar dan hanya mengharapkan penduduk kampung," katanya. Berkat kerja keras Khazali, akhirnya pada tahun 1991, namanya mula dikenali terutama dalam kalangan penduduk negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang dan Perlis. Bantuan agensi kerajaan Namun begitu, kejayaannya dalam bidang tersebut turut disumbang oleh tunjuk ajar dan bantuan agensi-agensi kerajaan berkaitan. "Saya pernah mengikuti kursus-kursus anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Ia banyak memberi khidmat nasihat, selain membuat promosi di ekspo-ekspo besar dalam negara dan pemberian bantuan kewangan. "Saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh MTIB. Tanpa pertolongan mereka, saya tidak mampu untuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi," katanya. Khazali kini menggaji 20 orang pekerja dan beroperasi di Kampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan. Dia berhasrat untuk menjadikan kesemua pekerjanya sebagai usahawan sama sepertinya. "Sampai bila nak bekerja makan gaji? Saya rasa semua pekerja di Khazali Perabot mampu pergi jauh. Malah ada antaranya telah pun berjaya membuka bengkel perabot sendiri," jelasnya. Menyentuh kelebihan yang ada pada Khazali Perabot, katanya, kesemua perabot di situ dibuat mengikut kreativiti sendiri dan paling penting ia mengikut peredaran zaman. Jelas Khazali lagi, syarikat yang diusahakannya itu membuat perabot berdasarkan tempahan pelanggan. Biasanya, pelanggan-pelanggan yang ingin membuat tempahan akan datang sendiri ke ruang pameran sebelum perbincangan mengenai harga dan sebagainya dibuat bersama-sama. Khazali juga akan menghantar kakitangan untuk mengukur bahagian-bahagian rumah seperti yang telah dibincangkan. Setelah siap, syarikat akan menghantar serta memasangnya. Antara jenis perabot yang dihasilkan ialah almari baju, kabinet dapur, almari perhiasan dan rak-rak serbaguna. Orang ramai yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi Khazali di talian 012-4310685 atau faks ke 04-4255639. Jelajah industri kayu Dalam perkembangan lain, MTIB telah menganjurkan lawatan pertama kali ke Kedah dengan membawa 32 orang yang terdiri daripada kakitangan MTIB, pihak bank dan pengamal media. Ia bertujuan memperkenalkan industri perkayuan negara yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pengarah Perancangan Strategik dan Hal Ehwal Korporat MTIB, Noor Laila Mohamed Halip berkata, lawatan itu diadakan untuk menyampaikan maklumat terkini tentang kemajuan dan prestasi kepelbagaian produk kayu. "Kali ini MTIB memilih Kedah kerana ia mempunyai ramai usahawan dalam bidang perkayuan," katanya ketika ditemui pada Lawatan Mengenal Industri Perkayuan dan Mini Treasure Hunt MTIB bersama wakil media dan institusi kewangan. Noor Laila turut menyatakan pihaknya menyumbang sebanyak RM40,000 kepada Khazali Perabot dalam bentuk geran yang diberikan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. "Biasanya ada dua jenis bantuan yang akan diberikan iaitu dalam bentuk bahan mentah dan mesin. Bagaimanapun, apa juga jenis bantuan yang diberikan dalam bentuk wang, ia tidak dinamakan atas nama pemilik syarikat, tetapi akan diberikan kepada pembekal bahan-bahan yang dibeli oleh syarikat itu," katanya. Dalam lawatan selama tiga hari bermula 27 hingga 30 Oktober lalu, peserta berpeluang melawat beberapa kilang kayu serta perabot di serata Kedah termasuklah Malaysia Wood Industri Sdn. Bhd. (Sungai Petani), Khazali Perabot (Yan) dan NHL Indah Enterprise di Kodiang.Oleh SHAH NIZAM OMAR