KUALA TERENGGANU – Terengganu menjadi negeri pertama menubuhkan persatuan pengguna peringkat daerah bagi mengelak berlakunya penindasan terhadap rakyat negeri ini.
:Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu, (PPDNKKT) Mohd Hilmi Mohd Noor (:gambar:) berkata, sebagai sebuah jabatan yang peka dengan masalah rakyat mengenai hak pengguna, penubuhan persatuan pengguna peringkat daerah adalah langkah yang baik.
“Dengan penubuhan persatuan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada semua masyarakat untuk membuat aduan apabila berasa tertipu atau ditindas oleh peniaga.
“Ini menunjukkan komitmen yang berterusan daripada semua pihak telah berjaya membantu menjayakannya dalam membela nasib pengguna di peringkat negeri,” katanya.
Katanya, PPDNKKT juga berhasrat menubuhkan kelab pengguna di sekolah menengah negeri ini kerana pada masa ini tidak sampai 50 peratus sekolah yang menubuhkannya.
Justeru katanya, kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) amat penting untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Battery Reconditioning
6 years ago