Selepas Titanic mencipta fenomena luar biasa, nama James Cameron tidak pernah lekang daripada ingati oleh sesiapa sahaja yang mencintai dunia perfileman. Hari ini James menambah satu lagi koleksi filem luar biasa air tangannya berjudul Avatar. LEBIH sedekad lalu, pengarah terkenal, James Cameron mencipta sejarah dengan pembikinan filem paling berjaya dari segi kutipan sepanjang zaman, Titanic. Tahun 2009, pengarah berusia 55 tahun itu menutup tirai dengan sebuah lagi karya agung yang bakal melakar momen tersendiri, Avatar. James sebenarnya mula membenih impian untuk menghasilkan filem itu 15 tahun lalu tetapi visinya terlalu sukar untuk dicapai ketika itu. Dia telah menulis skrip Avatar sebanyak 114 muka surat pada tahun 1994 dengan menggunakan inspirasi daripada setiap buku sains fiksyen yang dibacanya semasa kecil. Pada Ogos 1996, selepas James menghabiskan penggambaranTitanic, dia mengumumkan permulaan produksi Avatar yang sepatutnya siap pada 1999. Ini kerana sejak 1995 lagi, pengarah itu telah meramalkan kecanggihan CGI pada masa akan datang. Itu yang membuatkan dia begitu bervisi untuk menulis Avatar. Cuma apabila pendekatan itu diluahkan oleh James kepada pakar CGI, dia sedar teknologi yang diperlukan masih terlalu jauh untuk direalisasikan. Maka, projek itu dihentikan selama 10 tahun ditambah dengan bajet AS$400 juta (RM1.4 bilion), tiada studio filem yang mahu menajanya. Kini dengan kos AS$237 juta (RM814 juta), filem cereka pertama James selepas Titanic (1997) itu membuktikan segala kritikan pengamal media serta filem adalah salah. Hanya beberapa hari selepas ditayangkan kepada dunia, Avatar yang merupakan filem termahal setakat ini berjaya mengutip AS$242 (RM830 juta) di seluruh dunia (sehingga 21 Disember 2009). "Avatar merupakan filem paling mencabar pernah saya hasilkan. Saya mahu menghasilkan pengembaraan isu yang sama tetapi pada persekitaran yang tidak pernah diterokai, satu dunia asing. Telah lama saya mengidamkan filem sebegini yang menawarkan elemen bahaya dalam keindahan. "Sejak di bangku sekolah lagi saya suka melukis makhluk asing semasa kelas Matematik. Dengan Avatar,akhirnya saya mendapat peluang," jelas James yang mahu menghasilkan dua sekuel jika percubaan pertama ini berjaya. Siapa sangka pelajar dalam jurusan Fizik dan Inggeris itu akan mengecapi kejayaan seperti hari ini. Tidak menghabiskan pengajian tinggi di Kolej Fullerton, Kanada, James turut pernah bekerja sebagai pemandu trak. Pada masa lapang, dia banyak menggunakan masa untuk menulis. Hanya selepas menyaksikan filem Star Wars pada tahun 1977, James membuat keputusan untuk berhenti memandu trak untuk menembusi dunia perfileman. "Ramai orang menimba ilmu di sekolah perfileman tetapi saya bekerja sebagai mekanik dan pemandu trak. Saya merupakan penonton filem yang bertuah untuk beranjak ke sisi lain untuk membikin filem," kata James. Tidak seperti pengarah lain yang kerap bekerja, James sepanjang kariernya yang sudah menghampiri tiga dekad hanya mempunyai lapan filem cereka komersial. Namun, filem Titanic yang pada mulanya dikritik tidak akan berjaya telah meletakkan James di mata dunia selain memenangi 11 anugerah Academy pada tahun 1998. Mendiamkan diri selama 12 tahun tanpa sebarang projek, James suka menghadiahkan hasil yang difikirkan mustahil oleh kebanyakan orang. "Ramai yang berkata karier perfileman adalah seperti membunuh diri. "Jika filem pertama anda bagus, mereka akan menghargai filem seterusnya. Jika ia tidak diterima ramai, filem anda akan dibandingkan. Tapi saya membikin filem kerana saya suka melihat hasil kerja sendiri." Karya pertama tulisan James adalah Xenogenesis (1978) yang mempunyai durasi 10 minit. Bersama kawannya, mereka mengumpul wang untuk menyewa kamera, lensa, studio dan filem untuk memulakan penggambaran. "Saya tidak mempunyai sebarang ilmu dalam filem. Saya bersama kawan saya telah menghabiskan setengah hari hanya untuk mempelajari bagaimana kamera berfungsi," tambah James. Banyak mempelajari menerusi produksi berbajet rendah, James akhirnya berpeluang untuk menjadi pengarah seni dalam filem sains fiksyen, Battle Beyond the Stars (1980). Peluang untuk James menyinar datang semasa dia diupah untuk menjadi pengarah kesan khas filem Piranha II: The Spawning (1981). "Pengarah filem itu meninggalkan projek tersebut dan penerbitnya telah mengupah saya untuk menjadi pengarah buat kali pertama. "Filem itu diterbitkan di Jamaica tetapi kemudian saya sedar bahawa situasi kewangan produksi itu tidak stabil. Ketika itu, saya mempunyai mimpi ngeri mengenai satu robot yang dihantar ke masa depan untuk membunuh saya. Dari situlah saya mendapat idea untuk filem pertama saya, The Terminator (1984)." Kejayaan filem pertamanya telah meyakinkan pengarah itu untuk terus mencuba terutama dalam membikin filem eksperimental efek khas. James juga terkenal sebagai pengarah yang mengutamakan kesempurnaan. Sifatnya itu turut dibenci dan digeruni ramai pihak terutama pelakon yang pernah bekerjasama dengannya. Malah Kate Winslet sendiri telah membuat keputusan untuk tidak bekerja di bawah pimpinan James. Akui Kate: "James seorang lelaki yang baik tetapi panas baran. Saya tidak akan bekerja dengannya lagi kecuali filem itu menjanjikan keuntungan besar." Ramai pihak termasuk studio filem takut untuk berganding dengan James kerana dia juga sering ketinggalan jauh daripada jadual dan menggunakan wang melebihi bajet. Namun, tidak kira apa yang dikatakan oleh orang, James yang pernah mengarahkan dua dokumentari, Ghosts of the Abyss dan Aliens of the Deep serta beberapa siri TV termasuk Dark Angel dan Entouragemempunyai nilai harganya tersendiri. "Saya mahu penonton berpuas hati dengan apa yang mereka saksikan. Saya berharap mereka akan keluar daripada pawagam dan berkata, 'Saya tidak menonton filem. Saya menyelami sebuah filem'," kata James yang baru dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame baru-baru ini. Revolusi efek khas Dalam filem Titanic, James menggunakan efek khas untuk membuatkan audiens berasa seperti sebahagian daripada sejarah. Avatar pula menggunakan teknologi baru untuk mengangkut penonton ke masa depan dalam dunia berbeza. Merangkumi 40 peratus pergerakan pelakon sebenar dan 60 peratus CGI foto-realistik, Avatar dibintangi Sam Worthington, Zoe Saldana, Michelle Rodriguez dan Sigourney Weaver. Dengan cara rakaman pergerakan pelakon, kesan yang dikehendaki mampu dicapai. Ia dapat menghasilkan fizikal puak Na'vi yang matanya dua kali ganda lebih besar berbanding manusia dan berkedudukan lebih jauh. Mereka lebih kurus, leher panjang, struktur tulang dan otot berbeza. James kali ini juga tidak berminat untuk menggunakan bantuan solekan untuk mencipta spesies makhluk asing yang resipi ini telah digunakan sekian lama sejak tahun 1950-an. Penggunaan getah pada permukaan pelakon turut pernah diaplikasi tetapi ia membataskan persembahan aktor. Selain daripada itu, mereka juga lebih tinggi berbanding manusia. Solekan biru juga tidak boleh menghasilkan kulit lutsinar yang bertindak seakan kulit manusia seperti CGI. James mahu menghasilkan makhluk asing yang mewakili abad ke-21. "Bagi merakamkan imej baru menerusi persembahan muka, satu kamera kecil diperlukan untuk merakamkan pergerakan muka pelakon secara mendalam terutama pergerakan otot. Apa yang paling utama, kamera itu merakamkan pergerakan mata, satu teknologi yang tJames. Teknik rakaman pergerakan yang digunakan oleh krew Avatar juga mampu meliputi enam kali ganda kawasan sekeliling berbanding rakaman biasa. Merakamkan sekumpulan kuda, babak pergaduhan anjing serta makhluk terbang, semuanya mempamerkan kecanggihan filem ini. Selain daripada itu, satu lagi inovasi yang dicipta khas untukAvatar adalah kamera visual. "Kamera ini membenarkan saya merakam seperti berada di studio bunyi Hollywood. Menerusi kamera itu, saya tidak akan melihat Zoe tetapi wataknya, Neytiri yang mempunyai ketinggian 10 kaki serta berkulit biru dan berekor. Saya juga tidak perlu menunggu berbulan-bulan lamanya untuk melihat hasil penggambaran untuk sebuah kawasan khatulistiwa Pandora," tambahnya yang dilahirkan di Kanada. Mungkin ada pihak yang keliru sama ada puak Na'vi dan Avatar itu adalah animasi. Sebenarnya anda tidak salah beranggapan sedemikian kerana ia adalah kombinasi pergerakan manusia serta animasi. Contohnya boleh dilihat menerusi pergerakan ekor dan telinga yang tidak boleh dilakukan oleh aktor sendiri. "Pelakon ada bertanya sama ada kami akan cuba menggantikan mereka dengan animasi. Sebaliknya saya cuma untuk memperkayakan watak mereka. Kami mahu memberikan cara baru kepada mereka untuk meluahkan perasaan tanpa batasan. "Apa yang cuba saya gantikan adalah masa lima jam di atas kerusi solek yang selalu digunakan untuk mencipta watak makhluk asing, serigala jadian, nenek kebayan dan banyak lagi. Kini anda boleh menjadi apa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan tidak memerlukan solekan kompleks," jelasnya mengenai filem yang turut dihasilkan dalam bentuk 3D.Oleh JESSABELL SOO
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-