Ezrul raih lima angka sebulan layan perempuan kaya. LAZIMNYA panggilan pisau cukur dikaitkan dengan perempuan cantik. Tapi kini, kaum lelaki juga sudah ada yang memegang gelaran itu. Kaki kikis wang wanita atau lelaki ‘spedo’ ini lebih suka hidup senang dengan menagih kemewahan daripada kekasihnya tanpa ada rasa malu. Mereka juga sanggup dibeli dengan wang ringgit dan mengetepikan pandangan negatif umum terhadap mereka. Bertemu dengan lelaki yang pernah terjebak dengan dunia ‘duit segera’ ini sememangnya merungkai banyak persoalan. Apatah lagi Ezrul, 28 (bukan nama sebenar), langsung tidak lokek berkongsi kisah hidupnya. “Kemewahan perlu dirasai semua orang. Lebih-lebih lagi bagi yang bijak menggunakan peluang. “Mempergunakan orang lain juga adalah satu medium untuk mendapatkan wang, bukan?” lelaki bertubuh sederhana ini memulakan cerita. ‘Ikan emas’ Ezrul mendakwa lantaran tersepit dengan masalah kewangan, dia terdorong untuk mencari kemewahan segera. Apatah lagi dia sekadar lahir dalam keluarga yang sederhana. “Maklumlah, ibu saya seorang suri rumah dan ayah pula sudah bersara. “Adik-adik saya pun masih bersekolah. Jadi kalau nak harapkan duit pencen ayah memang tak cukup untuk menampung perbelanjaan harian. “Lebih-lebih lagi saya masih belajar pada masa itu. Keinginan untuk merasai kemewahan juga salah satu faktor saya bertukar menjadi kaki kikis,” ujarnya. Menceritakan lagi pengalamannya, Ezrul mengakui telah mula menjadi kaki cukur sejak menuntut lagi. Sasarannya pula pastilah wanita-wanita kaya tidak kira muda ataupun yang telah berusia. “Kalau kita nak hidup mewah, kita kenalah bela ‘ikan emas’. Betul tak? Jadi kebanyakan mangsa saya terdiri daripada wanita yang datang daripada keluarga yang berada. Kadang-kadang wanita yang sedikit berumur dan bekerjaya kukuh pun saya layan. “Tak kisahlah bagaimana rupa paras wanita itu, janji saya dapat apa yang saya nak,” Ezrul berterus-terang. Facebook Dalam dunia yang serba moden ini, bukanlah perkara yang sukar untuk kaki kikis mencari mangsa. “Dengan mengakses laman web sosial seperti Myspace dan Facebook sahaja sudah boleh mendapat mangsa. Malah kalau ada yang ‘sangkut’, sampai ke luar negara pun mereka sanggup tanggung,” katanya. Ezrul berpendapat kaum wanita mudah terpedaya. Mereka terlalu cepat tertipu dengan janji-janji manis lelaki. “Zaman sekarang bukan lelaki cari perempuan. Tapi perempuan cari lelaki. Lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan kebahagiaan. “Orang kata dengan duit pun kita boleh beli kebahagiaan. Jadi bagi lelaki seperti saya, memang saya perlukan duit. Kerja saya mudah. Gembirakan mereka dan saya akan dimandikan dengan kemewahan. Sejak mendekati perempuan kaya, Ezrul boleh meraih pendapatan sebanyak lima angka sebulan. “Bayangkan pula hidup saya untuk bulan-bulan yang seterusnya. Tapi semua itu tidak datang dengan percuma. Banyak yang terpaksa saya lakukan untuk kekal hidup mewah. “Sepanjang masa saya terpaksa berpura-pura dan melayani kerenah mereka. Tapi bagi memastikan mereka tidak meninggalkan saya, saya mengugut untuk menyebarkan ‘aksi-aksi‘ yang dirakam,” tutur Ezrul tanpa segan silu. Sering bertukar-tukar pasangan juga menjadi satu kemestian. Kata Ezrul, kalau dia bersama dengan seorang sahaja, tidak mungkin dia boleh hidup senang. Isteri orang Katanya lagi, hendak hidup kena pandai termasuk menyimpan rahsia. “Orang kata pandai makan pandai simpan,” begitu prinsip lelaki ini. Menurut Ezrul, barang paling berharga yang pernah dia dapat ialah seutas jam tangan Rolex yang berharga ribuan ringgit. Jam tersebut adalah pemberian daripada pasangannya yang merupakan isteri kepada seseorang yang berpangkat. “Bila keluar bersama, saya tak perlu keluar duit. Mereka pun faham kerana saya ialah seorang pelajar pada masa itu. Tak kurang juga ada yang memberi saya kad kredit untuk kegunaan saya. “Saya gunakan seribu satu alasan untuk mendapatkan duit daripada mereka. Ada lelaki mereka akan ‘pakai’ sesuatu untuk pujuk pasangan. Tapi saya masih belum sampai ke tahap itu,” katanya berkias. Setelah bertahun-tahun menjalani hidup dalam keadaan tidak bermoral itu, Ezrul akhirnya menemui peluang untuk berubah. “Dulu saya sendiri pun tak pasti sampai bila akan jadi begitu. Tapi semuanya berubah apabila ibu saya ternampak saya bersama seorang wanita berusia dalam keadaan berpelukan. “Saya jadi kaku dan hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika melihat air mata ibu berlinangan dan dia hampir rebah. “Bila saya kenang balik perbuatan saya, saya jadi takut untuk terus bergelumang dengan dosa. Saya juga ada adik perempuan. Sebagai abang, mestilah saya tak nak orang buat perkara seperti itu pada adik saya. “Jadi kini, saya dah tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Nasihat saya pada kaum perempuan, jangan terpedaya dengan lelaki sebegini. Nak cari kebahagiaan kena ikut jalan yang betul. “Jangan terlalu obses terhadap lelaki. Sebab mereka akan ambil kesempatan di atas kebaikan kita,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta. Ada tanda kejujuran daripada matanya. Ezrul sekarang kembali menjalani kehidupan yang normal dan sederhana. Dia tekad untuk berubah tetapi belum terfikir untuk berumah tangga. “Buat masa ini biarlah saya sendiri. Lagipun saya dah puas menemani orang lain selama ini. Mungkin inilah masanya untuk saya bermuhasabah diri. “Saya ingin tebus balik kesalahan saya dan bertaubat. Saya berharap tuhan boleh ampunkan dosa-dosa saya dan kuatkan hati saya untuk terus berubah demi keluarga saya,” ujarnya.Oleh DEWI ABDUL RAHMAN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-