LALUAN karier anak muda bernama Mohammad Faizal Ramly atau Faizal AF4, cukup berliku selepas bergelar Juara Akademi Fantasia 4, kira-kira 3 tahun lalu. Namanya tenggelam timbul dan tuah seakan tidak menyebelahinya. Malah, dia juga pernah dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang 'enak' dan masalah disiplin sehingga menjejaskan perjalanan kerjayanya. Namun, anak muda kelahiran Marang, Terengganu ini tidak pernah kenal erti putus asa. Berkat kesungguhannya untuk terus berjuang di dalam dunia seni yang amat dicintainya ini, Faizal kini boleh menarik nafas lega apabila dilamar oleh syarikat Alakazam Productions sebagai artis residen. "Alhamdulillah, saya telah ditawarkan sebagai artis residen mereka (Alakazam) sejak Oktober lalu. "Mereka akan menguruskan dan menyusun aktiviti seni saya termasuklah persembahan nyanyian, pembikinan album, tawaran lakonan dan sebagainya. "Sejak tamat kontrak dengan Maestro pada Ogos 2008, karier saya sedikit terjejas. Mujurlah pada ketika itu, masih ada juga undangan persembahan makan malam dan majlis anak-anak yatim. Namun, ia tidak konsisten. "Jadi, apabila Datuk Aziz Singah (pemilik Alakazam) menawarkan peluang ini, saya berasa sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya masih ada pihak yang menghargai bakat saya dan ingin memberi peluang untuk saya terus berkarya. "Kini saya boleh menarik nafas lega kerana tahu ada pihak pengurusan yang akan menjaga kebajikan dan hala tuju karier saya selepas ini," ujar Faizal. Berada di bawah pengurusan Alakazam, Faizal dijangka melancarkan album terbarunya pada April 2010. Album yang kini berada di dalam proses rakaman, turut memuatkan beberapa klip video lagu-lagu baru Faizal kelak. Jadi 'Badut' Dalam 'Pulau Asmara' Beralih perbualan kepada lakonan terbarunya di dalam filem 'Pulau Asmara', penyanyi dan pelakon berusia 25 tahun ini mengakui pengalaman berlakon di dalam filem itu cukup mengujakan. Malah, dia amat bersyukur apabila Alakazam menawarkan peluang berlakon sebagai bintang utama di dalam filem bergenre romantik itu. Menurut Faizal, dia amat seronok sepanjang berada di lokasi penggambaran yang berlatarkan Pulau Langkawi itu. Pengalaman selama tiga minggu di sana telah membuka matanya akan penat-lelah bergelar seorang pelakon. Sebagai orang baru yang masih hijau, dia telah memberikan yang terbaik untuk filem ini. Sepanjang proses pembikinan, dia tidak pernah 'berat mulut' untuk bertanya dan belajar daripada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman. Malah, dia juga sedia menerima teguran dan pandangan seandainya mutu lakonan yang dipersembahkan itu kurang memuaskan. Apabila ditanya mengenai mutu lakonannya di dalam filem ini, Faizal yang membawa watak Sam berkata, sejujurnya dia tidak berpuas hati dengan lakonannya. Tambah Faizal, masih terlalu banyak perkara yang ingin dipelajarinya di masa akan datang. "Saya akui, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Lagi pun ini hanya filem kedua saya selepas 'Momok The Movie'. "Sebagai pelakon, saya telah cuba beri yang terbaik seperti kehendak pengarah dan skrip. Bercerita mengenai pengalaman bekerja dengan pengarah India, Uttam Kumar Thangiah, Faizal berkata, walaupun terdapat sedikit kerumitan dari aspek komunikasi di antara pengarah dan pelakon kerana perbezaan bahasa, namun dia menganggap pengarah yang ringkas dan tidak cerewet itu cukup berpengalaman dalam mengepalai pembikinan filem ini. "Pengalaman bekerja di bawah Uttam tidak susah mana pun. Dia seorang pengarah yang ringkas dan tahu apa yang dia mahu. "Dia akan terangkan apa yang dia mahu untuk sesebuah babak itu dan serahkan selebihnya kepada pelakon untuk mencorakkan watak dan perjalanan babak. Menjawab pandangan media yang menganggap lakonannya tidak ubah seperti seorang 'badut' dan kelihatan dibuat-buat, Faizal berkata, watak Sam itu memang direka sedemikian rupa bagi menambahkan elemen komedi kepada jalan cerita. "Watak Sam, seorang pemuda yang suka melawak dan tidak serius itu memerlukan saya melakonkannya sebegitu. Malah, apa yang saya pamerkan itu adalah usaha terbaik saya dalam menjiwai watak. "Jika anda melihat lakonan saya tidak berkesan dan kelihatan seperti badut, maknanya saya gagal menjayakan watak itu dengan baik. "Saya sedar sebagai orang baru, saya perlu terus belajar untuk memantapkan lakonan saya," katanya.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
Oleh WAHI AZIZ