PERCAYALAH, sepanjang dua tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah, ia memberi pengajaran dan keinsafan cukup besar kepada saya, jadi saya sentiasa berdoa supaya tidak terjebak semula," kata Sarah Suria Shahren (bukan nama sebenar) ketika ditemui wartawanMega di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) baru-baru ini. Sarah, 22, adalah salah seorang daripada 10 mangsa dadah wanita yang kini sedang menjalani rawatan di Pengasih bagi memulih dan 'mengeluarkan' diri daripada masalah penyalahgunaan dadah. Mengimbau 'detik hitam' penglibatannya dengan dadah, Sarah berkata, semuanya bermula pada usianya 19 tahun iaitu ketika dia menuntut di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik. Anak sulung daripada empat adik-beradik itu berkata, bebanan dan tumpuan tinggi yang perlu dilakukan sebagai pelajar memberikannya tekanan namun tidak mempunyai tempat mengadu. Beliau berkata, kesibukan tugas ayahnya sebagai eksekutif kanan dan ibunya yang memegang jawatan dalam bidang grafik mengehadkan masa mereka untuk mendengar serta berbincang masalah dihadapi anak-anak. "Walaupun saya rapat dengan ayah serta adik-adik, tetapi kesibukan mereka ditambah sikap ibu yang kurang mesra, gemar membuat keputusan terhadap anak dan tidak mahu mengalah menyebabkan saya lebih rela duduk di rumah sewa bersama rakan-rakan. "Masa saya yang terhad bersama keluarga membuatkan saya lebih rapat dan percaya kepada rakan-rakan tetapi pada masa sama merasa tersisih daripada keluarga," katanya. Sejak itu, katanya, beliau selalu menceritakan masalah pelajarannya kepada seorang rakan lelaki rapat yang kemudian memperkenalkannya kepada dadah jenis syabu. "Rakan saya kata syabu adalah ubat yang mampu menenangkan jiwa dan memberi saya lebih tenaga untuk mengulangkaji pelajaran bagi tempoh lama setiap hari," katanya. Mulai saat itu, katanya, beliau yang pada awal hanya mengambil syabu secara minimum dan 'suka-suka' akhirnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bahan itu. "Syabu memberikan saya tenaga maksimum sehingga tidak tidur selama tiga hingga empat hari dan mampu menumpukan sepenuhnya kepada apa sahaja tugasan yang saya lakukan," katanya. Selain itu, jelasnya, walaupun rakan-rakan mengesyaki sesuatu apabila melihat dia tidak tidur lama, mereka akhirnya 'termakan' alasannya yang mengatakan dia sememangnya begitu. Ujarnya, dia tiada masalah mendapatkan bekalan syabu kerana rakannya itu akan menjemputnya di rumah sewa sebelum mereka ke mana-mana lokasi tersembunyi untuk menagih bersama. Namun, katanya, dia menyedari berat badannya mula susut secara mendadak, kurang selera makan, halusinasi (bercakap sendiri), emosi terganggu dan kurang tidur. Katanya, selain menggunakan duit perbelanjaan pemberian ibu bapa dan pinjaman pendidikan, dia juga terpaksa mencuri barangan di rumah keluarga bagi mendapatkan wang kira-kira RM1,000 sebulan untuk membeli syabu. Selepas dua tahun terjebak dengan dadah, katanya, barulah keluarga mengetahui, itupun ekoran sikapnya yang cepat marah apabila ditegur serta keluar rumah tanpa memaklumkan kepada keluarga ke mana tujuannya. "Suatu hari, selepas saya tidak pulang ke rumah beberapa hari, ayah menelefon rakan baik saya bertanyakan di mana saya berada dan mungkin kerana kasihan kepada ayah dan mahu membantu saya yang semakin ketagih dadah, kawan baik saya memberitahu ayah bahawa saya di rumahnya. "Ketika ayah datang mahu menjemput saya pulang, saya betul-betul 'naik angin' dan merasa dianiaya kawan baik sendiri tetapi selepas berbincang dengan keluarga secara baik, ibu bapa serta saya mengakui kesalahan masing-masing dan berjanji mahu mengubahnya," tambahnya. Pada masa sama, ujarnya, ibu bapanya bertekad mahu menghantarnya ke pusat pemulihan dadah bagi memulihkan diri. "Ibu bapa menelefon pak cik saya dan atas nasihatnya supaya memilih Pengasih, saya dihantar ke sini walaupun kesediaan saya hanya 50-50," katanya. Kini, selepas menjalani rawatan selama lapan bulan dan bakal menamatkannya tidak lama lagi, Sarah berubah menjadi individu yang bebas dadah, berkeyakinan tinggi dan berfikiran terbuka. Selain itu, dia juga memiliki banyak nilai murni, penyabar, lebih menyayangi keluarga, mudah bertolak-ansur, mensyukuri kehidupan dan bertekad untuk terus berubah ke arah lebih baik. "Bayangkan dulu, jika saya pernah terfikir mahu membunuh ibu kandung sendiri, tapi kini ibu adalah rakan rapat yang kerap datang melawat saya sepanjang berada di Pengasih," katanya. Menurut Sarah, apa yang mengagumkannya mengenai Pengasih, ia tidak mengajar pelatih supaya menjauhi dadah secara terus tetapi mendidik setiap pelatih nilai-nilai murni atau positif yang perlu ada dalam diri seseorang. "Bila sudah ada nilai murni serta tahu apa patut atau tidak dilakukan, kita lebih sedar apa yang kita buat selama ini dan menjadikan kita berubah. "Pengasih banyak membantu saya menguatkan mental dan berfikir secara logik jadi saya benar-benar menghargai peluang saya peroleh di sini serta sangat berterima kasih," ujarnya. Cuma, katanya, selepas dibenarkan keluar dari Pengasih, beliau ingin menetap dan bekerja di Kuala Lumpur terlebih dahulu dalam tempoh tertentu sebelum benar-benar bersedia pulang ke Pulau Pinang untuk bersama keluarga. "Cabarannya kini, saya perlu benar-benar kuat dan untuk ini, saya mesti menjauhi rakan lelaki saya, tidak melihat tempat saya 'lepak' menghisap dadah dulu dan menjauhi punca lain yang menyebabkan saya terbabit dengannya. "Tolonglah tulis nasihat saya kepada setiap individu yang belum menghisap dadah ini, supaya menjauhi dadah atau ketahui dahulu kesan buruknya manakala bagi mereka yang sudah terbabit, fikirlah semua orang pernah buat silap, jadi insaf demi kehidupan lebih sempurna," katanya. Bagi bekas penagih dadah Filipina, Daphne Sarmiento, yang pernah mendapatkan rawatan pemulihan kira-kira empat bulan di Pengasih, keinginan tinggi untuk mengetahui bagaimana rasanya menghisap dadah dan tindakannya mencuba bahan itu, mengheret dia ke dalam kehidupan terumbang-ambing selama 14 tahun. Berbadan kecil molek, berwajah jelita dan berkeyakinan tinggi membuatkan orang yang tidak mengenalinya sebelum ini mungkin sukar percaya beliau adalah bekas penagih dadah. Membuka bicara, wanita berusia 30-an yang sentiasa tersenyum ini berkata, dadah hampir memusnahkan dirinya dan membuatkan beliau sentiasa membelakangkan keluarga. "Walaupun mampu menenangkan jiwa tetapi ia hanyalah dalam tempoh singkat dan dadah sebenarnya lebih banyak membuatkan kehidupan seseorang yang mengambilnya sukar. "Setiap kali tidak memperolehnya atau ketagih, saya akan bersikap agresif dan berkasar dengan keluarga yang amat menyayangi saya," katanya. Bermula dalam kuantiti dadah yang sedikit atau diambil dalam jarak waktu lama, jelasnya, dia mula ketagih terutama apabila ada masalah dan sejak itu, ia semakin bertambah setiap hari. Akhirnya, dengan keazaman yang tinggi dan atas sokongan keluarga serta kekasih, dia bertekad memulihkan masalah penagihan dadah dihadapi dan melangkah masuk ke Pengasih. Peringkat awal rawatan, ujarnya, ia memang sukar, tambahan berada bersama pelatih Malaysia yang berbeza agama serta budaya dengannya namun atas komitmen tinggi tenaga pengajar membantu, dia meneruskan rawatan hingga berjaya. "Selepas tamat rawatan, saya menukar nombor telefon, bertukar rakan-rakan dan berhenti bersosial secara negatif bagi memastikan saya tidak terjebak kembali dalam penagihan dadah. "Hari ini, saya adalah individu yang penuh ciri-ciri positif, lebih rapat dengan keluarga dan giat menjalankan kerja-kerja amal membantu penagih di negara saya serta peringkat antarabangsa," tambahnya yang akan mendirikan rumah tangga tahun depan. Seorang lagi bekas penagih, yang enggan dikenali berkata, dia bersetuju dengan Daphne bahawa dadah mampu memusnahkan seseorang. Selama kira-kira berbelas tahun terbabit dengan dadah, ujarnya, dia bukan sahaja kehilangan ratusan ribu ringgit dan kedudukan jawatan tetapi juga kehancuran rumah tangga. "Bayangkan boleh dikatakan hampir keseluruhan daripada ribuan ringgit duit gaji, saya habiskan untuk membeli dadah. "Kesan ketagihan membuatkan saya sering bergaduh suami isteri dan saya menyalahkan dia 100 peratus sehingga kami bercerai," katanya. Selepas satu pekerjaan, dia mendapat tawaran ke syarikat lain dengan pangkat lebih tinggi namun akibat menagih dadah, dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja. Menyedari diri semakin musnah, katanya, dia mengambil keputusan meletakkan jawatan dan mendaftar sebagai pelatih di Pengasih. "Setahun saya sudah bebas daripada dadah sepenuhnya. Hari ini, saya melihat diri saya seorang yang lebih sihat, cergas, ceria, menghargai kehidupan, mudah bertolak ansur dan rapat dengan keluarga,'' katanya.Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-