Pengalaman menjalani kehidupan sebagai anggota platun infantri yang melaksanakan operasi dalam peperangan menentang insurgensi memberi keinsafan kepada saya betapa dalam lena dibuai mimpi di keselesaan rumah, ada anggota tentera yang sanggup bersengkang mata demi memastikan tidur kita tidak terganggu oleh anasir jahat yang menjejaskan ketenteraman awam. DI satu lokasi di Tasik Temenggor, sebuah bot pancing yang dinaiki sekumpulan VIP tenang melayan joran masing-masing. Namun, ketenangan itu tidak lama apabila sekumpulan lanun menyerang dan menculik mereka. Tebusan disembunyikan di dalam bangunan di sebuah pulau kecil. Pihak kerajaan meminta pasukan keselamatan melalui Regimen Gerak Khas (RGK) menjalankan operasi menyelamat. Dengan menggunakan skil dan peralatan tentera yang moden dan canggih, satu serangan mengejut dilaksanakan untuk membebaskan tebusan. Dalam operasi itu, aktiviti menyusup masuk ke bangunan tersebut dilaksanakan oleh pasukan perenang tempur yang menggunakan teknik Halo Casting dan menaiki bot Zodiac (CCBA). Atur gerak menyelamat tebusan pula menggunakan teknik fast roping (dengan kerjasama TUDM menerusi penggunaan helikopter Nuri),Rapid Touch n go menerusi penggunaan helikopter Agusta, bot RIRC dan jet ski. Teknik-teknik lain yang digunakan adalah Spie Rigdan Winching di dalam air serta Fast Recovery. Akhirnya, tebusan berjaya diselamatkan, lanun ditangkap dan bangunan diletupkan. Itulah antara ringkasan demonstrasi serangan mengejut untuk membebaskan tebusan yang diadakan dalam program bersama media peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 11 hingga 13 Disember 2009 yang lalu. Kesemua 71 wakil media menyaksikan demonstrasi itu dari sebuah pontun. Turut menyaksikan 'adegan cemas' itu ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Selesai demonstrasi, wakil media dibawa masuk ke hutan Royal Belum untuk merasai sendiri kehidupan sebenar anggota tentera dalam melaksanakan tugas. Memperingati Pengorbanan Ketua Staf Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Hafizueddin Jantan, berkata, program yang dinamakan 2749 Minit Menghayati Suasana Di Dalam Hutan itu merupakan program tahunan bertujuan memperingati pengorbanan dan perjuangan pasukan keselamatan terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara semasa menentang insurgensi. Menurutnya, ia juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara ATM dan media sekali gus mencorakkan imej yang baik dalam kalangan warga ATM di mata masyarakat umum. "Selain itu, ia diadakan untuk meraikan kejayaan 20 tahun ATM bebas daripada ancaman pengganas komunis dan sempena hari ulang tahun ATM yang ke-76," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Royal Belum, Perak baru-baru ini. Pengalaman Berharga Tahun ini adalah giliran Markas Tentera Darat Malaysia untuk menganjurkan program tersebut. Konsep yang dipilih adalah 'Sehari Menghayati Suasana Operasi' dan belantara Royal Belum menjadi pilihan penganjur bagi tujuan tersebut. "Program ini dianjurkan secara bergilir antara Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya.. Jumlah anggota yang terlibat adalah 38 pegawai dan 585 anggota lain-lain pangkat termasuk dari 21 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja), 11 RGK, 4 Rejimen Sempadan (RS) Kem Gerik, Markas Taktikal (MK Tak) 749 Kem Banding, 16 RAMD, Unit Anjing Perang Pulada, Markas 2 Divisyen, serta pasukan perubatan ATM. TUDM turut memberi kerjasama melalui penggunaan helikopter Nuri dalam demonstrasi pada hari kedua program, 12 Disember 2009. Penulis berasa bertuah kerana dapat mengikuti program tiga hari dua malam itu. Walaupun beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa, namun keseluruhan program berjalan lancar. Sungguhpun begitu, tanggungjawab sosial terhadap masyarakat masih sempat diadakan menerusi program bersama penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Kejar, Tasik Temenggor. Dalam aktiviti itu, Azizan menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk. Secara peribadi, penulis mendapati program seperti itu memberi manfaat kepada semua wakil media yang menyertainya. Lebih penting, wakil media dapat merasai sendiri keperitan dan pengorbanan para anggota keselamatan yang bertugas setiap detik dan waktu. Malah selepas program berakhir, saya menyimpulkan bahawa kerjaya sebagai anggota tentera bukanlah satu tugas yang mudah. Bukan calang-calang orang yang sanggup menempuh kehidupan sebagai anggota tentera terutama bagi yang menjalankan operasi di dalam hutan, mahupun mengikuti latihan selama berbulan-bulan di belantara tebal. "Kami (pihak penganjur) memang sengaja menyusun aktiviti seperti ini bagi memberi peluang kepada wakil-wakil media menghayati sendiri suasana operasi di dalam hutan. Kepayahan dan kegetiran yang dilalui anggota tentera sepanjang menjalankan tugas diharap dapat memberi keinsafan kepada masyarakat menerusi laporan media yang ditulis kelak. "Kami mahu menekankan bahawa dalam keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati negara sekarang, terdapat anggota tentera yang sanggup bertugas sepanjang masa demi mencegah sebarang ancaman keselamatan," ujar Hafizueddin. Bagi memastikan program itu benar-benar berkesan, kesemua wakil media menyarung pakaian No.5 (celoreng) sepanjang menjalani kehidupan sebagai anggota tentera dalam program ini. Beri Keinsafan Selain itu, wakil media turut diberi peluang melalui sendiri pengalaman sebagai anggota platun infantri yang melaksanakan operasi dalam peperangan melawan insurgensi dengan membina pangkalan dan bermalam di dalam hutan. Saya ditempatkan di dalam Platun C (Platun Kuning) yang diketuai oleh Leftenan Shaiful Bahri Ihsan dan dibantu oleh Sarjan Roslim Abu dari 21 RAMD. Walaupun keletihan menguasai diri kerana terpaksa 'berjemur' di tengah mentari dalam perbarisan perasmian dan penutup program, menaiki bot tempur ke kawasan demonstrasi dan kem pangkalan di Royal Belum selama berjam-jam (juga di tengah terik mentari yang membakar kulit), bangun awal pagi untuk menjayakan setiap aktiviti yang telah disusun kemas oleh pihak penganjur dan tidur lewat malam bagi mendengar taklimat dan memeriahkan majlis makan malam barbeku, namun kami puas hati kerana dapat mengumpul sekelumit pengalaman yang amat berharga. Dalam pada itu, pengalaman melakukan sentri pada awal subuh turut mencabar keberanian wakil media terutama wakil media wanita yang sanggup berkorban waktu tidur bagi menjayakan setiap aktiviti yang telah disusun. "Kak Ana...giliran sentri pukul 2 sampai 3 pagi ya...,nanti saya kejutkan akak dari tidur,'' kata Ketua Platun Kuning, Raja Syahrir Raja Abu Bakar, wartawan akhbar Utusan Malaysia kepada saya. Saya bersama Rajmah Hasan (wartawan Utusan Malaysia) mengambil keputusan untuk terus berjaga menanti giliran sentri. Bimbang jika tertidur, 'liat' pula nak meneruskan tugas yang telah diamanahkan. Pengalaman itu ternyata memberi keinsafan kepada saya dan rakan-rakan media betapa dalam lena dibuai mimpi di keselesaan rumah, ada anggota tentera yang sanggup bersengkang mata demi memastikan tidur kami tidak terganggu oleh anasir jahat yang menjejaskan ketenteraman awam. Ini membuatkan kami berasa terharu dengan pengorbanan yang telah dilakukan. Justeru, tentunya program seumpama itu perlu diadakan pada setiap tahun. Bukan sahaja ia boleh merapatkan hubungan erat media dan ATM, malah ia boleh memberi pengetahuan berguna kepada media dalam menulis laporan mengenai pasukan keselamatan negara. "Kami harap selepas program ini, pihak media lebih memahami tanggungjawab yang dipikul oleh pasukan keselamatan. Kami juga berharap laporan yang melibatkan ATM dapat disampaikan kepada masyarakat dengan adil dan bertanggungjawab," ujar Hafizueddin mengakhiri temu bual.Oleh ROHANA MAN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-