Kata-kata yang keluar daripada mulut Pian Cecupak hanya satu. Dia rindukan wajah asal selepas menyesali tindakannya beberapa kali melakukan “ubah-suai” wajah. Kononnya nak dapat wajah mirip penyanyi Dafi. Lepas tu ada hati pula nak tampil macam hero hindustan, Rajesh Khana. Sayangnya selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajahnya itu yang kononnya lebih menarik, hari ini dia rasa menyesal. Malah kata Pian, dia mendapat kesedaran untuk membetulkan wajahnya agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulungnya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13. “Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,” kata Pian memulakan cerita. Selain teguran itu, anaknya turut berkata dia sudah memberikan apa yang Pian mahukan selama ini iaitu pencapaian terbaik di dalam pelajaran. Dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu, anaknya mendapat keputusan 4A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Atas kejayaan yang dibuktikan, Nuraina mahukan sesuatu iaitu ingin melihat wajah asal ayahnya itu. Dalam masa yang sama jelas Pian, faktor usia dan selepas menanam hasrat untuk mengerjakan umrah, maka hatinya sudah berubah dan menyesali apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Dek kerana perkara itu, Pian telah melakukan pembedahan secara berperingkat bagi membuang cecair kolagen di wajahnya selain merasakan dirinya telah melakukan dosa. Apa sudah jadi? Tiba-tiba nak buat pembedahan membuang kolagen di muka? Saya ada hajat nak pergi umrah. Insya-Allah kalau ada rezeki pada tahun hadapan. Suatu hari tu saya ada jumpa ustaz dan dia kata buanglah mana yang boleh. Jadi saya ambil keputusan nak buat suntikan buang semula kolagen yang ada. Setakat ini dah buat atau belum? Dah. Saya dah buat suntikan beberapa kali secara berperingkat. Setakat ini tak ada masalah sebab selama ini saya hanya masukkan cecair kolagen sahaja untuk membentuk wajah yang saya mahukan. Apabila buang kolagen tu, muka jadi macam mana? Mungkin akan jadi wajah Pian Cecupak yang asal dulu? Yang pasti bahagian pipi saya akan nampak cengkung. Tak la tembam macam sekarang. Ni pun dah susut sikit dah. Sakitkah berbanding proses awal memasukkan kolagen dulu? Sakit memang sakit. Sakit dia sampai ke tulang hidung. Air mata berjurai-jurai macam air hujan. Tapi saya dah nekad nak wajah kembali ke asal, saya buat juga. Saya tak kisahlah walaupun kosnya lebih tinggi berbanding kali pertama saya “ubah suai” muka saya dulu. Selain sebab nak pergi umrah, apa yang membuatkan Pian rasa kesal? Saya ada anak dua orang. Yang sulung tu umur 13 tahun dan yang kedua 11 tahun. Dua-dua perempuan. Suatu hari tu anak sulung saya Nuraina datang kepada saya. Dia kata; “Abah... apa yang abah nak semua Aina dah bagi. Sekarang Aina nak abah bagi pula untuk Aina.” Dia kata dia tak nak bila dia belajar nanti, orang ejek dia kerana ayah dia macam ni. Dalam UPSR sebelum ni dia dapat 4A. Dia belajar di sekolah Cina. Kita pun tahu, orang Cina mana kenal saya. Jadi dia tak kisah. Lepas ni dia nak belajar di sekolah sukan atau nak masuk universiti yang ramai pelajar Melayu, tentu dia malu. Saya faham perasaan dia. Sebab tu saya nak buang apa yang ada dalam muka saya ni. Kenapa baru fikir hari ni? Nak muka macam Dafi lah, hidung macam hero hindustanlah tapi tak menjadi juga! Dulu hati asyik nak seronok. Tapi bila dah masuk umur 40 tahun barulah saya rasa menyesal. Tiba-tiba saya rasa, kita ni akan masuk ke alam tua. Nanti di hari tua tak ada anak-anak nak jaga, lagi susah. Saya tak nak bila dah tua saya mati di rumah kebajikan. Saya dah berpisah dengan isteri sejak 10 tahun lalu. Kerana sayangkan anak, saya ikut kehendak mereka. Lagipun ini semua benda baik. Apa pengajaran yang Pian dapat selepas menyesali perbuatan ni? Saya terfikir juga kecantikan ni tak ke mana pun. Lama-lama akan hilang terutama bila kita tua. Sebab tu tiba-tiba rasa nak buang balik benda yang dimasukkan ke dalam muka ni. Saya sedar, selama ni saya berdosa kerana mengubah ciptaan Tuhan. Pian tahu tak selama ni orang kata Pian nak jadi pondan sebab buat muka macam ni? Saya tahu macam-macam orang kata tapi saya tak kisah. Paling tidak saya ada juga dua orang anak. Dalam hidup saya nak bahagiakan anak. Apa orang nak kata, lantaklah asalkan saya masih hormat dekat orang. Cuma saya minta jangan pandang hina lelaki lembut ya. Lelaki yang keras tu, tak semestinya dia keras. Apa yang saya tahu pernah ada ustaz yang nasihatkan Pian. Betul? Ya... ada ustaz penah tegur saya kenapa ubah bentuk muka ni? Tapi masa tu kita ni jahil. Saya marah balik ustaz tu. Saya kata; “Engkau dunia engkau, aku dunia aku.” Tapi hari ini saya pula yang cari ustaz nak minta nasihat. Tak teringin nak kahwin? Bina hidup baru! Memang teringin selepas 10 tahun jadi duda ni. Tapi ada ke perempuan yang nak lelaki lembut macam saya? Apa nasihat Pian kepada mereka yang nak “ubah suai” muka dia orang? Tepuk dada tanya selera. Rasanya kalau muka tu dah elok, cantik, tak payah nak ubah-ubah lagi. Bukan apa, kalau kita pergi mana pun orang akan cakap, muka orang ni dah cucuk. Orang tahu itu bukan wajah yang asli. Bersyukurlah dengan wajah asal kita.Oeh NIEZAM ABDULLAH
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-