Melalui The Old Man and the Sea, Ernest Hemingway mempotretkan watak seorang tua yang bekerja sebagai nelayan Cuba dan tidak mahu mengaku kalah. ERNEST Hemingway, seorang penulis kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang memulakan karier penulisannya sebagai wartawan sejak 1917, ketika bertugas di akhbar The Kansas City Star. Dia pernah ikut serta dalam Perang Dunia Pertama dan berkhidmat sebagai pemandu ambulans sukarela. Bagaimanapun dia kemudiannya terpaksa dihantar pulang dari medan tempur di Itali kerana cedera teruk. Sejak itu, dia menumpukan sepenuh tenaganya dalam bidang penulisan secara serius dan mula melahirkan novel-novel awal sepertiThe Sun Also Rises dan A Farewell to Arms. Novel The Old Man and the Sea pertama kali diterbitkan pada tahun 1952. Ia lahir sebagai satu kerja penulisan yang pada masa itu disifatkan sebagai sebuah karya besar yang dihasilkan Hemingway - walaupun pada hakikatnya, novel itu mungkin antara buku paling nipis yang pernah dihasilkan beliau. Novel itu seterusnya diangkat sebagai karya ulung dan dinobatkan sebagai pemenang antara anugerah sastera terpenting di Amerika, Pulitzer Prize setahun selepas ia diterbitkan. Kemudian, pada tahun berikutnya Hemingway dikurniakan dengan kedudukan paling tinggi sastera dunia, selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Hadiah Nobel untuk sastera. Menurut sesetengah kelompok, novel pendek itu merupakan antara penyumbang besar kepada pertimbangan juri serta mempengaruhi penganugerahan tersebut kepada beliau. Hemingway kerap bercerita tentang semangat yang kental melalui watak protagonisnya. Tidak ada perkara yang boleh membuatkannya berputus asa dan lemah semangat. Hemingway sentiasa bercerita hal-hal berkait semangat positif, terutama ketika set penceritaannya berlatar-belakang kepayahan, kesempitan ruang dan ketidakberdayaan terlebih dahulu. Bersendiri Dalam kehidupan, belenggu perkara-perkara yang tidak kita fahami, tanpa sedar, sering ada pada bila-bila masa. Kerap juga manusia mengeluh sendiri kepada entah siapa, bercerita tentang hal-hal berkenaan. Momen itu kadangkala memerlukan kita untuk bersendiri dan bercakap dengan diri sendiri yakni sebagai sebuah renungan barangkali. Tanpa kita sedari, detik itulah yang paling diperlukan oleh diri sendiri, mengambil masa dan ruang untuk diri agar kemudiannya mampu kembali kepada kenyataan dan mendepani apa saja yang perlu. Itu merupakan sedikit sebanyak perkara yang kuat tergambar di dalam buku itu. Individu yang terdedah dengan persekitaran yang ekstrem seperti memerlukan diri untuk lekas memahami dan menampung keperluan yang bukan kepalang. Itulah yang diperlihatkan oleh beliau. Melalui The Old Man and the Sea, beliau mempotretkan watak seorang tua yang dirujuk sebagai si tua, bekerja sebagai nelayan Cuba yang tidak mahu mengaku kalah. Dia tidak mahu terlebih dulu akur kepada takdir tanpa mahu mencuba dalam istilah yang betul-betul 'mencuba'. Selama 84 hari si tua itu turun naik ke laut dengan hajat untuk menangkap ikan, yang terus-terusan berakhir dengan tangan kosong. Pada 40 hari pertama dia turun ke laut, ada seorang anak muda yang mengikutnya. Orang tua itulah yang banyak mengajar anak muda itu tentang perihal menangkap ikan, tanpa dia sendiri mampu pulang walau seekor ikan pun. Tetapi, itu bukanlah kali pertama si tua berdepan dengan pengalaman yang buruk dan mengecewakan. Dulu, menurut anak muda itu berasaskan satu dialog dengan si tua: "Kita pernah ke laut selama 87 hari tanpa hasil dan selepas itu, setiap hari selama tiga minggu berturut-turut kita memperoleh hasil yang cukup lumayan iaitu ikan-ikan yang besar." Ia seperti menjelaskan, tidak ada perkara yang akan kekal begitu seperti yang kita kehendaki. Si tua dalam hayatnya ketika menjadi penangkap ikan bukan saja kerap kecewa dengan kegagalan dan tangan kosong, tetapi turut pernah melalui momen penting merasa diri mengecapi kejayaan yang juga bukan sembarangan. Tangkapan Kemudian, dia jatuh lagi, kecewa lagi. Cuma ada satu bekal yang diyakini dan ditunjukkan si tua, dia tidak pernah lelah dan kecewa terus, sebaliknya mahu turun ke laut walau pun seorang. Jika si tua itu mahu, dia boleh saja untuk tidak lagi turun ke laut. Tanpa si muda yang sudah mengikut kapal lain yang lebih bernasib baik dengan tangkapan dan peralatan lebih lengkap, si tua tetap turun seorang diri mencari ikan. Dia pulang pada hari-hari murungnya dengan tangan kosong, tetapi aneh semangatnya tidak pernah luntur. Membayangkan kemungkinan berseorangan di laut, bercakap dengan diri sendiri dan dengan umpan ikan kecilnya, si tua dari sehari ke sehari semakin membangun semangat yang luar biasa. Itu kontra dengan kata-kata teman si tua yang kerap memperli beliau di pelabuhan, menasihatkannya agar mengalah. Selebihnya, ketika keseorangan di laut itu, akhirnya umpan yang dihumban ke laut itu dikunjungi pula oleh jerung, kemudian todak. Si tua yang sudah tidak berapa berkudrat itu tetap melawan untuk menumpaskan gergasi-gergasi marin berkenaan. Sampai akhirnya, dia mampu berpuas hati dengan apa yang telah dilakukannya itu seorang diri, di tengah laut dan tanpa sebarang kelengkapan canggih. Ia sebuah kisah tentang semangat kental dan tidak mudah mengalah. Kisah yang penuh inspirasi itu turut pernah difilemkan, dengan judul sama. Agak merunsingkan juga untuk memahami manusia yang dikisahkan oleh Hemingway. Dalam waktu-waktu tersepit, dia tetap dapat melepasi setiap halangan walau memiliki segala macam kekurangan. Kita juga mampu untuk melakukan hal itu dalam perkara yang dikerjakan.Oleh HAFIZ HAMZAH
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-