Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri tersebut di Malaysia. MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut. Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit. Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa. Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan? Isu pelesenan Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu itu merupakan masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit? Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak pada Oktober tahun lalu. Ia dilihat membuka mata umum mengenai kewujudan industri sarang burung walit. Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan. Anak burung walit iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di lamanyoutube.com. Rentetan daripada operasi itu, isu tersebut mula dibangkitkan oleh Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah, diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei. Mereka meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada. Kebanyakannya adalah lot rumah kedai terbengkalai yang kemudian membawa hasil yang sangat lumayan kepada pedagang burung walit. Dibangunkan secara terkawal Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi. Ia mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab. Harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram. Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua. Ini menyukarkan keadaan bagi industri burung walit. Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada. Len Talif berkata, kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan yang diterima sejak Mei lalu. "Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan old-player (pengusaha lama) yang memenuhi syarat. Selebihnya ditolak kerana premis burung itu terletak di kawasan bandar," kata Len Talif kepadaBernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini. Beliau berkata, penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya. Sumber industri melihat pemberian lesen sebagai perkembangan yang positif. Jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu, hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen. Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei. Ia meliputi kawasan pertanian yang telah dikenal pasti. Pengusaha juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta pihak berkuasa tempatan. Satu berita baik adalah kerajaan negeri juga akan membina tiga taman eko (eco-park) burung walit di Mukah, Sarikei dan Bintulu untuk dijual atau disewakan kepada pihak yang berminat. Kelonggaran untuk beroperasi Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di taman eko yang dibina, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada. Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung walit di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar. "Kami akan ikut garis panduan ini," kata pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei, Wong Hua Ting. 'Permintaan' itu nyata menimbulkan situasi bertentangan antara pihak kerajaan negeri yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau taman eko yang disediakan. Keadaan itu pasti akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat. Terutama apabila terdapat hujah mengenai ancaman penyakit yang melibatkan spesies burung itu. Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih daripada 5,000 ujian dilakukan, spesies burung walit didapati bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam. Pendaftaran dengan JPV JPV adalah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan oleh Kabinet pada April lalu. JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa ke perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara pada 14 Disember ini. Garis panduan yang dikenali sebagai 1GP itu mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV. Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka pada Mac depan. "Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur," kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong. Tiada lagi rampasan Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan. Difahamkan juga bahawa operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi akan merampas sarang burung. Sebaliknya, kompaun dikenakan manakala peralatan berkaitan akan dirampas. Ia bagi mengelakkan berlakunya populasi burung bersarang di bangunan berdekatan. Perkembangan itu dilihat sebagai indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan. Namun ia bukanlah lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah. Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan, selagi isu pelesenan tidak diselesaikan segera. Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung perlu untuk menjayakannya. Itu pun jika negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit, setanding dengan Indonesia dan Thailand.Oleh SYED AZWAN SYED ALI
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-