KUALA LUMPUR - JuaraAkademi Fantasia 4 (AF4), Mohammad Faizal Ramly, 25, hanya akan mendedahkan identiti isterinya apabila wanita itu yang kini sarat mengandung, melahirkan anak sulung mereka pada bulan depan. Setakat ini, Faizal hanya mahu memberitahu nama isterinya sebagai Nur Ashikin, 23, seorang pelakon baru dari Temerloh, Pahang. "Bila sampai masanya nanti saya akan memperkenalkan isteri dan anak sulung kami. "Kami sudah lama berkenalan, dan bukannya semasa berlakon filem Momok The Movie,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam. Perkahwinan senyap mereka pada Februari lalu menjadi kontroversi apabila bapa penyanyi itu, Ramly Yaacob, 60, mengatakan mereka sekeluarga hanya dimaklumkan mengenai perkahwinan Faizal dua bulan selepas majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan di Temerloh. Bagaimanapun, Faizal sebelum ini dipetik sebagai berkata, perkahwinannya itu direstui keluarganya dan mereka sendiri telah menghadiri majlis berkenaan.Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Battery Reconditioning
6 years ago