PEKAN: “Saya yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini,” kata Rosli Awang, 52, pemilik buah nangka yang mengeluarkan pisang.Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my
Dia yang tinggal di Felda Chini 3, berkata ini kali pertama dalam hidupnya melihat kejadian pelik itu berlaku sehingga menarik perhatian orang ramai menyaksikannya secara dekat.
Menurutnya, dia tidak pasti faktor apa menyebabkan buah nangka miliknya mengeluarkan beberapa biji pisang berwarna kuning sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
“Saya menyedari buah nangka berkenaan ada kelainan ketika melihatnya enam bulan lalu sebelum membungkusnya dengan kain bagi mengelak rosak.
Katanya, kejadian pelik juga berlaku pada buah berkenaan apabila ia mengeluarkan getah berwarna hitam bukan putih seperti kebiasaannya.
“Walaupun berlaku kejadian pelik kepada saya termasuk beberapa individu yang datang melihat buah nangka ini, namun saya menganggap ia adalah secara kebetulan.
“Ada wanita yang datang untuk melihat buah nangka secara tiba-tiba menggeletar dan seluruh badannya lemah, malah ada juga yang terjatuh,” katanya yang terpaksa memagar pokok berkenaan bagi mengelak orang menghampirinya.
Battery Reconditioning
6 years ago