Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. Katanya, pemeriksaan pakar mendapati tiada sebarang unsur jenayah menjadi punca kematian bayi itu.KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan yang baru berusia enam hari dan belum diberi nama mati dipercayai tersedak susu dalam kejadian tengah malam di Kampung Chepa, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 30 tahun ketika hendak menyusukan anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam.
Berikutan kejadian itu, bayi terbabit dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dekat sini.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan mayat bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sementara itu, ibu bapa mangsa ketika ditemui di rumah mereka, enggan mengulas kejadian terbabit kerana masih bersedih terhadap nasib yang menimpa anak bongsu yang belum diberikan nama itu.
Battery Reconditioning
6 years ago