DUNGUN – Ikatan kasih antara menantu dan bapa mentua membawa ke akhir hayat apabila mereka menemui ajal bersama dalam tragedi lemas, di sini, pagi semalam.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku lebih kurang jam 10 pagi ketika mangsa pertama dikenali sebagai Badrisham Abdul Majid, 29, mandi di pantai peranginan bersama beberapa ahli keluarga yang lain, berhampiran chalet penginapan di Kampung Rantau Abang.
:Bagaimanapun, Badrisham dipercayai lemas lalu bapa mentuanya, Elias Ismail, 54, yang ketika itu berada tidak jauh dari tempat kejadian dipercayai turut mandi di kawasan berhampiran cuba menyelamatkan menantunya, namun gagal selepas dihanyutkan ombak.
Kejadian itu disedari tiga ahli keluarga lain yang ketika itu dikatakan berada di tepi pantai, tidak jauh dari situ lalu masing-masing cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa terbabit.
Bagaimanapun mangsa yang akhirnya dihanyutkan ombak hingga ke tepi pantai meninggal dunia di tempat kejadian walaupun difahamkan telah diberi bantuan pertolongan cemas oleh beberapa penduduk yang kebetulan berada tidak jauh dari situ.
Pengurus chalet berkenaan, Zaid Mohd Adib, 40, berkata, keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Johor lalu mendaftar masuk di chaletnya, malam semalam.
“Ketika kejadian, saya berada di sekitar chalet, tiba-tiba saya mendengar jeritan meminta tolong dari arah laut, tanpa berlengah saya terus menuju ke situ tetapi sebaik tiba, saya melihat beberapa wanita dalam keadaan cemas bersama dua mayat yang sudah terbujur kaku di tepi pantai.
Battery Reconditioning
6 years ago