ANGGAPAN wanita hanya sesuai dengan kerja-kerja menguruskan rumah tangga atau kerja-kerja ringan pada masa kini tidak lagi relevan. Ini kerana kaum Hawa sebenarnya mampu melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh kaum Adam. Hakikat ini dibuktikan dengan bakat dan kebolehan yang ditunjukkan oleh Ronirah Kosni yang terkenal dengan jolokan 'wanita besi.' Nama beliau memang tidak asing terutama di kalangan para usahawan tani di negeri Johor. Ini kerana wanita berusia 53 tahun itu memang cukup hebat berikutan kesungguhannya dan minat yang mendalam dalam bidang usahawan tani hingga membolehkan beliau menjejakkan kaki ke kota London dan berjaya menemui Ratu Elizabeth. Ronirah, yang berasal dari Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam, Keluang, Johor merupakan usahawan tani wanita yang begitu aktif dengan menjadikan tanah miliknya seluas 20 hektar sebagai kegiatan ternakan, pertanian dan ladang kelapa sawit. Apa yang membanggakan ibu kepada lima anak ini, kesemua hasil kegiatan itu dipasarkan di pasar anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor yang dikenali Pasar Tani Mega Larkin. Katanya, penglibatan secara aktif di pasar tersebut sejak 24 tahun lalu itu, mampu memberikan pulangan cukup lumayan yang secara langsung mengubah corak kehidupan keluarganya kepada lebih bermakna. Menyorot penglibatannya dalam keusahawan tani, Ronirah berkata, ia bermula pada 1973 dengan tanaman kontan seperti betik eksotika, pisang berangan, sayur sayuran, ternakan termasuk ikan air tawar, kambing, ayam serta tanaman kekal kelapa sawit. "Sebaik mengeluarkan hasil pada 1984, kesemua hasil tersebut terutama, ayam, buah-buahan dan sayur sayuran di pasarkan ke Singapura menerusi orang tengah. "Menyedari keuntungan yang dikaut orang tengah cukup banyak, manakala saya yang bertungkus lumus membanting tulang cuma dapat untung tipis, saya mengambil keputusan menjualnya sebaik FAMA membuka pasar tani pertamanya pada 1985, di Jalan Ayer Molek," katanya kepada Utusan Malaysia. Beliau yang mendapat sokongan daripada suami, Md. Judyar Malik, 59, yang juga seorang usahawan tani berjaya berkata, hasil keuntungan di pasar tani Ayer Molek berlipat kali ganda. "Contoh kalau jual pisang berangan dengan orang tengah, saya cuma dapat sekitar RM1.20 sen sekilogram (kg). "Tapi bila saya jual sendiri di Pasar Tani Larkin, saya boleh jual dengan harga RM2 sekilogram berbanding harga di pasaran awam antara RM2.50 sen hingga RM3 sekilogram," katanya. Tambah Ronirah, sejak pasar itu berpindah ke Larkin pada 1987 hingga kini dan beroperasi setiap Sabtu, beliau mampu menjual sekitar 18 bakul betik eksotika, 15 bakul pisang serta ikan air tawar terdiri daripada patin, keli dan talapia yang hasil jualannya menjangkau RM3,000 sehari. Bagi wanita ini antara premis perniagaan yang diberikan oleh FAMA, Pasar Tani Larkin merupakan satu-satunya premis yang cukup disayangi kerana dapat menunaikan fardu kifayah, di mana penjual dan pengguna sama-sama menikmati keuntungan. "Ini merupakan satu kepuasan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit," katanya. Seperkara lagi yang cukup mengagumkan mengenai wanita besi ini, dalam usia separuh abad, masih berupaya menunggang motosikal bagi memantau kebun dan ternakannya. Selain itu, Ronirah juga mampu memanjat tangki bekalan air setinggi 10 meter bagi menyelenggara ternakan ayamnya. Beliau kini mempunyai Syarikat Anurizam Enterprise, dengan melantik anaknya, Zamzarina Md. Judyar, 24, selaku pengurus. Zamzarina kini bertanggungjawab menguruskan sekitar 200 kambing, 60,000 ekor ayam, lapan hektar kelapa sawit, 1.2 hektar betik dan 4.8 hektar pisang berangan serta 28 kolam ikan air tawar. Mengenai rancangan masa depan nenek kepada empat cucu ini berkata, syarikatnya dalam proses untuk membuat baja kompos hasil sisa buangan ternakan untuk kegunaan sendiri. Berkat ketabahan dan kegigihannya dalam bidang usahawan tani, usahanya telah mendapat pengiktirafan dengan dianugerahkan Peladang Jaya peringkat Kebangsaan sebanyak dua kali, manakala Peladang Jaya peringkat Negeri Johor sebanyak tiga kali. Berikutan itu juga Ronirah sering diberi peluang melawat ke luar negara sebagai hadiah antaranya New Delhi, Thailand dan beberapa wilayah di Indonesia. "Bagi saya anugerah yang cukup berharga ialah berpeluang menghadiri Hari Penternak, Peladang dan Nelayan di London dengan diraikan oleh tetamu diraja, Ratu Elizabeth. "Rasanya kalau saya tidak melibatkan diri di bidang usahawan tani 'mati hidup balik,' tak merasa ke London," kata nenek kepada empat cucu ini.Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-