Setelah itu saya keluar dari rumah dan balik ke rumah ibu bapa saya. Beberapa hari kemudian suami datang memujuk dan menyatakan bahawa dia tidak bermaksud untuk menceraikan saya. Persoalannya adakah jatuh talak ke atas saya? Apa tindakan yang perlu saya ambil? *Quraisha *Segambut, Kuala Lumpur Jawapan: Adalah menjadi asam garam rumah tangga berlakunya pergaduhan dan salah faham antara suami isteri. Seperti kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Namun, kadangkala pergaduhan dan salah faham ini tidak dapat diungkaikan sehingga mencetuskan penceraian. Talak merupakan satu jalan penyelesaian yang terakhir jika pasangan suami isteri tidak dapat mencari jalan perdamaian. Allah SWT menyeru kepada umatnya supaya bercerai dengan cara yang maaruf. Lafaz talak oleh suami adalah salah satu cara berlakunya penceraian. Bagaimanapun suami tidak boleh sewenang-wenangnya melafazkan talak terhadap isteri. Perundangan keluarga Islam di Malaysia telah memberi garis panduan atau prosedur berkenaan proses perceraian yang seharusnya dilaksanakan. Prosedur yang betul adalah dengan melafazkan talak di hadapan mahkamah. Hukum Syarak (i) Lafaz talak atau cerai yang dibuat secara soreh bermaksud lafaz talak atau cerai yang terang dan jelas dengan menyebut perkataan 'cerai' dan 'talak' dengan terang dan jelas misalnya suami melafazkan talak atau cerai dengan menyebut "Aku talakkan engkau dengan talak satu" atau "Aku ceraikan engkau". (ii) Lafaz talak atau cerai yang dibuat secara kinayah bermaksud lafaz talak atau cerai secara kiasan misalannya suami melafazkan perkataan "Engkau keluar dari rumah dan jangan kembali lagi" atau "Aku hantar engkau pulang ke rumah orang tua engkau buat selama-lama". Merujuk kepada perkataan yang dilafazkan oleh suami puan, beliau telah menggunakan perkataan 'talak' dan 'cerai' dengan jelas (soreh) iaitu "Berambus engkau dari rumah ini, aku ceraikan kau". Mengikut Seksyen 55A Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, lafaz talak suami puan ini dikategorikan sebagai lafaz talak luar mahkamah. Puan atau suami hendaklah dalam masa tujuh (7) hari dari lafaz talak tersebut membuat laporan di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal puan Di dalam kes puan ini, kami nasihatkan supaya puan segera pergi ke mahkamah untuk membuat laporan pengesahan lafaz cerai. Tujuan laporan tersebut dibuat supaya mahkamah dapat membuat siasatan dan rekodkan sama ada lafaz tersebut adalah lafaz kali pertama, kedua atau ketiga serta mengesahkan lafaz tersebut. Mahkamah juga akan meneliti rukun-rukun talak. Rukun talak ada lima iaitu: 1. Suami 2. Lafaz yang digunakan 3. Kepada siapa talak itu diqasadkan (diniatkan) 4. Isteri dan 5. Talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami. Manakala, merujuk Sekyen 124 Akta tersebut, kegagalan puan atau suami membuat laporan dalam masa yang dinyatakan menyebabkan puan dan suami boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Oleh yang demikian, puan haruslah segera merujuk kepada Mahkamah Syariah bagi menghilangkan kesangsian puan terhadap lafaz talak tersebut. Aduan boleh dilakukan oleh puan tanpa kehadiran suami. Perlu diingatkan bahawa Hakim Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan layak memutuskan sama ada perceraian sudah berlaku atau pun tidak serta jumlah talak. Jika lafaz talak sudah disahkan, proses seterusnya adalah mendaftarkan perceraian bagi mendapatkan sijil cerai tersebut. Sehingga mahkamah mengesahkan perceraian tersebut, puan dan suami masih pasangan suami isteri yang sah. Diharap jawapan dan informasi yang diberikan dapat membantu puan. Sebarang penjelasan lanjut, puan boleh menghubungi pihak kami.SOALAN:
BARU-BARU ini berlaku pertengkaran antara saya dan suami. Semasa pertengkaran itu suami ada melafazkan "Berambus engkau dari rumah ini, aku ceraikan kau".
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-