KEPUTUSAN nekad dan berani untuk berhenti berkhidmat sebagai pegawai atasan sebuah bank swasta yang diambil Jamil Ahmad, 54, serta isterinya, Nurulhuda Mohd. Said, 50, untuk membuka kedai cucian pakaian atau dobi ternyata berbaloi apabila ia semakin berkembang. Menceritakan detik awal penglibatannya dalam perniagaan kedai dobi, Jamil yang juga Pengurus Operasi Kumpulan syarikatnya berkata, ia bermula lima tahun lalu apabila beliau dan isteri berbincang bagaimana memperoleh lebih pendapatan dan kejayaan tanpa bergantung 'makan gaji' dengan majikan. Beliau berkata, berbekalkan duit skim persaraan awal yang diperoleh mereka sepakat memperuntukkan modal RM150,000 untuk membuka sebuah kedai dobi selepas mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan itu melalui Internet, perbincangan dengan pembekal barangan dobi dan kajian sendiri. "Kami bermula dari sifar kerana belum pernah ada ahli keluarga atau kenalan rapat kami yang menguruskan perniagaan namun kami berpegang kuat kepada kepercayaan dan kebolehan diri selain bertawakal kepada Allah SWT. "Bermula dengan sebuah kedai dobi iaitu Dobi Cuci Sini yang terletak di Taman Melawati, kami akhirnya berjaya membuka dua lagi perniagaan sama dikenali e-dots Aqua Wash Center di Taman Melawati dan Damansara," katanya ketika ditemui di salah sebuah kedai dobinya di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor baru-baru ini. Jamil berkata, sejak membuka kedai dobi pada 2004, pelbagai cabaran, pengetahuan dan pengajaran berguna diperoleh. Kesemua itu dikumpul sebagai pengalaman berharga untuk mereka memperbaiki serta memajukan perniagaan. Kata Jamil, kebanyakan orang mungkin fikir perniagaan dobi amat mudah seperti menerima pakaian atau fabrik kotor daripada pelanggan, mencuci dan mengembalikannya tetapi ia lebih daripada itu. Banyak risiko atau kepayahan untuk menguruskan dobi antaranya kerenah pelanggan, tanggungjawab menjaga pakaian sepanjang berada di kedai terutama fabrik jenis mahal dan memastikan pelanggan berpuas hati. Menurutnya, masalah-masalah ini jika tidak ditangani dengan elok mampu menghilangkan semangat pengusaha untuk meneruskan perniagaan. "Saya dan isteri pernah berdepan saat getir apabila baju pelanggan yang dicuci rosak namun atas sikap pelanggan yang tahu bertimbang-rasa, masalah itu selesai apabila kami membayar jumlah ganti rugi harga baju berkenaan," katanya. Dengan semua pengalaman yang dikumpul, Jamil berkata, kini mereka giat membantu Bumiputra lain yang berminat mengetahui secara mendalam perniagaan dobi melalui kursus yang dianjurkannya. Tegas Jamil, sebenarnya orang Melayu bijak dan mampu 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan kaum lain yang memonopoli bidang perniagaan. "Namun kaum Melayu sering bersikap malas, tidak berani berdepan risiko, kurang keyakinan diri, cemburu, kurang bijak mencari peluang, jarang belajar daripada kejayaan atau kegagalan. "Ketika saya mahu memulakan perniagaan ini, ada pembekal barangan dan peniaga dobi daripada kaum lain memandang rendah keinginan saya kerana menganggap orang Melayu hanya tahu 'makan gaji' dan mencabar saya membuktikannya, tetapi hari ini, mereka malu dengan saya," katanya. Jelasnya, sejak menjalankan kursus itu pada 2006, syarikatnya sudah berjaya membantu lebih 250 orang peserta membuka kedai dobi dan ada antaranya sudah menampakkan kejayaan. Pada masa sama, katanya, peserta akan diajar segala rahsia memajukan perniagaan dobi termasuk menangani masalah pelanggan, menguruskan dobi, menghadiri kelas pengajaran secara verbal, lawatan ke setiap bahagian dobi, ditunjukkan sistem pengairan dan saliran serta mengira kos. "Dahulu, kami tidak mempunyai 'tok guru' jadi kami membeli sehingga tiga mesin semata-mata mengikut kata pembekal walaupun rupa-rupanya hanya satu sahaja yang penting dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Jadi kini kami akan membantu peserta tidak mengulangi kesilapan kami supaya modal mampu dijimatkan. "Selepas tamat kursus, peserta boleh membuat keputusan mahu meminta bantuan syarikat kami atau secara sendiri untuk membuka kedai dobi. "Ini kerana kami tidak memperkenalkan konsep francais seperti kebanyakan syarikat yang memerlukan peserta membayar jumlah tertentu dan menggunakan nama syarikatnya," katanya. Namun menurut Jamil, jika peserta mahukan bantuan syarikatnya, mereka hanya perlu membayar kos berpatutan termasuk untuk membeli peralatan bagi memulakan perniagaan dobi seperti mesin, plastik baju, sabun, seterika, penggantung baju dan bakul. Modal yang diperlukan biasanya kurang daripada RM100,000 dan tidaklah setinggi yang dibayangkan oleh sesetengah individu sehingga membantutkan keinginan mereka untuk memulakan perniagaan. "Usaha kami membantu ini benar-benar ikhlas untuk melihat kejayaan orang Melayu. Dalam Islam sendiri menyebut setiap ilmu atau kebaikan diperoleh perlu dikongsi bersama kerana ia tidak akan merugikan. "Bayaran yang dikenakan kepada setiap peserta sepanjang kursus sehari setengah itu adalah RM300 dan individu yang berminat boleh menghubungi talian 017-2192985 untuk tempahan tempat," tambahnya. Menyambung mengenai perniagaan dobinya, Jamil berkata, berkat usaha dan pengorbanannya selama ini, beliau sudah diberi hak oleh sebuah syarikat pengeluar mesin cucian fabrik khas jenama Renzacci untuk membekalkan peralatan itu di negara ini. "Keistimewaan syarikat kami adalah ia menggunakan teknologi cucian berasaskan air yang tidak memerlukan bahan kimia dan sabun berasaskan lemak haiwan seperti digunakan kebanyakan kedai dobi kerana harganya yang murah tetapi sebenarnya ia tidak halal untuk dibawa beribadat," katanya. Ditanya sama ada akan mengembangkan lagi cawangan kedai dobinya, Jamil berkata, buat masa ini belum ada rancangan ke arah itu disebabkan beberapa faktor termasuk tenaga kerja dan masa. "Dengan tiga kedai ini pun kami suami isteri tidak menang tangan. Apa yang penting bagi kami ialah mengadakan lebih banyak kursus dan membantu orang Melayu berjaya dalam bidang perniagaan dobi," katanya.Oleh FAIZATUL FAHANA FARUSH KHAN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-