BRO senyum sendirian apabila membaca berita bekas Ratu Argentina yang berusia 38 tahun, Solange Magnano meninggal dunia, Ahad lalu selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan kosmetik yang dilakukan olehnya. Apa yang Bro tertarik ialah ulasan teman rapat Magnano, Roberti Pizza yang berkata, ‘‘Wanita yang mempunyai segala-galanya ini meninggal dunia kerana dia mahu memiliki punggung yang pejal.’’ Inilah masalah sesetengah perempuan, walaupun Tuhan sudah beri tubuh dan wajah yang cantik masih belum mahu bersyukur, sebaliknya terus berusaha mengubah ciptaan Tuhan, akhirnya ia menjemput penderitaan kepada diri sendiri. Tak payahlah kita bercakap fasal perangai orang Barat kerana memang itulah sikap mereka sejak dulu lagi tetapi yang Bro pelik di Malaysia ni pun berlambak wanita kita yang nak cantik lebih. Tak payahlah nak nafi kerana Bro ada ramai ‘spy’. Apa yang Bro terkejut ada antara mereka ini adalah insan-insan hebat yang boleh disifatkan sudah ada segala-galanya termasuk kecantikan dan kekayaan. Tetapi mereka tidak puas. Kalau hidung tak mancung, mereka buat pembedahan plastik, kalau lemak terlebih mereka pi sedut lemak, bila buah dada kecil, mereka usaha perbesarkan melalui rawatan, itu belum lagi termasuk menghabiskan wang beribu-ribu ringgit beli kosmetik setiap bulan. Apa yang Bro kesal, sebahagian mereka adalah wanita Melayu, beragama Islam. Paling yang Bro muak, bila orang tanya, wanita yang berkenaan akan menafikannya ‘sampai terguling-guling’. Bro bukan tak tahu, ramai wanita kita lebih suka habis masa berjam-jam kat pusat-pusat kecantikan, semata-mata hendak dilihat cantik. Mereka suka kalau orang puji mereka cantik sedangkan bagi Bro, pujian paling baik datang daripada suami. Tetapi bila kat rumah tak mahu pula mereka menghiasi diri, kadang kala muka macam tak mandi 14 hari. Seperkara lagi Bro tak faham kenapa nak cantik sangat sampai membahayakan diri. Sepatutnya kalau tubuh kita dah sempurna tak ada cacat cela bersyukurlah dengan apa yang ada. Berlebihan Selalu Bro lihat, wanita yang dianggap kurang cantiklah yang berusaha buat macam-macam untuk mencantikkan diri. Kadang kala sampai berlebihan sehingga tak nampak macam muka asalnya. Selain itu bagi wanita yang dianggap cantik pula, mereka terus berusaha hendak nampak bertambah cantik. Maknanya, tak bersyukurlah tu. Bro tak kisah kalau, ada wanita yang hendak jadi cantik semata-mata demi memantapkan lagi kasih sayang dan cinta suami kepada mereka, tetapi janganlah hendak cantik untuk tarik perhatian orang lain. Kerap juga Bro lihat, ada wanita semasa di dalam kenderaan ketika hendak pergi kerja baru hendak pakai bedak atau gincu, suami kat sebelah tak tahu nak kata apa. Tak kisahlah apa pun, yang penting Bro hendak nasihatkan kaum wanita, tak payahlah menyusahkan diri untuk kelihatan terlampau cantik. Soal cantik itu hanya luaran dan ia bukanlah penentu kebahagiaan kita di Akhirat kelak, apa yang lebih mustahak ialah amal ibadah kita kepada Allah. Kalau muka cantik tetapi perangai macam hantu raya pun tak guna juga. Sebab itulah, pokok pangkalnya ialah diri kita sendiri dan sejauh mana kita pandai bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah. Jadikanlah kes bekas Ratu Argentina itu sebagai pengajaran kepada kita semua supaya jangan memadai hendak mengubah ciptaan Allah. Teruskanlah kehidupan kita secara sederhana dalam apa juga hal termasuklah untuk mencantikkan diri. * BRO - Wajah bukan ukuranbersama Bro
Battery Reconditioning
6 years ago