Tempoh bertunang bukan untuk mengenali hati budi masing-masing, tetapi sebenarnya ia satu persediaan dalam aspek mental, fizikal dan kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. WAKTU bercinta adalah saat paling indah pernah dilalui oleh setiap pasangan yang memadu kasih. Janji untuk sehidup semati dan setia dengan pasangan akan dipahat di lubuk hati masing-masing. Selepas melalui proses mengenali hati budi, pasangan akan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan, sebelum mendirikan rumah tangga yang diharap berkekalan hingga ke hembusan nafas terakhir. Apabila menyentuh tentang alam pertunangan, ia sememangnya dipenuhi dengan kemanisan. Apatah lagi ikatan pertunangan juga boleh dianggap satu langkah akhir sebelum dua jiwa disatukan dalam hubungan suci perkahwinan. Namun, di sebalik kemanisan itu, jangan lupa bahawa sepanjang tempoh itu juga mungkin terdapat 'hempedu' yang boleh muncul untuk menggugat hubungan tersebut. Satu perkara paling penting yang harus diingat, alam pertunangan turut disertai dengan pelbagai dugaan untuk menguji sejauh mana bukti cinta dan kasih sayang yang diungkapkan sebelum ini. Biasanya, tempoh pertunangan akan ditetapkan selama enam bulan atau setahun. Tetapi ada juga pasangan yang bertunang selama dua hingga empat tahun sebelum akhirnya membuat kata putus untuk berkahwin. Kebanyakan yang berbuat demikian menganggap diri masih belum bersedia untuk terikat dengan komitmen dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang pasti ada pasang surutnya. Selain itu, ada juga mengakui masalah kewangan untuk memenuhi jumlah hantaran yang ditetapkan pihak keluarga perempuan menjadi punca utama sesuatu perkahwinan tertangguh untuk tempoh masa yang panjang. Ironinya, tempoh pertunangan yang diikat terlalu lama seringkali mengundang masalah. Ia boleh menyebabkan tali pertunangan antara pasangan yang sebelum itu asyik memadu kasih mungkin terlerai. Alasannya, hubungan sewaktu alam pertunangan lebih banyak membawa kepada perselisihan, walaupun disebabkan perkara yang remeh-temeh. Justeru, setelah keserasian yang dicari dalam tempoh pertunangan itu tidak ditemui, cara terbaik adalah memutuskan ikatan tersebut. Itu adalah senario negatif yang banyak berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara-negara membangun yang lain. Bagaimanapun, masalah itu sebenarnya boleh diatasi seandainya setiap pasangan sepakat untuk mengehadkan tempoh pertunangan agar tidak terlalu lama. Apa yang penting, setiap pasangan yang ingin bertunang, pastikan diri anda telah bersedia dalam aspek mental, fizikal dan kewangan. Persediaan yang cukup akan membolehkan tempoh waktu bertunang dipendekkan. Cara itu sekali gus mampu mengelakkan kejadian tidak diingini seperti putus tunang. Sebaliknya, hubungan yang terjalin akan kekal bahagia sehingga ke gerbang perkahwinan. Tidak lupa juga, panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar memelihara hubungan sepanjang tempoh pertunangan dan siram ia dengan limpahan kasih sayang yang suci. Akhir sekali bertawakal kepada Allah s.w.t kerana hanya Dia yang berhak menentukan segala-galanya.Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-