Oleh AQMAR ALLADAD Apa yang membuatkan pengunjung leka adalah gaya penulisan Hanis yang santai. GADIS yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter, Hanis Zalikha Zainal mempunyai daya tarikan tersendiri. Justeru, tidak hairanlah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor ini berjaya mencuri perhatian ramai untuk melayari blog peribadinya. Sekiranya anda berkesempatan untuk singgah ke lamanhttp://inibelogsaya.blogspot.com, ia adalah blog yang menceritakan hal-hal kehidupan biasa yang dilalui Hanis. Apa yang membuatkan pengunjung leka melayari blog tersebut adalah gaya penulisannya. "Saya gemar menulis sejak kecil. Untuk penulisan blog, saya pastikan ia tidak membosankan. Sebab itulah, ayat yang digunakan agak 'berterabur'. Ini kerana saya merasakan ia sesuai dengan laman blog berkonsep santai dan sederhana. Kisah menarik "Mungkin sebab itulah, ramai yang gemar mengikuti perkembangan isi kandungan blog saya dari semasa ke semasa sehinggakan mampu mencapai 3,725 pengikut setia," katanya kepada Kosmo! di Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini. Namun, Hanis telah menetapkan pendirian bahawa dia tidak akan berbicara mengenai cinta di dalam blognya. Ini kerana dia berpendapat, coretan sebegitu akan menimbulkan jemu. Jadi katanya, cukup sekadar dia mempamerkan gambar dan kisah-kisah menarik dia bersama keluarga dan rakan-rakan. Mengakui lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbanding dengan rakan-rakan, Hanis berkata: "Waktu cuti, saya suka duduk di rumah dan tolong emak membuat kuih. Saya juga suka ambil alih tugas emak untuk menjaga anak kawan baiknya," katanya sambil meriba bayi perempuan tersebut. Baru berusia 19 tahun, Hanis yang mempunyai perwatakan agak matang dari usia sebenar, langsung tidak pernah menyangka blog yang berusia hampir setahun itu mampu menarik minat pengunjung. Lebih membanggakan, jumlah peminat yang berjaya diraih oleh Hanis setakat hari ini adalah seramai 5,840. Biasanya, jumlah tersebut amat jarang diperoleh oleh blog-blog lain yang memilih konsep perihal peribadi empunya diri. Anugerah blogger Pencapaian itu melayakkan Hanis menerima pencalonan dalam anugerah selebriti terbaik anjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards. Walaupun tidak menang, anak kedua daripada enam adik-beradik itu masih mampu tersenyum. Keputusan pertandingan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyajikan cerita-cerita menarik kepada para pengunjung. Hanis merupakan salah seorang blogger dari Malaysia yang bersaing dengan blogger Filipina, Thailand dan Singapura. "Mungkin masih belum ada rezeki untuk saya raih anugerah sebegini. Saya akui, saingannya sangat sengit memandangkan peserta dari Singapura merupakan selebriti blogger yang dikenali ramai. "Saya masih lagi mentah dan perlu banyak belajar. Nama pun belum dikenali ramai," jelasnya yang juga seorang peragawati sambilan. Peluang yang diberikan itu bukan semata-mata digunakannya untuk menyertai pertandingan, sebaliknya Hanis beranggapan sudah tiba masanya untuk dia mengenali blogger lain dan belajar apa yang diperlukan untuk menjadi blogger terbaik. Tip yang diperoleh membataskan dirinya untuk tidak menceritakan sesuatu yang tidak berasas. Hanis juga mengambil kesempatan untuk mengenali dunia luar dengan melihat sendiri budaya penduduk Singapura yang menjadi lokasi berlangsungnya pertandingan berprestij itu. "Siapa yang tidak seronok dapat masuk pertandingan dan boleh bersiar-siar di tempat orang. Lebih menarik, saya masih lagi pelajar. Jadi, peluang sebegini memang seronok kerana saya dapat bercuti secara percuma," ujarnya sambil ketawa kecil. Pilih bahan Jika dilihat dari segi susun atur kandungan blog itu, anda mungkin suka dengan beberapa petua yang disediakan. Adakah petua yang dipaparkan itu berkesan atau sebaliknya? Hanis menjelaskan, antara aktiviti yang sering dilakukan sebaik sahaja melayari Internet adalah mendapatkan sebanyak mungkin petua-petua menarik. "Memang banyak... taip sahaja perkataan petua, beribu-ribu petua akan keluar di skrin. Jadi, saya akan pilih yang mana saya berminat sahaja," ulasnya. Kemudian Hanis akan mencuba terlebih dahulu petua yang telah dipilih. Jika benar-benar berkesan, dia akan memaparkannya di laman blognya. Antara petua yang sering dipaparkan adalah tip rambut sihat dan cantik, menjadi penulis blog, solekan dan pemakaian seluar jeans. Menurut Hanis, setiap paparan petua itu menerima banyak maklum balas daripada pembaca. Kadangkala, mereka juga meminta Hanis menyediakan lebih banyak petua yang menarik.
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
December
(89)
- 3,000 pengunjung setiap hari
- Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
- JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009
- Kamera digital SLR kompak
- Kenangan pahit 2009
- Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
- BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang...
- Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah
- Pemandu mengaku tak bersalah
- Terbang tinggi di langit
- Scha sebak, Awal kesal
- Pemandu didakwa lepas tangan
- Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap
- Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat
- 'Kami dihujani lebih 200 peluru'
- Harga minimum rokok RM6.40
- Trend Si Bujang Pelihara Anak Angkat
- 1,000 pelajar YT disaman gagal bayar pinjaman
- Dulu pemandu trak, kini pengarah agung
- Wanita, kekasih ditahan
- Tip komunikasi berkesan
- Kisah kental seorang tua
- Empat cedera bumbung runtuh
- Terengganu, negeri pertama tubuh persatuan penggun...
- JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan
- Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM
- Azizul dihukum gantung sampai mati
- Hadkan tempoh pertunangan
- Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
- Buah nangka keluar pisang jadi tumpuan
- Adegan terlampau
- Polis Tumpah Geng Remaja Pecah Rumah
- Remaja 18 tahun sertai program berkhatan
- Laluan Jerangau-Jabur dianggap kawasan maut
- Terengganu tubuh kolej perubatan
- Harga cecah RM10,000 sekilogram
- Wanita melecur disambar api di stesen minyak
- 2,749 minit bersama tentera
- Warga Asia Barat rompak kedai emas dipercayai sind...
- Suspek rogol berjaya masuk perangkap polis
- Menantu, bapa mentua lemas
- Lelaki pisau cukur
- Lelaki emas Asia Tenggara
- Faizal AF4 Bernafas Semula
- Faizal akan dedah identiti isteri bulan depan
- Maut ditindih kapcai bapa
- RM4.9 juta kerugian hasil pertanian gara-gara banjir
- Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks
- Insaf demi kehidupan lebih sempurna
- Pendapatan lebih lumayan lepas bersara
- Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom
- Biar polis yang siasat
- Kenal pasti penyamun Pak Arab
- Kesan Istighfar
- Buang ibu demi maruah
- 1,563 pemilik kenderaan bida plat TAX
- Cahaya aneh muncul di Norway
- Pasangan nikah batin ke mahkamah
- Emas RM1j dikebas Pak Arab
- Kemiskinan punca dera anak
- Polis Terengganu Tumpas Tiga Kumpulan Remaja Curi ...
- Bahana jika ingin terlalu cantik
- Ummu Khalid meninggalkan Kota Habsyah
- Isteri lari: Suami rujuk pejabat agama
- 'Anak saya tenggelam timbul'
- Empat beradik lemas
- Ragut: Suami maut, isteri parah
- Bayi mati tersedak susu
- Saya masih Islam - Fadil
- Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota...
- Remaja diserang sawan lemas
- Krew Kapal Wanita Pertama ALAM Bersedia Redah Samu...
- Mati syahid besar ganjarannya
- Tingkatkan kepintaran si kecil
- Pasangan cacat pendengaran ke gerbang perkahwinan
- Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak ...
- Pian menyesal tak sudah
- Bah di Terengganu kian pulih
- 450 jemaah haji tiba di KLIA
- Juruterbang Muslim pertama
- Tak layak ajar agama
- Ombak besar ancam pantai
- Remaja 14 tahun ditahan miliki daun ketum
- Jika pasangan curang
- Hargai isteri anda
- Awas! Jika anda sering memukul anak
- Bertani bawa Ronirah ke London
- Lafaz talak perlu jelas
- Tarif air, elektrik dikaji
-
▼
December
(89)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri akan membina dua jambatan baru melibatkan peruntukan kira-kira RM400 juta pada tahun depan bagi mengelak kesesakan lalu lintas di Jambatan Sultan Mahmud.
:Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Yahya Khatib Mohamad berkata, jambatan akan dibina itu adalah yang menghubungkan Kampung Jeram Tokkong yang merentangi Sungai Nerus.
Menurutnya, sebuah lagi jambatan adalah menghubungkan Kampung Teluk Pasu-Pulau Sekati-Muzium di Losong yang merentangi Sungai Terengganu.
“Kerajaan memberi keutamaan untuk membina jambatan Teluk Pasuk-Pulau Sekati-Muzium bagi mengatasi kesesakan yang bertambah serius di Jambatan Sultan Mahmud sekarang,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini semalam.
Beliau berkata, kedua-dua jambatan sepanjang kira-kira satu setengah kilometer tersebut masing-masing berharga kira-kira RM200 juta dan kini proses pelantikan konsultan sedang dilakukan manakala kerja kenal pasti jajaran sedang dilakukan.
Katanya, jambatan tersebut yang sudah lama dirancang hanya membuat dua lorong, tetapi ia perlu diubahsuai kerana perlu diperlebarkan menjadi empat lorong bagi melancarkan perjalanan lalu lintas.
“Kerja pengambilan balik tanah untuk pembinaan jalan jambatan berkenaan masih lagi dalam proses menyebabkan ia tergendala,” katanya.
KUALA TERENGGANU - Jumlah pengeluaran saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga Oktober 2009 adalah berjumlah 30,309 saman dengan pelbagai kesalahan.
Pengarah JPJ negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, antara kesalahan yang mencatatkan jumlah paling tinggi sehingga Oktober 2009 adalah kesalahan lebihan muatan iaitu berjumlah 7,648 kesalahan.
“Ia diikuti dengan kesalahan pelesenan pemandu, tali pinggang keledar, Lesen Kereta Motor (LKM)/Road Tax, lalu-lintas, teknikal, cermin gelap, permit dan pemalsuan lesen.
“Jumlah kesalahan lampu hid sehingga September pula adalah tujuh kesalahan, sementara Oktober tahun ini, sebanyak 281 kenderaan telah disita,” katanya kepada media pada Majlis Pengarah JPJ Bersama Media di JPJ negeri Terengganu.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, JPJ di negeri ini sememangnya mengamalkan langkah keselamatan dengan mewajibkan pemeriksaan terperinci terhadap semua bas ekspres sebelum dibenarkan beroperasi.
“Semua bas ekspres akan diperiksa dari aspek keadaan tayar, brek dan juga pemandu bas bagi memastikan keadaan bas selamat sebelum memulakan operasi.
“Kami menekankan tiga perkara ini kerana melalui kajian dijalankan sebelum ini, kami dapati majoriti kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada ketiga-tiga perkara ini,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini, pihaknya masih tidak mengambil langkah keselamatan tambahan berkaitan aspek keselamatan berkenaan.
Abdul Rahman berkata sedemikian sebagai mengulas kemalangan maut bas dua tingkat Sani Express yang terbabas di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan.
Kemalangan menyebabkan 10 penumpang terbunuh dan dua yang lain cedera dengan seorang daripadanya parah, jam 1 pagi, 26 Disember lalu.
Merupakan kamera digital lensa boleh tukar, ia juga disifatkan antara kamera digital SLR termurah yang menawarkan video berdefinisi tinggi (HD Video). KAMERA digital SLR yang mengisi ruangan megapiksel minggu ini merupakan antara 25 gajet kembara terbaik bagi tahun 2009 oleh majalah Time. Melihat fotonya sahaja, sudah kelihatan impresif apatah lagi jika ia berada di dalam tangan anda. Kamera Pentax K-x keluaran Pentax Imaging Company, Hoya Corporation itu mempunyai rekaan dengan kemasan yang unik dan menarik perhatian. Merupakan kamera digital lensa boleh tukar, ia juga disifatkan antara kamera digital SLR termurah yang menawarkan video berdefinisi tinggi (HD Video). Berasaskan rekaan kamera Pentax K-m terdahulu, ia diperhebat dengan sensor imej CMOS terbaru dan enjin pengimejan berprestasi tinggi. Ia disifatkan kompak, ringan dan mesra pengguna. Tanpa sensor imej sebesar 23.6 x 15.8 milimeter, K-x boleh disifatkan sebagai salah satu daripada kamera digital SLR yang kompak dan ringan. Ia adalah disebabkan kombinasi kompak, berangka besi keluli dan metodologi pakej yang bersepadu tinggi. Mempunyai dimensi 122.5 x 91.5 x 67.5 milimeter, ia mempunyai berat kira-kira 515 gram (tanpa bateri dan memori kad). Gajet ini juga dilengkapi dengan paparan LCD 2.7 inci. K-x menawarkan prestasi fotografik yang bagus hampir menyamai paras model kamera berkelas lebih tinggi. Ini termasuklah resolusi 12.4 megapiksel dan rakaman berterusan dengan kelajuan tinggi. Mod rakaman berterusan berkelajuan tinggi pada kamera ini membolehkannya merakam sebanyak 17 imej (dalam format jpeg) pada kelajuan 4.7 imej sesaat. Ia sekali gus menjadi antara yang terpantas dalam kelas permulaan. Meskipun kelihatan seperti kegunaan profesional, namun K-x sebenarnya sebuah kamera yang amat ideal digunakan oleh pengguna baru kamera digital SLR. Ia didatangkan dengan 10 mod pemandangan dan mod auto-picture, selain dikategorikan dalam kelas permulaan. Disebabkan prestasinya yang mengagumkan, ia sesuai digunakan sebagai kamera sampingan bagi jurufoto profesional. K-x turut dilengkapi dengan ciri-ciri termaju termasuk fungsi Live View. Fungsi itu membolehkan pengguna melihat imej pada monitor LCD semasa melakukan rakaman. Ia juga boleh melakukan pengecaman 16 wajah. Selain itu, ia mempunyai mod cross process iaitu kamera akan secara automatik menukar parameter fotografik untuk menghasilkan gambar yang menarik. K-x turut menawarkan sensitiviti yang luas di antara ISO 200 dan ISO 6400. Tetapi ia juga membolehkan pengguna meluaskan sensitiviti antara ISO 100 dan ISO 12800 menerusi fungsi tertentu, sekali gus membolehkan pengguna bermain dengan kreativiti fotografi. Ringkasnya, menerusi kamera itu, seseorang pengguna baru kamera digital SLR boleh mempelajari ilmu fotografi dan matang seiring dengan kemahiran yang dimiliki. K-x boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah, hitam dan putih. Kit standard (dengan lensa DAL18-55 milimeter) dijual di pasaran pada harga RM2,988.Oleh ADHAM SHADAN
TAHUN 2009 meninggalkan kita dengan 1001 kisah yang sukar dilupakan. Bagaimanapun isu penularan wabak virus selesema babi (H1N1) menjadi berita paling hangat yang diperkatakan di seluruh negara. Selain itu, kes melibatkan kekejaman ah long atau ceti haram juga sering dipaparkan di media cetak mahu pun elektronik. Tidak ketinggalan, berita mengenai kezaliman majikan terhadap pembantu rumah turut menjadi perhatian masyarakat di samping kes culik yang semakin berleluasa. Apa yang pasti, semua kisah ini akan menjadi kenangan pahit bagi individu yang pernah melaluinya dan semoga kehadiran tahun baru akan membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan setiap insan. Wabak H1NI landa Malaysia SUKU pertama tahun 2009 mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai akibat penularan mendadak penyakit berkaitan virus selesema babi atau influenza A (H1N1) di Malaysia. Virus yang dikesan di Mexico pada bulan April lalu, terus merebak ke beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Sepanyol dan negara-negara di Asia. Malaysia menjadi negara ke-35 yang dikesan mempunyai jangkitan virus tersebut. Sehingga kini terdapat 12,284 kes berkaitan H1N1 dicatatkan dan ia membabitkan kematian seramai 77 orang. Jangkitan pertama dikesan pada 15 Mei lalu melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang belajar di Amerika Syarikat dan baru pulang bersama beberapa orang rakan dari negara tersebut. Sejak itu, kebanyakan hospital sama ada kerajaan mahupun swasta mula sesak berikutan orang ramai yang mahu mendapatkan pemeriksaan kesihatan berdasarkan simptom yang dialami seperti sesak nafas, demam panas, batuk dan sebagainya. Malah, banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa ditutup apabila terdapat pelajar yang disahkan di jangkiti virus berkenaan. Rentetan daripada itu, kerajaan bertindak pantas dengan memberi rawatan antiviral untuk pesakit yang berisiko. Selain itu, Kementerian Kesihatan mengambil langkah mengurung (kuarantin) individu yang disyaki telah berhubung dengan pesakit H1N1. Pada tarikh 22 Julai pula, seorang pelajar rakyat Indonesia di Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam di Kuala Lumpur menjadi korban pertama virus tersebut. Virus itu ternyata tidak mengenal mangsa. Selain rakyat biasa, kerabat diraja Pahang turut melalui pengalaman pahit apabila terpaksa dikuarantin selama 12 hari akibat jangkitan H1N1. Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, serta pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, dirawat di Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum dibenarkan keluar pada 18 Ogos iaitu empat hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan. Berikutan wabak itu juga, pihak istana di seluruh negara membuat keputusan untuk tidak mengadakan Istana Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan jangkitan penyakit tersebut. Kekejaman ah long Pada 28 Februari, seorang lelaki yang meminjam wang RM150,000 daripada sekumpulan ah long tidak menyangka akan diseksa dan dikurung selama 23 jam dalam sebuah hotel di Pandan Perdana, Ampang. Mangsa amat terkejut apabila kumpulan ah long itu meminta baki hutang termasuk bunga yang perlu dilangsaikan berjumlah RM200,000. Pada 27 Mei pula, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam 'lokap' buatan ah long gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman mereka. Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja. Dalam pada itu, pada 12 Julai, pihak polis berjaya menahan empat ketua ah long termasuk seorang yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes membabitkan kegiatan ceti haram itu yang mempunyai rangkaian di dalam dan luar negara. Kes culik dan kehilangan PADA 10 April lalu, seorang budak lelaki berusia tujuh tahun telah diculik di depan rumah banglo dua tingkat milik keluarganya di Petaling Jaya oleh empat lelaki. Bagaimanapun, kanak-kanak itu telah dihantar pulang ke rumahnya empat hari kemudian tanpa sebarang kecederaan selepas keluarganya membayar wang tebusan sebanyak RM1 juta. Ekoran itu, R. Paremsvaran, 26, beralamat di Taman Hijau, Rawang telah ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam, 24 April lalu. Pada 17 November pula, kerana terlalu percayakan pembantu rumah, seorang tukang masak warga Myanmar, Aung Soe atau Abu Hussin, 38, kehilangan satu-satu anak mereka, Siti Nurdiana, 2. Siti Nurdiana dilarikan oleh Suparmi, 50, yang baru dua bulan bekerja dengan Aung Soe di Apartment Brunsfields Riverview, Seksyen 13, Shah Alam. Dera pembantu rumah PADA 23 Mei, seorang amah yang dikenali sebagai Kartini, 20, ditemui mati dengan 90 peratus kesan lebam dipercayai didera oleh majikan di Seksyen 17/26, Petaling Jaya. Sementara itu, pada 9 Jun lalu, seorang amah nekad melarikan diri dari rumah majikannya di Jalan Kiara, Mont Kiara selepas tidak tahan menanggung penderitaan menjadi mangsa dera selama 34 bulan. Mangsa, Siti Hajar , 33, meninggalkan rumah tersebut pada pukul 1 pagi dalam keadaan sehelai sepinggang sebelum menaiki teksi ke pejabat Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Satu lagi peristiwa menyayat hati berlaku kepada Mantik Hani, 36, yang ditemui terkunci di dalam salah sebuah tandas di rumah Mangsa yang disyaki didera majikannya di Taman Sentosa, Klang bagaimanapun meninggal dunia selepas lima hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
majikannya di Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang pada 20 Oktober lalu. Ketika ditemui, Mantik separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dicukur hampir botak.
Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya semalam menjelaskan, gerhana yang jelas dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi. Serentak dengan itu, Jakim menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan bersempena dengan kejadian itu. Jakim juga menjemput orang ramai menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara. "Program anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,'' kata Jakim.PUTRAJAYA - Hanya sejam selepas orang ramai menyambut ketibaan tahun baru tengah malam esok, satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.
KIYAI Haji Abdurrahman Wahid yang mesra disapa Gus Dur telah meninggalkan Indonesia dengan segala sejarahnya. Beliau terkenal sebagai salah seorang tokoh nasional yang banyak mewarnai perjalanan bangsa Indonesia pelbagai kaum. Bukan saja Gus Dur membawa idea luar biasa tapi tokoh agama ini juga pernah menimbulkan kontroversi ketika beliau bergelar Presiden apabila ideanya membuka hubungan diplomatik dengan Israel. Hal ini menjadi salah satu gagasan yang membuat beliau dikritik hebat oleh sekelompok pertubuhan Islam di Indonesia. Cucu ulama besar KH Hasyim Asy'ari ini juga pernah disifatkan sebagai 'wali' dan dilantik menjadi Ketua Nahdlatul Ulama dan menubuhkan Parti Kebangkitan Bangsa atau PKB pada era reformasi. Kini telah pulang ke rahmatullah tokoh politik yang disayangi jutaan rakyat Indonesia. Gus Dur meninggal dunia pada Rabu (30/12/2009) sekitar pukul 6.45 petang (waktu Jakarta), 7.45 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) setelah sempat dirawat beberapa hari di sana dan menjalani cuci darah. Gus Dur meninggalkan seorang isteri, Shinta Nuriyah, dan empat orang anak iaitu Alissa Qotrunnada Munawaroh, Zanuba Arifah, Anita Hayatunnufus, dan Inayah. Sejarah insan bernama Gus Dur bermula di tempat kelahirannya di Jombang, Jawa Timur, pada 4 Ogos 1940. Beliau mendapat pendidikan awal di Jakarta tahun 1953 dan melanjutkan pelajaran ke SMEP di Yogyakarta tahun 1956. Sejurus selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Pesantren Tambakberas Jombang pada tahun 1963. Gus Dur juga mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar, Cairo dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab dan seterusnya di Fakulti Sastera, Universiti Baghdad, Iraq, pada tahun 1970 tetapi tidak sempat menamatkan pengajiannya. Karier pertamanya adalah sebagai guru dan kemudiannya sebagai pensyarah selama bertahun-tahun lamanya. Bermula dari Guru Madrasah Mu'allimat, Jombang (1959 - 1963) hinggalah ke pensyarah di Universiti Hasyim Asyhari, Jombang (1972-1974), dan Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Hasyim Asyhari, Jombang (1972-1974). Gus Dur juga aktif di pesantren sebagai sekretari Pesantren Tebuireng, Jombang (1974-1979) dan menjadi konsultan di pelbagai lembaga dan unit pemerintahan pada tahun 1976. Negarawan yang penyayang ini kemudiannya meneruskan karier sebagai pengasuh Pondok Pesantren Ciganjur, Jakarta, sejak 1976 hingga sekarang. Di organisasi Nahdlatul Ulama, Gus Dur menjadi anggota Syuriah Nahdlatul Ulama dari 1979 ke 1984. Arwah juga dilantik sebagai Ketua Tanfidziyah Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) untuk tiga penggal - (1984-1989), (1989-1994) dan (1994-1999). Di arena politik pula, Gus Dur pernah menduduki lembaga legislatif dan eksekutif dan turut menjadi anggota MPR selama dua penggal - 1987-1992 dan 1999-2004. Gus Dur yang mempunyai penampilan sederhana ini mencatat karier politik tertingginya sebagai Presiden Republik Indonesia (RI) selama 2 tahun pada 1999-2001. Walaupun dikenali sebagai tokoh yang menitikberatkan soal agama, pada masa yang sama tindak-tanduk Gus Dur sering mengundang kontroversi. Antaranya apabila beliau menjadi anggota Dewan Pendiri Shimon Peres Peace Center, Tel Aviv, Israel. Malah Gus Dur pernah menjadi Wakil Ketua Kelompok Tiga Agama, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, yang dibentuk di Universiti Al Kala, Sepanyol, serta Pendiri Forum 2000 (organisisasi yang mementingkan hubungan antara agama). Meskipun mengalami kelemahan dari segi kemampuan melihat, Gus Dur masih suka membaca buku hingga ke akhir hayatnya. Beliau juga produktif menulis artikel dan buku. Gus Dur juga merupakan pengajar Pesantren dan Dekan Universitas Hasyim Ashari Fakultas Ushuludin (sebuah cabang teologi bersangkutan hukum dan philosofi); Ketua Balai Seni Jakarta (1983-1985); Ketua Pesantren Ciganjur (1984-sekarang); Ketua Umum Nahdatul Ulama (1984-1999); Ketua Forum Demokrasi (1990); Ketua Persidangan Agama dan Perdamaian Sedunia, Itali (1994); Anggota MPR (1999); dan Presiden Republik Indonesia (20 Oktober 1999-24 Julai 2001). Sementara penghargaan yang pernah diperolehnya termasuk: Penghargaan Dakwah Islam dari pemerintah Mesir (1991); Penghargaan Magsaysay dari Pemerintah Filipina atas usahanya mengembangkan hubungan antara agama di Indonesia (1993); Bersama dengan Gadis Arivia dianugerahi Tasrif Award sebagai Pejuang Kebebasan Wartawan yang diberikan oleh Aliansi Jurnalis Independen (AJI, 2006). Gus Dur juga banyak memperoleh gelaran Doktor Kehormat (Doktor Honoris Causa) dari berbagai lembaga pendidikan. Antaranya ialah Doktor Kehormat bidang Kemanusiaan dari Universiti Netanya, Israel (2003); Doktor Kehormat bidang Hukum dari Universiti Konkuk, Seoul, Korea Selatan (2003); Doktor Kehormat dari Universiti Sun Moon, Seoul, Korea Selatan (2003); Doktor Kehormat dari Universiti Soka Gakkai, Tokyo, Japan (2002); Doktor Kehormat bidang Falsafah Hukum dari Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand (2000). Gus Dur turut diberi pengiktirafan Doktor Kehormat dari Asian Institute of Technology, Bangkok, Thailand (2000); Doktor Kehormat bidang Ilmu Hukum dan Politik, Ilmu Ekonomi dan Pengurusan dan Ilmu Kemanusiaan dari Universiti Pantheon Sorbonne, Paris, Perancis (2000); Doktor Kehormat dari Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand (2000); Doktor Kehormat dari Universiti Twente, Belanda (2000); dan Doktor Kehormat dari Universiti Jawaharlal Nehru, India (2000). Gus Dur juga mendapat penghargaan dari Simon Wiethemtal Center Amerika Syarikat (2008), penghargaan dan kehormatan dari Universiti Temple, Philadelphia, Amerika Syarikat, yang menggunakan namanya untuk penghargaan terhadap pembelajaran dan pengkajian kerukunan antara umat beragama, yang diberi nama "Abdurrahman Wahid Chair of Islamic Study (2008)". GUS DUR TIDAK MAHU KAWALAN KETAT Para pemimpin Indonesia, biasanya mendapatkan pengawalan ketat jika ingin bepergian ke manapun. Namun ini tak berlaku kepada mantan Presiden keempat RI ini. Menurut orang terdekat Gus Dur, Hermawi Taslim, Gus Dur tak pernah menggunakan khidmat pengawal pengiring jika pergi kemana-mana. Para pejabat negara, apalagi mantan Presiden, biasa akan diiringi beberapa kereta pengiring atau pun motor pengawal dari pihak polis. "Gus Dur, akan dikenang sebagai tokoh yang sederhana. Beliau sangat sederhana. Makan seadanya. Tidak pernah mau dikawal ketat. Tidak pernah mau melalui jalan VIP. Agak susah mendapatkan tokoh seperti Gus Dur," kata Hermawi , seperti yang dilaporkan oleh laman kompas.com. Sejak meninggalkan kerusi presiden, Gus Dur ada tiga orang pengawal pribadi. Akan tetapi, hubungannya dengan para pengawal tidak ubah seperti seorang teman. "Gus Dur itu sering bercakap seperti teman dengan para pengawalnya atau pekerjanya. Percakapannya selalu berkisar soal memelihara itik, ikan dan lain-lain. Beliau sangat low profile," jelas Hermawi. GUS DUR SEPATUTNYA MENDAPAT PENGHARGAAN KEMANUSIAAN JAN 2010 Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Sebuah penghargaan kemanusiaan seharusnya akan diterima Gus Dur pada bulan Januari 2010. Akan tetapi, sebelum penghargaan diterima, Gus Dur sudah lebih dulu menghadap illahi. Penghargaan tersebut mengikut perancangan akan diserahkan di Vermont, Amerika Syarikat, seperti yang diberitahu Hermawi Taslim. "Rencananya, Gus Dur akan berangkat ke Vemont, Amerika Syarikat untuk menerima penghargaan kemanusiaan," kata Hermawi. Namun, Hermawi tak ingat institusi apa yang akan memberikan penghargaan tersebut. Kata Hermawi, penghargaan tersebut diberikan kepada Gus Dur atas sumbangan besarnya sebagai tokoh anti-diskriminasi dan tokoh Islam yang sederhana. Selama menjadi Presiden, Gus Dur dikenali sebagai pembela kaum minoriti. Salah satu jasa beliau yang menjadikan beliau disayangi masyarakat Cina di Indonesia apabila memberikan kebebasan pada masyarakat Cina dan menjadikan Hari Raya Imlek (bagi kaum Cina) sebagai hari cuti nasional. TIGA PRINSIP GUS DUR Hermawi terkenang tiga prinsip hidup Gus Dur yang selalu disampaikan kepada orang-orang terdekatnya. Pertama, kata Hermawi, Gus Dur akan selalu berpihak pada yang lemah. Kedua, arwah anti-diskriminasi dalam bentuk apa pun, dan ketiga, tidak pernah membenci orang, sekalipun disakiti. "Itu nilai-nilai yang selalu dia sampaikan kepada kami dan menjadi prinsip hidupnya," kata Hermawi, yang bersama dengan Gus Dur selama 10 tahun terakhirnya. Menurut Hermawi, Gus Dur juga tidak pernah marah lebih dari tiga hari kepada siapa pun. "Meskipun orang jahat dan menyakiti beliau, marahnya tidak pernah lebih dari tiga hari. Hari keempat pasti sudah baik. Hati beliau bersih, walau kadang kala, ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikannya," ujar Hermawi. SATU JUTA LILIN DINYALAKAN Saat berita pemergiaan Gus Dur tersebar, warga Surabaya yang terdiri dari golongan masyarakat pelbagai agama di Surabaya menyalakan satu juta lilin untuk memberi penghormatan terakhir kepada mantan Presiden RI yang juga dikenal sebagai guru bangsa tersebut. Sekitar 100 orang dari anak-anak hinggalah ke orang dewasa mengikuti kegiatan yang dilakukan secara spontan di depan Gedung Negara Grahadi, malam semalam, bermula dari pukul sembilan malam. Antara mereka yang hadir dalam kegiatan ini termasuk tokoh-tokoh masyarakat, antaranya Kuswiyanto dan Suli Daim, anggota DPRD Jatim. Satu juta lilin dinyalakan, sementara ada di kalangan peserta membaca tahlil. Senarionya amat harmoni sekali bila ada yang menyanyikan lagu Indonesia Raya. Selepas itu, secara bergantian perwakilan setiap agama menzahirkan ucapan takziah dan belasungkawa. Ternyata, pemergian Gus Dur meninggalkan duka dan impak yang mendalam pada seluruh masyarakat Indonesia. Menurut salah seorang peserta dari organisasi masyarakat Lintas Merah Generasi, Toga Sidauruk, Gus Dur merupakan guru bangsa yang menjadi simbol kebanggaan bagi seluruh generasi. "Kami kehilangan Gus Dur, tapi kami akan meneruskan perjuangan dan cita-citanya," kata Toga. Dan satu pesanan Gus Dur sebelum ajal menjemputnya, arwah merindukan Bangsa Indonesia bersatu, damai, dan sejahtera. Di tengah situasi politik yang kacau bilau seperti sekarang, pesanan Gus Dur itu sangat relevan. "Melalui satu juta lilin ini seperti satu simbol yang satu juta orang bersedia untuk mewujudkan harapan Gus Dur," kata Toga. Gerakan memperbaiki perhubungan antara agama yang dianuti pelbagai kaum dirintis Gus Dur sejak lama dan merupakan teras perjuangannya selama ini. Apa saja yang dilakukan, sama sekali tak mengikis niat dan usaha Gus Dur untuk mewujudkan keadilan, kesetaraan, dan keragaman antara agama. Meskipun kini Gus Dur telah tiada, segenap idea dan cita-citanya akan tetap dikenang.Rakyat Indonesia akan terasa kehilangan pahlawan demokrasi dan pejuang kaum minoriti ini. Selama hayatnya, Indonesia cukup beruntung memiliki seorang tokoh agama dan politik seperti Gus Dur!
KOTA BHARU: Tiga sahabat karib dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin tiga tahun lalu.
Mohd Zulkifli Musa, 34, Kamaruzaman Ibrahim, 44, dan Abdullah Mat Daud, 29, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Azman Husin yang berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan itu tanpa sebarang keraguan.
"Kesalahan yang dilakukan kamu bertiga amat berat dan mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman ini dan kamu boleh membuat rayuan," kata Mohd Azman.
Ketiga-tiganya ditahan pada 4.15 petang 11 April 2006 di Hoi Key Restoran, Jalan Toh Hakim di sini, kerana cuba mengedar heroin seberat 23.46 gram.
Mohd Zulkifli dan Kamaruzaman, kedua-duanya buruh berasal dari Rantau Panjang, manakala Abdullah dari Tanah Merah adalah pemandu lori kelapa sawit.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob manakala Peguam Tara Singh Dilip mewakili Mohd Zulkifli, Wan Abdullah Thani Wan Yusof mewakili Kamaruzaman dan Rozihan Othman mewakili Abdullah. - BERNAMA
IPOH - Pemandu bas Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, didakwa di Mahkamah Khas Trafik di sini semalam atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam kemalangan ngeri di sini Sabtu lalu. Mohd. Kamil, 38, dari Yan, Kedah yang lengkap berpakaian uniform pemandu syarikat bas syarikat tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu. Dia didakwa memandu secara melulu atau dengan kelajuan sehingga menyebabkan kematian Shaharin Mohd. Nor, 61, isterinya, Supiah Adam, 46, Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, Mohd. Bilal Osman, 22, dan Noor Jasmi Noordin, 25. Turut terbunuh dua adik beradik iaitu Ng Kah Kit, 14, dan kakaknya, Ng Poh Ngoh, 23, serta Sharifah Hasanah Al-Junid Syed Garun , 15, dan kakaknya, Sharifah Raheel, 21, dan Musa atau Ismail Abdullah.Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
Ada yang menyamakan kerjaya seorang juruterbang dengan pemandu bas atau lori. Namun, pemandu tersebut tidak berhadapan dengan pengemudian sebuah pengangkutan bernilai berjuta-juta ringgit dan memerlukan kefahaman teknikal yang tinggi. DARI kanak-kanak hingga ke alam remaja, kita selalu ditebak dengan soalan 'hendak jadi apa bila dewasa?'. Guru-guru di sekolah pun kerap mengedarkan borang untuk diisi oleh anak-anak murid mengenai tiga cita-cita yang subur dalam diri mereka. Ramai yang mengidam untuk menjadi seorang doktor, jurutera, arkitek, guru, pensyarah, peguam, wartawan dan sebagainya. Sejujurnya, selain kelayakan akademik, ada sesetengah kerjaya itu memerlukan kewibawaan dan keyakinan yang tinggi. Dalam erti kata sebenar, ia merangkumi jenis pekerjaan yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang di luar jangkauan. Bergelar juruterbang muda sejak pertengahan tahun lalu, Syamim Shahabuddin, 25, terpaksa mengharung liku-liku hidup yang mencabar semasa dan selepas menjalani sesi pembelajaran dan latihan penerbangan. Namun, pengorbanannya diraikan dengan balasan yang setimpal apabila Syamim berpeluang menikmati salah satu kelebihan yang jarang dinikmati dalam kerjaya lain. Pada setiap hari, pemandangan di sekeliling 'pejabat bergerak' Syamim sentiasa bertukar wajah mengikut lokasi yang dituju. Sudah tentu, kelebihan itu akan membuatkan seseorang berasa seronok dan tidak lagi muak berada sepanjang hari di pejabat. "Memang betul pun. Saya seronok setiap kali menerbangkan sebuah pesawat terutama semasa mendarat di lapangan terbang di Bali yang berdekatan dengan pantai Kuta. "Walaupun sudah lebih 10 kali terbang ke situ, setiap penerbangan ke Bali meninggalkan pengalaman yang menarik, bersulamkan pemandangan bumi yang menghijau dan laut membiru," ujarnya dalam keterujaan. Apa yang dialaminya tidak mungkin dapat dirasai sekiranya dia duduk di kabin bersama penumpang lain. Memandangkan Syamim suka melancong dan kagum melihat salah seorang anggota keluarganya berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dia secara automatik mahu menjadi seorang juruterbang bertauliah apabila dewasa nanti. Sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), percubaan kali pertama Syamim memohon mendapatkan lesen penerbangan berakhir dengan kehampaan. Bagaimanapun, setelah dia mengikuti kursus diploma dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selama tiga tahun, tanpa diduga Syamim dihubungi oleh pihak AirAsia. Dia diminta menghadirkan diri untuk sesi temuduga bagi menentukan kelayakan menerima tawaran biasiswa dalam kursus penerbangan. "Peringkat temu duga ini merangkumi tiga tahap penting di mana setiap satu menguji aspek konsentrasi dan kemampuan yang berlainan," jelas Syamim yang menduduki ujian penulisan, ujian lisan dan ujian psikomotor. Dalam ujian penulisan, dia diuji menerusi subjek Matematik, Fizik, Bahasa Inggeris dan IQ. Seterusnya dalam ujian lisan pula, Syamim dikehendaki menjawab beberapa soalan yang menguji tahap keyakinan dalam mengawal tekanan yang dihadapi. "Ujian psikomotor bertujuan melihat koordinasi antara mata dan pergerakan tangan secara serentak," ujarnya. Syamim berjaya mempamerkan karakter dan sifat yang baik sekali gus lulus untuk menyertai Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Melaka pada hujung tahun 2005. Sekalipun kursus permohonan Lesen Juruterbang Komersial dengan Rating Instrumen (CPL/IR) termaktub untuk tempoh 18 bulan, proses itu rata-ratanya bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Latihannya terbahagi kepada dua kategori iaitu teori (darat) dan praktikal (udara). Seorang juruterbang kadet dikehendaki menamatkan 200 jam penerbangan termasuk 165 jam menaiki pesawat berenjin satu manakala 35 jam diperuntukkan bagi pesawat berenjin dua. Syamim menjalani latihan penerbangan solo dan berpasangan dengan menggunakan pesawat Piper Warrior dan Piper Seneca. "Mula-mula memang gementar tetapi lama-kelamaan teringin nak terbang seorang," selorohnya yang bersyukur kerana tidak berdepan dengan sebarang masalah teknikal atau kemalangan. Dalam pada itu, MFA menyediakan 860 jam kuliah atau kelas teori yang berasaskan kepada subjek teknikal DCA dan Badan Berkuasa Penerbangan Awam UK (UKCAA). Pada penghujung setiap bulan, Syamim menduduki peperiksaan di Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Putrajaya dan diwajibkan lulus 75 peratus. "Peperiksaan ini memang susah tetapi seboleh-bolehnya saya berusaha untuk lulus dengan cemerlang memandangkan kos untuk menduduki setiap subjek tersebut mahal dalam mata wang asing," ujar Syamim yang menerima biasiswa berjumlah hampir RM250,000. Sejurus selepas menyempurnakan CPL/IR, Syamim kemudian mengikuti sesi latihan simulasi di Akademi AirAsia, Sepang. Kira-kira dua bulan atau selama 40 jam, dia didedahkan dengan latihan-latihan kecemasan di atas pesawat Airbus A320. Pada Jun 2008, Syamim buat pertama kali dihantar ke terminal penerbangan tambang murah LCCT, Sepang. Begitupun, dia diletakkan di bawah pemantauan seorang jurulatih bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Tempoh masa yang diambil sebelum 'dilepaskan' bergantung kepada budi bicara jurulatih. Dalam kes Syamim, dia bertuah kerana jurulatihnya meluluskan kedudukannya setelah berasa puas dengan persembahan dan kewibawaan yang ditunjukkan dalam tempoh masa sebulan sahaja. "Kalau ditanya apakah memori yang paling indah dalam hidup saya sebagai seorang juruterbang, pasti ia saat sebaik 'dilepaskan' secara rasmi. "Satu lagi memori indah adalah ketika ayah saya menelefon sejurus selepas menyaksikan pendaratan saya di hujung landasan di lapangan terbang Langkawi," ujarnya. Bagi Norashikin Onn, 40-an, idamannya adalah menerbangkan pesawat. Itupun khususnya bersama syarikat penerbangan AirAsia yang sudi menerimanya tanpa diskriminasi jantina pada tahun 2005. Sebagai Kapten Wanita Pertama AirAsia mulai tahun 2009, Shikin yang mengikuti kelas penerbangan di Florida, Amerika Syarikat (AS), memandang tinggi pada kemampuan wanita pertama yang pernah menerbangkan pesawat menyeberangi Lautan Atlantik, Amelia Earhart pada tahun 1928. "Bagi saya, seorang juruterbang memerlukan kefahaman dan kearifan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi. Dalam masa-masa getir, dia perlu bertindak dengan tenang, tidak panik dan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya yang pernah berhadapan dengan cuaca buruk dalam perjalanan pulang dari China ke Malaysia. Sebelum berkhidmat di AirAsia, Shikin menyertai Pelangi Air pada tahun 1996. Empat tahun kemudian, dia dinaikkan pangkat menjadi kapten. Selepas lapan tahun bersama syarikat tersebut, Shikin mengundurkan diri buat seketika untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan Teknologi Maklumat. Sebelum itu, dia menerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan dan Pengurusan di AS. Wanita cekal itu juga menubuhkan 4B Kelab Penerbangan Belia pada tahun 1993 yang masih beroperasi di Melaka. "Saya tidak pernah merancang untuk bersara dari bidang ini kecuali kesihatan saya tidak mengizinkan," katanya. "Sebelum bersara, saya mahu menerbangkan pesawat ke New York dan berjumpa semula dengan kawan-kawan lama. Lagipun, saya gemar mendarat dan berlepas dari lapangan terbang sibuk seperti di Chicago,"tambah Shikin yang kini dalam peringkat mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang pengurusan Teknologi Maklumat. Namun, jangan sangka bahawa kehidupannya hanya tertakluk kepada kerjaya tanpa masa untuk berehat. Selepas 28 hari bekerja selama 100 jam, Shikin dan Syamim diberi waktu rehat yang cukup sebelum kembali bekerja. Mereka juga ditawarkan tiket dan baucar penerbangan menarik dalam setahun. "Saya masih ada banyak masa untuk melakukan aktiviti riadah seperti selam skuba, mendaki gunung dan bermain piano," kata Shikin sambil menutup tirai perbicaraan kami pada petang itu.Oleh SUBASHINI RAJANDRA