MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya atau masih tidak puas hati mengenai ke mana wang zakat diagih-agihkan. Lebih-lebih lagi, selepas pengurusan kutipan zakat di kebanyakan negeri di negara ini berwajah korporat. Hampir setiap tahun sejak kaedah korporat itu mula diperkenalkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan pada tahun 1991 dan diikuti oleh beberapa negeri lain, nilai kutipan telah menjangkau sehingga berbilion ringgit. Pengerusi Koperasi Masjid Zon Satu Kuala Lumpur Berhad, Mohd. Nazri Abdullah memberikan sedikit jawapan. "Saya sendiri tidak menyangka bahawa ada antara duit-duit zakat yang berjaya dikutip itu, sebanyak RM200,000 daripadanya telah saya terima hari ini. "Ia bagi membantu sebuah syarikat koperasi kami membuka pusat rawatan mencuci darah atau hemodialisis yang bakal dikenali sebagai Pusat Hemodialisis Al Mizan tidak lama lagi," katanya. Koperasi Masjid Zon Satu Kuala Lumpur Berhad (melibatkan sembilan masjid dan 57 surau) bercadang membuka pusat rawatan ini bagi memenuhi keperluan para ahli atau lebih tepat lagi para pesakit buah pinggang berdekatan dengan pusat itu. Ini bagi memudahkan mereka menjalani rawatan mencuci darah tanpa perlu ke tempat yang lebih jauh. Pusat rawatan tersebut akan beroperasi di Kompleks Masjid Imam al Ghazali, Bandar Manjalara Kepong dan dijangka mula menawarkan perkhidmatannya pada Mac 2010. "Segala kos perbelanjaan membina pusat yang mengandungi 21 mesin hemodialisis bagi menampung rawatan seramai 80 pesakit pada satu-satu masa itu dianggarkan sebanyak RM2.5 juta. "Maka dengan pemberian sebanyak RM200,000 dari Baitulmal Wilayah iaitu sebahagian daripada duit zakat yang berjaya diperoleh oleh PPZ MAIWP telah memberikan suntikan semangat yang sangat besar kepada kami. "Ini terutamanya untuk menampung kos pengubahsuaian yang kontraktornya dilantik sendiri oleh MAIWP," katanya. Justeru kata Nazri, wang kutipan zakat tersebut benar-benar kembali untuk membantu umat Islam terutama dari aspek rawatan dan kesihatan umat itu sendiri. Katanya, kekurangan pusat rawatan seperti ini yang dikendalikan oleh umat Islam menyebabkan ada pesakit kita akan meminta bantuan dan menjalani rawatan daripada pengendali bukan Islam. "Walaupun tindakan itu sebenarnya tidak salah malah ada kala mereka menawarkan pada kos yang murah, namun ia bukannya alasan bagi kalangan umat Islam itu untuk tidak mengambil tanggungjawab untuk membantu saudara mereka sendiri. "Malah untuk niat semurni ini, tuhan permudahkan urusan malah pihak kami tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat permohonan bantuan untuk menampung kos pengubahsuaian itu," katanya. Sementara itu, Pengerusi Asrama Darul Falah (ASDAF), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur, Yaakob Lazim berkata, beliau amat bersyukur kerana menerima bantuan RM300,000 dari Baitulmal MAIWP. "Saya tidak segan untuk mengatakan, jika tidak mendapat bantuan daripada agihan zakat ini, ASDAF mungkin akan ditutup," katanya. Beliau berkata, ASDAF satu-satunya institusi di negara ini yang sejak 15 tahun ditubuhkan bagi membela nasib anak-anak Orang Asli. Lebih tepat lagi ia berjihad untuk mempertahankan syahadah dan iman mereka terhadap Islam. Menurut Yaakob, setiap tahun mereka memerlukan sekurang-kurangnya setengah juta (RM620,00 pada tahun 2008) bagi membiayai 55 anak-anak Orang Asli. Ia termasuk urusan persekolahan mereka dari tahun satu sehinggalah tamat peringkat sekolah menengah di tingkatan lima. "Di sini, anak-anak Orang Asli walaupun dilahirkan Islam namun pegangan mereka tidaklah begitu kuat kerana mempunyai latar belakang keluarga yang kurang memuaskan, ibu bapa bercerai, kematian ibu bapa, hilang tempat bergantung dan di samping ibu bapa dan keluarga yang kurang penghayatan terhadap Islam. "Maka di sini, kita pertahankan Islam mereka di samping memastikan mereka adalah anak-anak yang juga berjaya dalam pendidikan dan untuk semua itu, kita perlu tanggung sendiri tanpa mendapat bantuan yang rasmi daripada mana-mana pihak. "Jadi mujur ada Baitulmal MAIWP dan saya bagi pihak ASDAF amat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan ini bagi membolehkan agenda untuk membela anak-anak Orang Asli dapat diteruskan," katanya. Kedua-dua mereka ditemui di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan 2009 anjuran PPZ dan Baitulmal MAIWP di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Penjenamaan semula Pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Jamil Khir Baharom menerima penyerahan zakat perniagaan dari 14 syarikat sebanyak RM2,566,559.73 bagi pihak PPZ dan Baitulmal MAIWP. Beliau kemudiannya mengagihkan RM522,490,00 kepada enam penerima bantuan zakat untuk pelbagai kategori. Dalam majlis ini juga PPZ melancarkan penjenamaan semula skim potongan gaji zakat bulanannya dengan nama baru yang dipanggil Skim Thohir. Sebelum ini skim itu dikenali sebagai skim potongan gaji dan telah bermula sejak 16 tahun PPZ beroperasi untuk umat Islam di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Berkuatkuasa mulai Januari awal tahun ini, para majikan boleh meremitkan potongan zakat daripada membayar cukai (LHDN). Penyelarasan terus hendaklah dibuat dengan mengambil kira amaun zakat dan mengurangkan dari PCB sesuatu bulan. Borang kebenaran potongan gaji zakat (PPZ 052) boleh diperoleh daripada pihak PPZ . Pihak majikan hanya perlu menghantar dokumen-dokumen berikut kepada PPZ setiap bulan, iaitu: lBorang kebenaran potongan gaji zakat 'salinan PPZ' bagi pembayaran kali pertama sahaja. lSenarai nama pembayar, no. kad pengenalan lama dan baru, jumlah potongan bulanan dan bulan potongan. lCek pembayaran atas nama Pusat Pungutan Zakat Bayaran hendaklah dihantar sebelum atau pada 10 hari bulan setiap bulan. Proses pembayaran zakat melalui potongan gaji zakat ini boleh juga dibuat melalui pertukaran disket di antara PPZ dengan majikan. Antara kemudahan yang disediakan oleh PPZ bagi pembayaran zakat mereka ialah melalui pejabat pos, kaunter bank, perbankan melalui telefon (phone banking), mesin ATM, perbankan Internet (Internet banking), arahan tetap, kad kredit, perbankan sistem pesanan khidmat ringkas (SMS banking), Biro Angkasa, firma audit yang dilantik dan sebagainya. Adalah diharapkan semua kemudahan yang disediakan dapat membantu orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi membantu mereka yang memerlukan.Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-