"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar." Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu. Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh. Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada. Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. "Masih sukar untuk dilupakan. Setiap kali mahu lelapkan mata, pasti terbayang-bayang wajah orang-orang yang saya sayangi itu menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan," luah Siti Mariam Ismail, 19, orang pertama menemui empat mayat ahli keluarganya itu sekembalinya dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang. Menurut Mariam, kebiasaannya Ismail akan menjemputnya dengan motosikal di jalan besar. Namun, pada hari kejadian, kelibat bapanya tidak kelihatan dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah. "Sampai saja di rumah, saya panggil kakak, tapi dia tak jawab. Pelik juga sebab biasanya dia akan sambut saya pulang. Bila saya buka pintu, saya nampak kakak terbaring di lantai dengan pisau terpacak di dadanya. "Saya berlari ke rumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan. Malangnya, di sana saya menemui pula datuk, nenek dan ayah terbujur kaku di lantai rumah," katanya yang masih trauma dan murung akibat kejadian itu. Kasih ibu Bagi Zaharah Atan, 59, peristiwa itu adalah tragedi paling besar dalam hidupnya. Beliau yang kematian suami, ibu, bapa serta anak perempuan turut diuji apabila suspek utama, Rashidi juga merupakan anaknya. "Semasa kejadian, saya keluar bekerja di kilang ayam tidak jauh dari sini. Lebih kurang pukul 4.50 petang, ada jiran datang ke kilang dan menjemput saya pulang. "Bila saya tanya kenapa, dia kata sabarlah. Bila sampai di rumah, saya nampak orang ramai dan kereta polis. "Saya ingat ada pokok tumbang menghempap rumah. Disebabkan saya tak dibenarkan masuk ke rumah, saya duduklah di kebun getah," cerita beliau. Apabila Mariam datang, Zaharah bertanya kenapa tetapi Mariam hanya menggelengkan kepala. Mariam pula menjawab 'ada' bila ditanya di mana kakaknya, Siti Khadijah. Zaharah bertanya lagi, balik sekolah tadi naik apa? Mariam hanya kata jalan kaki dan tidak tahu kenapa bapanya tidak datang menjemput seperti biasa. "Saya mula rasa sesuatu yang buruk telah berlaku. Setengah jam selepas itu, baru saya dapat tahu, suami, anak, ibu dan bapanya mati dibunuh," beritahu Zaharah kepada Jurnal. Pada awalnya, Zaharah tidak percaya apabila Rashidi dikaitkan sebagai suspek utama sementelah dia disifatkan sebagai anak yang baik. "Dia anak saya yang terbaik dalam pelajaran. Tak pernah dia tinggi suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Dengan adik-beradik pun dia tak macam itu," kata Zaharah. Digambarkan sebagai anak yang soleh, Rashidi yang juga bekas pegawai bank itu sentiasa tersenyum. Tidak pernah menyusahkan ibu bapa, Rashidi yang mendapat pendidikan sekolah agama juga amat disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya. "Kalau diikutkan perangai Rashidi yang saya kenal, dia bukan panas baran orangnya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang mendorong dia buat begitu. "Begitupun, saya reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau ditakdirkan anak saya itu bersalah dan dihukum gantung, saya terima. "Kalau dia disahkan sakit jiwa pun, saya masih terima dia sebagai anak. "Saya memang marah dan terkilan, tapi itu tidak akan buang perasaan sayang saya pada dia," tuturnya yang sempat mencium pipi Rashidi semasa anaknya itu dibawa ke lokasi pembunuhan. Bukan kes pertama Menyelusuri misteri di sebalik kejadian ini, belum ada petunjuk kukuh yang dapat merungkainya. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada tekanan, sakit jiwa dan tidak kurang yang mengaitkannya dengan ilmu hitam. Apa pun, kejadian yang menimpa keluarga Zaharah bukan kes pembunuhan beramai-ramai sebuah keluarga yang pertama dilaporkan di negara ini. Pada Jun 1998, empat sekeluarga mati dibunuh kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor. Empat sekeluarga malang itu ditemui mati dalam keadaan ngeri dan berulat oleh seorang ahli keluarga mereka pada 10 Jun. Mereka dipercayai dibunuh tiga hari sebelum itu. Dalam kejadian yang berlaku di antara pukul 7 petang dan 10 malam itu, mangsa-mangsa yang terlibat ialah Ridlian Mansor, 55, isterinya Rosnah Asari, 44, dan anaknya iaitu Hamsah, 20, dan Mohd. Azizul, lapan tahun. Mayat Ridlian, Rosnah dan Mohd. Azizul yang mempunyai kesan tetakan di kepala, leher dan dada ditemui di sebuah bilik dalam keadaan bertindih antara satu sama lain. Mayat Hamsah, gadis yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 5 Julai pula dijumpai dalam keadaan separuh bogel. Pada lehernya terdapat kesan jerutan dan mulutnya disumbat tuala. Ekoran kejadian itu, seorang pemandu lori yang juga menantu keluarga itu, Khasiran Jamari, 27, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Selain itu, kes tujuh orang termasuk lima wanita daripada sebuah keluarga dibunuh dalam keadaan ngeri, dipercayai diserang oleh sekumpulan pembunuh di rumah mereka di Taman Johor Jaya, Johor Bahru di antara pukul 1.41 pagi hingga 7.43 pagi, 28 Julai 2001. Mangsa yang terlibat ialah K. Mangala Gowri, 42, S. Muniandi, 71, B. Vasagi, 27, S. Suppiah Amuaavalli, 44, S. Perumal, 49, S. Letchimee, 51 dan S. Ramaiee, 64. Pakar forensik mengesahkan punca kematian semua mangsa adalah kerana luka yang teruk di leher akibat tetakan dengan senjata tajam. Ekoran insiden itu, Md Masud Rana, 32, bekas pekerja kilang dan rakannya yang juga berasal dari Jugdumpur, Bangladesh, Razaul Karim Md Soleman Ali Fakiruddin, 37, dituduh membunuh. Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, pembunuhan berkumpulan yang melibatkan lebih daripada dua mangsa bukan kes baru. Malah ia sudah lama berada dalam landskap jenayah negara. Jelasnya, wujud dua faktor yang mendorong suspek bertindak di luar kawalan sehingga berupaya membunuh dengan cara yang kejam. "Kemarahan yang luar biasa dan gangguan jiwa mampu mempengaruhi penjenayah untuk melakukan sesuatu di luar kewarasan mindanya. "Walaupun pakar psikiatri menolak gangguan jiwa sebagai penyakit namun dari segi kriminalogi, ia tidak boleh dijadikan satu bentuk justifikasi yang menghalalkan golongan pesakit jiwa melakukan jenayah," ujarnya. Mengulas senario pembunuhan melibatkan lebih daripada dua mangsa, Kamal berpendapat ia merupakan pembunuhan berkumpulan, bukannya pembunuhan beramai-ramai. "Pembunuhan berkumpulan boleh ditakrifkan sebagai pembunuhan lebih daripada dua mangsa yang mempunyai pertalian antara mereka. "Mangsa juga dibunuh dengan lebih tragis, sebagai contoh, kes pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh baru-baru ini," katanya.Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-