Dituduh bunuh 4 ahli keluarga

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI


PIPI Rasidi diusap ibunya, Zaharah ketika dia dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Rembau, Negeri Sembilan semalam.


REMBAU - "Emak datang dengan siapa, tidak usah risau, 19 Februari kes disebut di Mahkamah Tampin."


KERATAN Kosmo! 8 Januari 2010.


Demikian kata-kata seorang penganggur, Rasidi Ismail, 32, ketika bertemu dengan ibunya, Zaharah Atan, 59, selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau semalam atas tuduhan membunuh ayah, adik, datuk dan neneknya di Kampung Batu Rokan, Gemenceh, Tampin dekat sini pada 5 Januari lalu.