KUALA TERENGGANU – Pemilik kenderaan diberi amaran akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 sekiranya mereka masih ingkar arahan pihak berkuasa yang melarang penggunaan tayar korek atau toreh.
Ini memandangkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu akan melakukan penguatkuasaan penggunaan tayar tersebut, bermula bulan ini.
Penolong pengarahnya, Rosmini Sulong berkata, penguatkuasaan lebih tegas itu dilakukan bagi membendung penggunaan tayar korek atau toreh yang boleh membahayakan nyawa pemilik kenderaan sendiri.
“Langkah kita melarang penggunaan tayar korek atau toreh adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana 10 hingga 15 peratus kemalangan berpunca daripada tayar rosak dan meletup gara-gara penggunaan tayar tersebut.
“Sehubungan itu, kita meminta pemilik kenderaan persendirian agar menukar tayar toreh kepada tayar yang diluluskan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta mempunyai tanda ‘MS’, ‘DOT’ atau ‘E’,” katanya kepada Sinar Harian.
Battery Reconditioning
6 years ago