BAYANGKAN ada 40,000 kuntum bunga mawar yang perlu ditiup dan dibuka kelopaknya secara manual untuk menghiasi satu majlis persandingan berprofil tinggi dan ia perlu dilakukan kurang dari dua hari. Bunyinya seperti tidak masuk akal, apatah lagi jika ia dilakukan oleh seorang lelaki. Namun, bagi pemilik nama Razak Ahmad, dek minat yang mendalam, fasa pertama dalam proses menggubah bunga segar itu tidak pernah mendatangkan lelah kepadanya. Malah semangat jejaka berusia 47 tahun ini kian berkobar apabila melihat bunga yang sebelum ini kuncup, kembang mekar walaupun belum tiba tempoh matangnya. "Biasanya bunga akan tiba dari luar negara menggunakan kapal dalam keadaan masih menguncup. "Bayangkan untuk menghasilkan kesan kembang, puluhan ribu bunga itu perlu ditiup dan dibuka kelopaknya. "Memang nampak leceh tetapi saya puas hati apabila pelanggan menyukai hasil gubahan yang dilakukan," ceritanya ketika mengimbau semula pengalaman menggubah bunga untuk majlis persandingan anak perempuan Allahyarham Tan Sri Nasimuddin SM Amin Naza, Nur Diana serta pasangannya Izham Hakimi Hamdi. Teknik meniup bunga yang dipraktikkan Razak ini nyata memberi kelainan pada karangan bunga, apatah lagi paduan warna merah yang dipilih membangkitkan kesan 'hidup' pada majlis persandingan berkonsepkan kolonial itu. Rahsia sentuhan magis beliau ini turut menjadi ikutan pelanggan dan penggubah bunga lain. Maka tidak hairanlah anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini digelar trendsetter dalam bidang seni gubahan flora. "Untuk apa jua majlis terutama persandingan, rugi jika gunakan bunga yang belum kembang sepenuhnya. "Kadang-kadang stok bunga yang diimport sampai dua hari sebelum majlis dan tidak semuanya sempat mengembang. Kerana itu, ada penggubah yang terus menggunakan bunga tersebut untuk digubah. "Walaupun bunga hidup mampu memberi kelainan pada dekorasi majlis, namun bunga yang tidak cukup kembang hanya mencacatkannya. "Bagi mengelak daripada menggunakan bunga kuncup dan bunga kembang dua tiga hari selepas majlis tamat, teknik ini sangat sesuai digunakan. "Anda pasti tidak kecewa dengan hasilnya. Jangan takut bunga itu rosak atau kelopaknya mudah tertanggal. "Malah jika kena cara menjaganya, bunga boleh tahan lama," ungkapnya yang merupakan Perunding Acara dan Pereka Gubah Bunga di Flora etc., syarikat miliknya sendiri. Bunga seperti manusia Tidak lokek berkongsi petua bunga gubahannya tampak indah, Razak memberitahu, pemilihan jenis dan warna bunga perlu dititikberatkan sebelum menggubah. Namun apa yang lebih penting, bunga perlu segar dan kembang. "Seperti manusia, bunga juga perlu minum. Untuk memastikan kesegaran dan tahan lebih lama, bunga segar perlu diletakkan di dalam bekas berisi air suam bersama ubat khas. "Manakala apabila menggubah, elakkan bunga segar saling bertindih. "Jika mengarang bunga mawar segar, ia akan kelihatan sempurna apabila setiap kelopak kembang dan digubah secara berpasangan," ujarnya yang terkenal dengan gubahan gaya pave yang padat tanpa banyak daun yang tampak mewah dan elsklusif. Budak suruhan Selain mawar, Razak turut menggemari bunga hydranger, lili, button pom-poms, geranium foliage dan cala, Casablanca lilies serta orkid bersama penggunaan daun Vittosperum, Viburnum dan Eucalyptus yang diimport dari Belanda, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan China. Sentuhan ajaib Razak mula dikenali ramai selepas menghasilkan gubahan bunga segar pada majlis persandingan bekas penyampai televisyen terkenal, Datin Norjuma Habib Mohamed dengan suami, Datuk Mohamed Nazim Tun Razak pada Jun 2005. Daripada seorang pemilik butik yang tidak dikenali, nama Razak Ahmad mula menjadi sebutan ramai. Memiliki pengaruh besar dalam bidang seni gubahan bunga segar dan perancangan majlis terutama perunding perkahwinan, kini namanya tidak perlu diperkenalkan lagi. "Tidak mudah untuk membina jenama Razak Ahmad dan Flora etc. Mungkin ramai yang tidak yakin dengan kemampuan anak tempatan menghasilkan dekorasi bunga segar seperti di Barat, lebih-lebih lagi ia memerlukan belanja yang besar," ujarnya. Biarpun memiliki Ijazah Sarjana Muda Reka Fesyen dari Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Shah Alam pada tahun 1980, Razak lebih cenderung menjadi penggubah bunga malah beliau sanggup merantau ke Brunei pada tahun 1985 untuk bekerja sebagai pereka dan penggubah jambangan bunga. Setahun selepas itu, Razak mengambil keputusan untuk mendalami seni dekorasi bunga dan cita-cita itulah yang membawanya ke Chicago, Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajiannya di Truman College dalam jurusan Kesenian Liberal pada usia 25 tahun. "Memandangkan kelas hanya pada waktu malam, saya manfaatkan waktu siang dengan bekerja di Company LA Premier, Chicago. Selebriti Hollywood "Ia merupakan sebuah syarikat gubahan bunga ternama khusus untuk meraikan majlis perkahwinan, makan malam dan parti peribadi orang kenamaan. Saya diberi jawatan yang paling rendah iaitu budak suruhan. "Dari situ, banyak perkara yang saya pelajari daripada cara menggubah, memilih bentuk jambangan, komposisi warna bunga hinggalah ke jenis-jenis bunga daripada pemilik syarikat tersebut, Kevin Lee. "Selepas dua setengah tahun, saya dinaikkan pangkat menjadi pereka gubahan," ceritanya yang gemar membelek majalah dekor luar negara. Sepanjang bekerja di bawah Kevin Lee, Razak berpeluang menyediakan karangan bunga segar untuk majlis perkahwinan selebriti terkenal Hollywood seperti Brad Pitt dengan Jennifer Aniston pada Jun 2000. Selain itu, beliau juga diberi kepercayaan menghias majlis perkahwinan Anthony Hopkins dan Drew Barrymore serta pasangannya Tom Green di Bel Air selain merias kediaman Oprah Winfrey, Ricky Martin, Keanu Reeves, Toni Braxton, Celine Dion dan Elizabeth Taylor. Menghimpun pengalaman hampir dua dekad di negara Uncle Sam, Razak mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air pada 2004 bagi menemani ibunya, Soadah Abd. Hamid yang uzur dan mewujudkan Flora etc. juga atas dorongan ibunya. "Bagi sesetengah orang, tidak mudah untuk melepaskan jawatan Ketua Pereka di sebuah agensi terkenal dan pulang ke tanah air. "Di sana, pendapatan lumayan dan peluang juga cerah tetapi saya memilih untuk bersama keluarga," katanya. Kerabat diraja Melihatkan pencapaiannya yang bukan sedikit, tidak hairanlah karya sentuhan beliau menjadi pilihan kerabat diraja Brunei, isteri menteri-menteri dan golongan korporat tanah air. Sungguhpun begitu, anak Melayu ini sentiasa merendah diri. "Saya hanya orang belakang tabir," katanya. Menginjak usia 50 beberapa tahun lagi, Razak lebih suka memberi tumpuan penuh kepada Flora etc. yang diibaratkan seperti buah hatinya. "Dalam minda saya terlalu banyak perkara yang perlu dirancang dan diselesaikan. Kesibukan di butik dan set adakalanya mengehadkan masa untuk saya keluar dengan kawan-kawan," akuinya. Terletak di Suite 2.07, The Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Flora etc. hanya memiliki dua orang pekerja dan menyewa di lot seluas 213 meter persegi namun berkat usaha dan doa arwah ibunya, butiknya itu telah berpindah ke lot yang lebih luas iaitu 854 meter persegi di bangunan sama, dua tahun lalu. Selepas lima tahun, Razak memiliki 20 orang pekerja tetap dan separuh masa. Sesekali, apabila ada projek besar ataupun berdepan dengan banyak majlis dalam satu masa, beliau terpaksa mengambil hampir 30 pekerja secara kontrak. "Alhamdulillah, selepas projek pertama pada 2005, permintaan semakin meningkat sampai tak menang tangan. "Dalam seminggu, lebih kurang lapan hingga sepuluh majlis yang perlu diuruskan," katanya. Pelamin gubahan Flora etc. bermula pada harga serendah RM8,000 manakala bagi gubahan bunga untuk majlis, harga minimum yang dikenakan adalah RM3,000.Razak Ahmad, 47, terkenal di kalangan orang ternama hanya kerana kepakarannya meniup dan membuka kelopak bunga.
s
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-