Menjadi buruan kaki kasino dan ‘penarik harta’. MENURUT cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan. Mempunyai keupayaan tembus pandang, sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup. Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi. Malah ramai juga percaya mereka bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting Highlands. “Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui ‘khadam’ yang menjaga geliga lipan tersebut. “Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya secara terus. “Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu cepat kaya. Penawar bisa “Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib sebagai khadam kepada geliga ini,” ujar pengumpul aktif barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39. Jelas beliau, pemilik yang terlalu taksub dengan batu geliga yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor raja lipan itu percaya ia boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual khusus untuk tujuan tersebut. Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah seperti murah rezeki “Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan. “Cara ini digunakan individu untuk menarik duit atau harta. Namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar mendapatkannya. “Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai berguna sebagai penawar bisa. “Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada bahagian yang sakit, Insya-Allah bisa akan menyurut dan hilang,” ujar Azman. Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut ‘sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil’ ini kerana kepantasan dan bisanya. “Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya. “Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap. “Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua. “Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya. “Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja. “Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut. “Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga,” jelasnya. Dijual mahal Tambah Azman, keaslian geliga yang mampu mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya. “Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya. “Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas menunjukkan ia geliga asli. “Namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah apabila terasa lipan merayap di tangan,” kata Azman sambil menambah, warna paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru, hijau dan kuning. Menurut beliau lagi, harga geliga ini sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah. Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akalOleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
January
(103)
- Daun gula
- Awas suami curang
- Konon negara bebas, tapi haramkan burqa
- Hikmat kayu penunduk
- Kata-kata pujian merangsang potensi diri
- Gembira bertukar jadi tragedi
- 656 pelajar berentap tempat wakil negeri
- Bermain mancis punca sekeluarga rugi RM100,000
- 10 jam hanyut angkara lanun
- 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
- Hobi pelik bawa padah
- Perut buncit sorok dadah
- Pesta dadah dalam bilik
- Ciuman terakhir cucu sebelum ditemui lemas:
- Perkhidmatan bantu kurang beban golongan kurang be...
- Pinjaman tanpa faedah
- Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan
- Prosiding Tuntutan Bekas Isteri Hattan Ditangguh 1...
- Untung sedikit, rugi berganda
- "Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
- 35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine
- Kelantan dapat RM20 Juta Wang Ehsan Pada Mac Ini
- Ciuman beracun
- Tamar Jalis manusia misteri
- Along Raja Lawak ‘Berkabung’ Di Hari Bahagia
- Ekori lelaki bongkar sindiket
- Makan luar
- Mahu Buang Sial, Wanita Rugi RM250,000
- Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
- Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai
- Pemimpin digesa turun padang
- Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi
- Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Disyaki Cuba Bak...
- Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini
- Tawaran netbook terhebat TM
- Sekolah pondok tertua terbakar
- Agihan zakat dipelbagaikan
- Penagih dadah mengaku bersalah miliki peluru
- Remaja rempuh sekatan polis
- Dituduh bunuh 4 ahli keluarga
- Pelancong Itali Maut Terjatuh Di Telaga Tujuh Lang...
- Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen
- Petronas: Hassan serah pada kerajaan
- Kereta tangki minyak 1,000 liter
- Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini
- Waspada guna laman web sosial
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Geliga lipan tarik duit
- Gayat di ketinggian 800 meter
- Bius bukan punca maut
- Switzerland, menara dan umat Islam
- Kembali mengucap
- Tip cemerlang Bahasa Arab
- Gerbang cinta terlaksana
- 'Aku mati jangan tanam di Kodiang'
- Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselam...
- Terengganu Lantik Perunding Wujudkan Daerah Baru
- Ribuan teruja saksi gerhana matahari
- Mati kerana hendak kurus
- BSK bantu isteri hadapi perceraian
- Pelbagai pihak hulur bantuan
- Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah
- 200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan
- Israel bina tembok di sempadan Mesir
- Allah untuk Islam – Sultan
- Kerajaan Perlu Ambil Serius Isu Lambakan Bakal Gur...
- Editor Herald Tidak Pernah Setuju Buang Kalimah 'A...
- Tubuh terbakar ditimpa pencawang
- 7 pelawat HSNZ panik terperangkap dalam lif
- Mati dalam kereta
- Rakyat Britain bimbang kebangkitan Islam
- Tragedi Gemencheh bukan baru
- Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
- Pemilik MyKad dicari
- Anne buka tudung kerana watak
- Gugurkan tuntutan
- Peniaga minuman di Terengganu dikesan naikkan harga
- Suami Lepas Tangan Urusan Rumah Tangga
- Anas mencium keharuman Syurga Firdaus
- Biar anak makan sendiri
- Had guna petrol subsidi
- Diskaun 30% dilanjut sebulan lagi
- Punca utama bumbung stadium runtuh
- Ibu pilu anak mohon ampun
- Ibu bapa dorong kejayaan anak
- Elakkan Seperti Orang Nasrani Memuji Anak Maryam
- Dua didakwa curi enjin jet RM50j
- Rindu 3 dekad terubat
- Amah tak mahu pulang bakar rumah
- Suspek anak baik
- Cerita ngeri adik mangsa bunuh
- Selamat tinggal-Linda Onn
- Suami Wanita Mati Dalam Almari Ditahan
- Ayam pun ada perasaan
- Sheila 'pukau' minda pesakit
- Ulul Albab: Apabila tahun baru sekadar pertukaran ...
- Emas kaki lima
- Kompaun RM300 terhadap pemilik kenderaan guna taya...
- Tinjau khazanah Tasik Kenyir
- Rahsia sentuhan magis Razak
-
▼
January
(103)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-