‘‘Saya berpendapat orang yang paling berhak untuk mengulas kedudukan saya adalah kerajaan,’’ katanya yang enggan mengulas lanjut termasuk spekulasi bahawa kontrak beliau telahpun dilanjutkan setahun lagi. Hassan berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian komersial, teknikal dan bekalan minyak pelincir antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd.. Kontrak Hassan dengan Petronas bakal tamat pada bulan depan. Beliau yang dilantik menjadi Presiden dan CEO Petronas pada 1995, juga memegang jawatan pengerusi syarikat minyak negara sejak 2004. Para pemerhati industri berpendapat kerajaan sewajarnya melantik Hassan menjadi Pengerusi Petronas sekiranya mahu orang lain mengambil alih jawatannya dengan mengutamakan barisan pengurusan sedia ada. Menurut mereka, pengalaman luas Hassan dalam industri petroleum sejagat menjadi aset yang amat berharga untuk negara dan Petronas.KUALA LUMPUR 19 Jan. – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican berkata, kedudukan beliau dalam jawatan sedia ada bergantung kepada keputusan kerajaan.
Battery Reconditioning
6 years ago