Tip cemerlang Bahasa Arab

Kita perlu menyokong dasar kerajaan iaitu memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini penting agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan warga maju lain. Untuk menjadi bangsa maju yang menarajui alam, kita wajib menguasai Bahasa Arab kerana ia adalah bahasa al-Quran dan bahasa al-hadis. Di samping itu bahasa Arab adalah antara bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan bahasa rasmi 23 negara Arab.

Sesiapa yang ingin mendapat projek mega atau tender daripada 7 buah negara Arab yang kaya seperti Arab Saudi perlu menguasai asas Bahasa Arab.

Selain itu, bahasa Arab adalah bahasa paling mudah di dunia. Kini kaedah mudah, sahih dan cepat (MSC) diperkenalkan di negara kita dan jiran serantau. Kaedah ini memfokuskan kepada apa yang kita ada, buka apa yang kita tidak ada. Antaranya ialah teknik bahasa badan, intonasi, pancaindera, nama, zikrullah dan kata pinjaman. Pelajar turut dibekalkan dengan buku berwarna-warni sebagai rujukan.

Sehubungan itu, satu slogan tambahan diperkenalkan iaitu Memperkenalkan Bahasa al-Quran atau Menguasai Bahasa Arab (MBA). Kini, Bengkel bahasa Arab PM (penting & mudah) diadakan di seluruh pelosok negara. Ia dilakukan sebagai melaksanakan gagasan '1 Malaysia Boleh berbahasa Arab'. Mereka yang berminat boleh menganjurkan bengkel selama empat jam ini di tempat mereka. Tempahan bengkel adalah berdasarkan siapa dulu dia dapat.

Tarikh : 16 Jan. 2010 (Sabtu)

Masa : 8 pagi - 1 tengah hari (pelajar kumpulan 1), 8 - 10 malam (para guru)

Tarikh : 17 Jan. 2010 (Ahad)

Masa : 8 pagi - 1 tengah hari (pelajar kumpulan 2)

Tempat : SM Agama al-Khairiyah, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Tarikh : 30 Jan. 2010 (Sabtu)

Masa : 8 pagi - 1 tengah hari (380 pelajar Tingkatan 1&2) , 8 - 10 malam (para guru)

Tarikh : 31 Jan. 2010 (Ahad)

Masa : 8 pagi - 1 tengah hari (180 pelajar Tingkatan 3)

Tempat : SMKA al-Irsyad, Pulau Pinang.