"Saya membuat keputusan untuk menutup selatan sempadan Israel kepada pendatang-pendatang haram dan pengganas. Ini adalah keputusan yang strategik untuk menjamin keselamatan golongan Yahudi Israel," katanya dalam satu kenyataan semalam. Ribuan rakyat Afrika dan pendatang-pendatang asing yang lain telah memasuki Israel melalui sempadan Mesir sejak beberapa tahun lalu, melarikan diri daripada konflik dalam negara masing-masing atau mencari kehidupan yang lebih baik di negara Yahudi itu. Menurut Netanyahu, Israel akan terus menerima pelarian daripada zon konflik namun, tidak membenarkan ribuan pekerja haram memasuki Israel melalui selatan sempadan sehinggakan negara itudibanjiri dengan pendatang-pendatang haram. Projek itu akan menelan belanja sebanyak AS$270 juta (RM972 juta) dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Tembok itu tidak akan dibina di sepanjang keseluruhan sempadan iaitu di sepanjang 266 kilometer. Sumber keselamatan Mesir di utara Sinai berkata, Israel tidak memaklumkan pihak berkuasa Mesir berhubung rancangan ini. Polis Mesir telah meningkatkan usaha beberapa bulan lalu untuk mengawal sempadan dengan Israel berikutan peningkatan kes penyeludupan manusia melalui wilayah Mesir. Sekurang-kurangnya 17 pendatang asing telah dibunuh oleh polis Mesir sejak Mei lalu. Selain itu, Israel juga turut membina tembok kontroversi sepanjang 670 kilometer di dalam dan di sekitar Tebing Barat. - ReutersBAITULMAQDIS 11 Jan. - Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meluluskan rancangan untuk membina tembok di sepanjang sempadan Israel-Mesir dan menyediakan peralatan pengawasan bagi menghindar kemasukan pejuang Palestin dan pendatang asing.
Battery Reconditioning
6 years ago