KUALA TERENGGANU - Seorang amah Indonesia yang enggan dihantar pulang bertindak liar membakar rumah milik satu keluarga yang didiaminya di Taman Murni Indah di Telaga Daim, Seberang Takir dekat sini semalam. Selepas itu, pembantu rumah yang berusia 14 tahun yang dikenali dengan panggilan Dinda itu melarikan diri dengan membawa dua buah komputer riba milik pemilik rumah terbabit berserta duit berjumlah RM500. Dinda dari Palembang, Indonesia dikatakan bertindak demikian kerana enggan dihantar pulang oleh majikannya. Majikan Dinda ialah kawan kepada adik pemilik rumah yang dibakar itu. Kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi ketika pemilik rumah tersebut, Intan Zuhaidah Abd. Wahab, 40, tiada di rumah kerana menguruskan persekolahan anak perempuan bongsunya. "Saya mengetahui rumah saya dibakar selepas menerima panggilan telefon daripada suami, Mazli Mohamad pada pukul 10.30 pagi," kata Intan.Oleh MUSTAPA LAKAWA
Battery Reconditioning
6 years ago